IMPIAN

IMPIAN

Assalamualaikum

I LOVE ISLAM

Thursday, December 16, 2010

Kelebihan ilmu menurut Saidina Ali r.a

Dengan nama Allah swt yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Selawat dan salam buat Rasulullah,keluarga dan para sahabatnya.

info:keindahan ciptaan imuan Islam.
Saidina Ali bin Abu Talib yang digelar sebagai karamullahu'wajha atau gedung ilmu oleh Rasulullah s.a.w. telah ditemui oleh 10 orang pada masa yang berbeza tentang kelebihan ilmu berbanding harta lalu Saidina Ali telah memberikan 10 jawapan yang berbeza bagi setiap orang.



1. Ilmu adalah pusaka nabi-nabi,harta adalah pesaka Qaru dan Firaun.

info: seorang pakar bedah 'Dr Murid Buqhari' seorang pengkaji mumia Firaun telah memeluk Islam kerana mendapati terdapat kandungan garam yang sangat tinggi pada mumia Firaun dan pakar-pakar lain tidak menemui jawapan melainkan Islam iaitu mumia Firaun telah ditenggelamkan dalam laut dalam tempoh yang sangat lama.

2. Ilmu memelihara kamu tapi harta kamu mesti kamu jaga.

3.Orang yang berilmu ramai kawan,orang yang berharta ramai musuh.

4.Ilmu apabila dinafkahkan akan bertambah,harta apabila diberikan akan habis.

5. Orang yang berilmu diseru dengan nama yang mulia,orang yangberharta diseru dengan nama yang buruk.

contoh:ustaz/haji bakhil.

6.Ilmu tidak perlu dijaga daripada dicuri,harta perlu dijaga dari pencuri.

7. Orang yang berilmu akan diberikan syafaat di akhirat kelak,orang yang berharta akan dihisab hartanya.

8.Ilmu tidak akan binasa tapi harta akan binasa.

9.Ilmu melembutkan hati,harta mengeraskan hati.

10. Orang yang berilmu membuktikan kehambaan,orang yang berharta mengaku tuhan.

Wallahualam :)

PATAH SAYAP ATAU SIHAT

Dengan nama ALLAH SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi ALLAH SWT
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w,keluarga dan para sahabat..
Diceritakan : Ibrahim bin Adham berjumpa dengan Syaqiq al Balkha di Mekah. Ibrahim bertanya "Bagaimana mulanya sehingga kamu menjadi demikian?"
Syaqiq menjawab, "aku melalui sebuah padang pasir. Ku lihat seekor burung patah kedua sayapnya di situ. Maka aku berkata : Cuba lihat dari mana dia mendapat rezeki. Lalu aku memerhatikannya. Tiba-tiba ku lihat seekor burung membawa belalang pada paruhnya, menghampiri dan menyuap burung yang telah patah sayapnya itu. Maka aku berkata : Sesungguhnya Zat yang menentukan burung ini dan burung itu adalah kuasa memberi rezeki di mana pun aku berada. Maka aku tinggalkan bekerja dan aku sibukkan diri ku dengan ibadah."
Ibrahim berkata, "Mengapa engkau tidak ingin menjadi burung yang sihat yang memberi makan kepada burung yang cacat itu,sehingga lebih mulia daripadanya? Tidakkah engkau mendengar Rasulullah saw bersabda : 'tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah'? Sepatutnya engkau tahu bahawa tanda seorang mukmin selalu mencari yang lebih tinggi di antara dua darjat dalam segala urusannya. Sehingga engkau mencapai makam orang-orang abrar."
Kemudian Syaqiq memegang tangan Ibrahim dan menciumnya seraya berkata,"engkau adalah guru ku wahai Abu Ishaq."

Wallahualam...


Tuesday, December 14, 2010

Siapa kita hari esok???


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah ana masih diberi kesempatan oleh Allah s.w.t. untuk berkongsi sedikit pengalaman dan pengajaran yang ana dapati selepas memenuhi cuti sem dengan program yang agak padat.

Kita merancang Allah s.w.t. juga merancang dan Allah s.w.t. adalah sebaik-baik perancang. Rancangan ana untuk mengisi cuti dengan belajar di pondok tidak menjadi kerana ana dipanggil untuk mengikuti program. Menyedari diri ana perlukan ilmu dalam pergaulan dengan masyarakat dan perlunya ana memberi khidmat walaupun agak banyak kekurangan diri ana turuti juga.

Bermula dengan NISA' Teen Circle 2010 di Pantai Sepat diikuti dengan Kursus Kefahaman Syariah Undang-Undang 2010 (KKSU 10) di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) seterusnya Simulasi di Kuala Lipis dan sangka ana akhir sekali Program Anak Angkat di Jengka 17. Akhir sekali Kem Remaja Unggul 2010 (KRU2010)di Taman Pertanian.

Alhamdulillah semua program berjalan lancar dan Syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana memberi ana pengalaman yang amat berharga.

Apa yang ingin dikongsi dan paling diingati dalam memberi pengajaran kepada diri adalah program Ziarah MOSWA ketika Program Anak Angkat di Jengka. Rumah pertama yang kami kunjungi adalah rumah seorang belia yang baru sedikit sembuh selepas kemalangan dan selepas koma hampir sebulan. Seorang yang dahulunya ceria,riang dan boleh membantu ibu ayahnya pada bila-bila masa telah hilang kewarasan akal dan terpaksa dijaga sepanjang masa oleh ibu ayah yang sudah menginjak usia tua.

Rumah seterusnya adalah rumah seorang makcik yang baru seminggu kehilangan suami tersayang. katanya pagi sebelum arwah suaminya meninggal dia masih sempat makan di warung dan sempat membersihkan longkang di depan rumah malah arwah suaminya tidak menunjukkan tanda-tanda akan meniggalkan mereka.

Rumah yang ketiga adalah rumah seorang adik yang dikategorikan sebagai kanak-kanak istimewa.

pengajarannya, adakah kita mampu menjangkakan apakah yang akan berlaku esok,mungkinkah kita masih sihat??? atau mungkinkah kita masih bernyawa??? Tidak mustahil boleh jadi esok kita juga sudah hilang kewarasan akal jika Allah s.w.t. ingin menarik anugerahNya itu.. Tidak mustahil juga mungkin petang atau malam ini adalah akhir hidup kita?sudah cukup bersediakah kita?sudahkah kita membuat persiapan untuk menjawap soalan malaikat dalam kubur?sudahkah kita bersedia untuk berhadapan dengan Allah s.w.t. di padang mahsyar atau alam barzakh???

Renung-renungkan...
renung-renungkan...
renung-renungkan...

wallahualam

ORANG BIJAK INGAT MATI


Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah Allah s.w.t. masih memanjangkan usia kita supaya kita boleh terus mengejar redha Allah s.w.t.


Ibnu Umar berkata: “Aku bersama Rasulullah, lalu seorang lelaki Ansar datang kepada Baginda mengucapkan salam lalu bertanya: Wahai Rasulullah. Manakah antara kaum mukminin yang paling utama? Baginda menjawab: Yang paling baik akhlaknya antara mereka. Dia bertanya lagi: Manakah di antara kaum mukminin yang paling cerdik?


“Baginda menjawab: Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik,” (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)



Menjawab persoalan seorang adik mengenai orang yang paling bijak adalah orang yang paling banyak mengingati mati adakah mengingati mati yang dimaksudkan sehingga mengabaikan setiap perkara di dunia.. ilmu ana terlalu sikit untuk menjawab persoalan ini dan jawapan ini hanya jawapan seorang muslimah yang masih baru dalam mendalami agama oleh itu ambillah yang jernih dan buanglah yang keruh.


Bagi ana, sentiasa mengingati mati bukanlah mengabaikan setiap perkara di dunia tetapi sentiasa mengingati mati ialah menghindarkan diri dari tertipu dengan kenikmatan dunia yang serba sementara.


"Genggamlah dunia jangan biarkan dunia menggenggam diri mu. Kawallah nafsu mu dan jangan biarkan nafsu mengawalmu."


Sentiasa mengingati mati dan sentiasa bersedia menghadapi mati bermaksud sentiasa membuat persiapan untuk ke alam kubur dan alam akhirat. Di akhirat kelak kita akan ditanya apakah yang telah kita lakukan di dunia, bukankah kita diturunkan ke dunia untuk menjadi khalifah dan untuk memakmurkan bumi Allah s.w.t?


“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetap menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).” (Al-Jumu’ah: 8.)


Dan perlu di ingat memakmurkan bumi Allah s.w.t. bukanlah bermaksud hidup di dunia dengan bersenang-lenang semata-mata. Memakmurkan bumi Allah s.w.t. bermaksud berusaha bersungguh-sungguh mengamalkan suruhan Allah s.w.t dan RasulNya. Matlamat hidup manusia di dunia yang sebenar adalah mencari dan untuk mendapatkan redha Allah s.w.t. bukan untuk mencari kesenangan dunia yang semetara. Mencari redha Allah s.w.t dengan mengamalkan ajaran agama dan menyebarkannya.


Jika kita mengabaikan setiap perkara di dunia macam mana kita akan berjaya mempelajari,mengamalkan seterusnya menyebarkan ajaran Islam senhingga kemenangan Islam tercapai?


Jika kita mengabaikan dunia memang perlu kerana 'Mengabaikan dunia' dengan 'mengabaikan setiap perkara di dunia' berbeza maksud. Mengabaikan dunia bermaksud mengabaikan keseronokan dunia dan sentiasa berusaha mengejar kesenangan akhirat.


Setakat ini sahaja ya adik ku... Takut terlebih panjang dan membawa kesesatan.Nauzubillah.. ORANG YANG BERCAKAP BUKAN ATAS DASAR ILMU AKAN MEMBAWA KESESATAN.


Wallahualam


“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan pada hari kiamat saja akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia sudah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanya kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Ali Imran: 185).


Friday, November 12, 2010

CINTA WALI

CINTA WALI



JIKA AKU TIDAK TERPIKAT KEPADA MU DAN HATI KU TIDAK MENCINTAI MU.

MAKA KEPADA SIAPAKAH SELAIN MU YANG PATUT AKU PIKAT DAN MENCINTAINYA?

( Madah Wali ALLAH Rabiah al Aadawiyah)


Dikisahkan seorang wali wanita bernama Rabiah al-Adawiyah, sedang berjalan di tengah jalan. Tiba-tiba dia terlihat seorang lelaki yang amat senang lisannya menyebut-nyebut mengenai syurga dan kenikmatannya serta apa yang dijanjikan Allah SWT kepada penghuni-penghuni syurga.

Rabiah al Adawiyah melihat dan mendengar sahaja apa yang dikatakan oleh lelaki itu. Mungkin dia menyangka Rabiah al Adawiyah terharu mendengarnya.

"wahai manusia!" Lelaki itu dikejutkan oleh Rabiah al Adawiyah dengan spontan.

"sampai bila engkau akan terpengaruh dengan hal-hal yang bila-bila masa boleh berubah,dan engkau lalai kepada Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Besar?

Buatlah sesuatu selagi engkau masih berada di dalam dunia ini sebelum engkau berkata lebih banyak mengenai syurga yang dijanjikankan kemudian hari itu."

(Maksudnya,apa yang sedang engkau lakukan di dunia ini lebih penting bagi dirimu daripada engkau melaung-laungkan mengenai syuga dan kenikmatan yang dijanjikan Tuhan kelak.Apakah engkau yakin engkau akan mendudukuinya kelak?)

mendengar saggahan Rabiah al-Adawiyah itu, lelaki itu menjadi marah .Dia lalu membentak ,"pergilah engkau dari sini,wahai wanita gila.!

"aku bukan orang gila kerana orang gila orang yang tidak mempunyai akal untuk memahami apa yang aku katakan itu,"

jawab Rabiah al-Adawiyah.

Rabiah al-Adwiyah lalu meninggalkan tempat orang itu sambil berkata ,"Oh sungguh kasihan kepada orang tergila-gilakan syurga itu! Ia sekadar omongan kosong semata-mata .Seandainya dia tidak menjadikan tuhan sebagai tempat bermesra dan berlindung .Mengapa dia tidak melihat kepada Nabi adam AS ketika berda didalam syurga bersenang-senang ,tetapi apabila baginda ditipu iblis supaya memakan memakan dari pohon terlarang ,baginda turut termakan .Apakah kesudahannya?

Baginda terhalau dari Syurga dan menduduki dunia ini yang menjadi tempat tahanan baginya.

Mengapa dia tidak melihat Nabi Ibrahim AS .Apabila baginda memelihara rahsia Tuhannya ,Baginda lalu didekatkan Allah SWT kepada zat-Nya dan dipilih-Nya menjadi 'al-Khalil' kepada Allah SWT.Apabila Nabi Ibrahim AS dilemparkan ke dalam api oleh Namrud, Allah SWT memerintahkan api itu menjadi dingin dan lega bagi Nabi Ibrahim AS ."

Rabiah al-Adawiyah lalu bermadah,

Engkau kelapanganku dan kesenanganku apabila engkau berada disisiku

Apa aku merasa Engkau tiada ,maka dunia ini seolah-olah tempat tahanan bagiku

Jika aku tidak terpikat kepada-Mu dan hatiku tidak mencintai-Mu

Maka kepada siapa selain -Mu yang patut aku pikat dan mencintainya?.....

Thursday, November 11, 2010

KEMPEN : JOM JADI TAKUT

Pelik bunyinya tapi inilah realiti... Biasanya kita akan mendengar "jom jadi berani" tapi itu program motivasi...ana ingin mengajak sahabat2 sekalian agar,



JOM JADI TAKUT KEPADA ALLAH
KERANA TANPA TAKUT KEPADA ALLAH SIAPALAH KITA

Jika sahabat yang sudah dijanjikan syurga oleh Allah menangis di malam hari apabila terkenangkan perbuatannya semasa jahil sedangkan dosa itu telah diampunkan, siapalah kita sekadar hamba hina di akhir zaman yang banyak melakukan dosa malah secara sengaja dan disedari. Astagfirullahal azim, ampunilah dosa kami ya Allah ya Rahman ya Rahim...

Rasulullah yang maksum menangis kerana Allah,siapalah kita yang lemah dan hina di sisi Allah jika kita tidak mampu menangis kerana dosa2 semalam..

pada satu malam abu Hurairah terjaga dari tidur dan tiba2 menangis sehingga satu rumah terkejut dan pergi melihatnya lalu bertanya kenapa dia menangis,
"aku teringat satu dosa ku lalu aku menangis"
siapalah kita yang melakukan dosa sehingga tidak terkira..

ya Allah yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
ampunilah kami
ampunilah dosa kedua ibu bapa kami
ampunilah dosa guru2 kami
ampunilah dosa para muslimin dan muslimat dan para mukminin dan mukminat sama ada yang masih hidup atau sudah kembali kepada MU..
Perkenankanlah doa kami.. amin

Monday, November 8, 2010

Kata-Kata Inspirasi Selepas Mengalami Sesuatu Kegagalan


Kata-Kata Inspirasi Selepas Mengalami Sesuatu Kegagalan



  • Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.

  • Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.

  • Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.

  • Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.

  • Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda.

  • Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain.

  • Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.

  • Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.

  • Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira.Kegagalan itu sendiri tidak dikira.

  • Anda tidak gagal.Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.

  • Kesilapan adalah realiti kehidupan.yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu.

  • Jika anda inginkan sebuah tempat di matahari,bersedialah untuk terbakar.

  • Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA? Anda seharusnya bersyukur kerana ANDA telah dipilih.

  • Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai.

  • Sekiranya anda mahu mengambil seorang pekerja,pastikan dia pernah gagal sebelumnya.

  • Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh-sungguh.Kegagagalan itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.

  • Sekiranya kita bersaing dengan diri kita sendiri dan kita mengalami kegagalan, siapakah yang menang?Fikirkanlah!.

  • "Lulus" dan "Gagal" adalah cara lama mengkategorikan seseeorang.Cara baru ialah "pengetahuan" dan"Kejahilan".

  • Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.

  • Mungkin tiada kegagalan bagi orang yang terus berjuang.

  • Ramai orang mencari tempat yang selamat,tetapi akhirnya tersangkut!

  • Impian yang tidak terlaksana adalah impian yang terpenjara oleh musuh nombor satu-iaitu takut GAGAL!!

  • Tiada siapa yang berha mengecap anda sebagai orang yang gagal,kecuali diri anda sendiri.

  • Sekiranya anda menemui sebuah laluan tanpa halangan, ia mungkin tidak membawa anda ke mana-mana.

  • Kesialpan-kesilapan memberitahu kita tentang apa yang perlu kita pelajari.

  • Apabila anda telah sampai ke penghujung tali......dan tiada lagi simpulan untuk bergantung......lompatlah ke tali yang lain.

  • Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya!!.

  • Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu, sebenarnya telah tewas!!.

  • Kita tidak mungkin dapat mempelajari sesuatu perkara kecuali kita bersedia untuk gagal terlebih dahulu.

  • Cara yang terbaik untuk belajar untuk menjadi pemenang ialah belajar daripada orang-orang yang pernah kalah atau tewas dalam sesuatu pertandingan,perbuatan atau sebagainya.

  • Kegagalan dalam hidup adalah menjadi seorang yang tidak belajar daripada kegagalannya itu.

  • Sekali gagal, tidak bermakna anda telah tewas,.....anda hanya tewas apabila anda telah berputus-asa.

  • Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA DENGAN HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu.

  • Kesilapan adalah sebahagian daripada hutang yang perlu dilangsaikan sepanjang hayat.

  • Hadiah paling berharga hanya diberikan kepada orang yang menemui kegagalan tetapi dia tidak pernah berundur atau merungut atau berputus-asa.

  • Setiap orang mempunyai keazaman yang kukuh untuk mencapai matlamat sehingga mampu mengenepikan kegagalan dalam usaha tersebut.

  • Orang yang kalah membayangkan hukuman bagi kegagalan.Orang yang menang membayangkan ganjaran bagi setiap kejayaan.

  • Terseradung bukannya terjatuh.

  • Sekiranya anak-anak diasuh untuk takut mencuba sesuatu yang baru kerana takutkan kegagalan,mereka tidak akan menjadi orang berani kelak.

  • Dalam percubaan-percubaan yang hebat, adalah dianggap cemerlang meskipun gagal.

  • Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.

  • Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.

  • Kita memerlukan kegelapan untuk melihat bintang.

  • Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.

  • Salah satu kesilapan besar yang boleh kita lakukan dalam hidup ini adalah sentiasa takut untuk melakukan kesilapan.

  • Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kumci.

  • Sekiranya anda mengalami kegagalan lebih awal,kegagalan berikutnya kurang terasa pedih.

  • Kesilapan demi kesilapan membawa seseoarang menemui kebenaran hakiki.

  • Perkara paling penting apabila berhadapan dengan keadaan yang kurang menyenangkan adalah dengan memberikan perhatian terhadap apa yang perlu dibuat selepas ini,bukannya mencari-cari-apa silapnya.

  • Kesulitan menyerlahkan sifat sebenar manusia.

  • Pada pendangan saya,sekiranya anda mahukan pelangi, kenalah hujan dahulu.

  • Saya boleh menerima kegagalan kerana setiap orang gagal dalam sesetengah perkara.tetapi saya tidak boleh menerima orang yang tidak berani mencuba.

  • Anda bukannya gagal.Anda hanya tidak tahu beberapa perkara lagi.

  • Satu kesalahan tidak akan menjadi kesilapan sehinggalah anda membetulkannya.

  • Kegagalan tidak menjadikan anda seorang yang gagal sekiranya anda tidak berputus-asa untuk mencuba lagi.

  • Saya tidak membahagikan dunia kepada yang lemah dan gagah,atau yang berjaya dan gagal,juga bukan di antara yang boleh melakukan sesuatu atau sebaliknya.Saya membahagikan dunia kepada mereka yang belajar dan tidak belajar.

  • Perasaan takut untuk melakukan kesilapan menghalang seseorang daripada mengesani potensi diri atau merasakan kehebatan dalam diri sendiri.

  • Setiap kegagalan adalah suatu pengajaran yang mendorong seseorang untuk mencuba pendekatan baru yang tidak pernah dicuba sebelum ini.

  • Jangan katakan kegagalan itu kesilapan.Katakan kegagalan itu adalah pengajaran.

  • Anda tidak akan mengetahu tentang diri sendiri menerusi kejayaan.Anda mengetahuinya menerusi kegagalan dan kesilapan.

  • Janganlah takut untuk mengakui kesilapan.Ia samalah seperti mengatakan bahawa anda lebih bijak pada hari ini berbanding dengan semalam.

  • Kegagalan bukan bermakna anda seorang yang bodoh mencuba.Ia bermakna anda mempunyai keberanian untuk melihat apa yang tidak boleh dilakukan.

PERINGATAN!!!


INI ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KATA-KATA PEMBANGKIT SEMANGAT SAHAJA DAN BUKANNYA FALSAFAH ATAU HADIS ATAU AYAT AL-QURAN.ANDA DINASIHATKAN SUPAYA MEMBACA KATA-KATA INI SEBAGAI PENGETAHUAN SAHAJA.ASASNYA,APA-APAPUN PEKERJAAN YANG ANDA LAKUKAN HENDAKLAH DILAKUKAN BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN TIDAK BERPUTUS-ASA DAN BERSERAH KEPADA ALLAH S.W.T APABILA ANDA TELAH BERUSAHA.INSYA-ALLAH ANDA AKAN BERJAYA!!.


selamat membaca!!

Sumber: http://insani.tripod.com/inspirasi.htm

Tuesday, October 26, 2010

ORANG PERTAMA YANG BERKORBAN APA SAJA

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد الله
Segala puji bagi Allah yang Maha Mengasihi hambaNya,
yang Maha Pemurah walaupun kepada hambaNya yang ingkar...
Subahanallah...
Selepas menghadiri ceramah motivasi terasa betapa kerdilnya diri,betapa hinanya diri yang selalu melakukan dosa dan kesilapan tanpa henti...
Terasa beratnya dosa kepada orang pertama yang berkorban apa saja untuk diri semasa masih dalam kandungan dan selepas dilahirkan...
Ibu,emak,mama,umi,mother itulah panggilan buat mereka...
Semasa mengandung sahaja ibu sudah merasa loyahnya tekak,kebasnya kaki,sakit dan beratnya perut sehinggalah ibu bertarung nyawa melahirkan kita ke dunia,ibu masih mampu tersenyum...
Dialah yang menjaga dan membesarkan kita,yang memujuk saat kita terjatuh atau terluka,dialah yang bersusah payah memberikan yang terbaik buat kita,mengajarkan dan mengenalkan kita kepada dunia...
Tapi bila saat remaja bermula,kita lupa diri dan asal usul kita,lebih mementingkan kawan,teman dan rakan dari ibu yang bersusah payah buat kita agar menjadi manusia berguna...
Tetapi anak-anak pula lebih suka membantah kata-kata ibu,nasihat ibu dipandang sepi,seolah-olah ibu tidak tahu langsung apa keperluan si anak,apa yang sebaiknya untuk anak yang dijaga sepenuh hati.
Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah sekalian,sama-samalah kita bermuhasabah,menilai sejauh manakah layanan kita terhadap ibu yang sanggup berkorban apa saja sejak mula mengandungkan kita...Sesuaikah dengan pengorbanan ibu atau hanya seperti serpihan kaca berbanding pengorbanan ibu,bahagiakah hati ibu dengan layanan kita terhadapnya...
Mohomlah ampun kepada ibu yang pengasih dan penyayang kepada anak-anak,berterima kasihlah kepada mereka... Bersyukurlah kepada Allah kerana memberi kita peluang merasa kasih ibu yang tiada bertepi...
Bersabarlah sekiranya dia berbicara dan tadahkanlah telinga serta hati atas setiap kata-kata nasihat ibu kita...Berdoalah kepada Allah supaya ibu kita tergolong dalam golongan yang diredhaiNya.

wallahualam...

Monday, October 25, 2010

Wara' itu PENTING , Jauhi subahat...


Ummu Mukminin Aisyah ra :
"sesungguhnya engkau telah meninggalkan ibadah yang utama iaitu wara'."

Wara' / Warak diambil dari bahasa Arab "al-wara'u yang bermaksud menjauhkan diri daripada maksiat(dosa) dan perkara2 subahat.
Menurut Kamus Dewan,warak bermaksud taat dan patuh kepada Allah dan tidak melanggar larangan Allah.
Orang yang wara' dipanggil wari' / orang warak ( melayu ).

Imam al-Ghazali membahagikan wara' kepada 4 peringkat :

1. WARAK YANG YANG ADIL = meninggalkan perkara2 yang jelas haram iaitu perkara yang telah ditetapkan haram oleh para ulama fiqh kerana dalil pengharamannya. contoh ; mencuri,riba,arak,berjudi dan sebagainya.

2. WARAK ORANG SOLEH ( WARA'US SOLEHIN) = mencegahnya diri daripada mengerjakan perkara2 yang mengarah kepada kemungkinan diharamkan.
Mufti melapangkan jalan jika perkara tersebut dilakukan berdasarkan zahir sahaja.
segala yang subahat (samar) tidak wajib dijauhi tapi sunat mengelakkannya sebagai langkah berjaga2.

3.WARAK ORANG BERTAQWA (WARA'US MUTTAQIN) = mencegah diri daripada mengerjakan perkara2 yang tidak diharamkan oleh fatwa & tak subahat kehalalannya tetapi kerana khuwatir membawa kepada perkara yang haram lalu bertindak meninggalkannya. (meninggalkan sesuatu perkara walaupun tidak berdosa kerana takut jatuh dosa )

4. WARA'US SIDDIQQIN = meninggalkan perkara yang mendatangkan dosa dan tidak khuwatir mndatangkan dosa tetapi ditinggalkan kerana terlintas niat bukan kerana Allah swt.



SUBAHAT

Subahat ( iltibas ) bermaksud keadaan yang tidak jelas atau kabur.
Imam al Ghazali membahagikan subahat kepada beberapa bahagian :

PERTAMA : subahat atas sebab yang menghalalkan @ mengharamkan. contohnya seorang pemburu memanah binatang dan menyebabkan binatang itu jatuh kedalam air / sungai. setelah itu didapati binatang tersebut telah mati maka binatang itu haram kerana tidak diketahui sebab kematiannya.

KEDUA : subahat kerana campur-aduk antara halal dan haram. contohnya disatu kawasan terdapat 10 orang perempuan yang salah seorang daripada mereka adalah saudara susuan seseorang dan tidak diketahui siapakah saudara susuannya maka dia haram mengahwini 10 orang perempuan tersebut.

KETIGA : subahat kerana penghahalan berhubung maksiat. contohnya sembelihan dengan menggunakan pisau curi atau jual beli waktu azan solat Jumaat.

Abdullah bin Umar :
"walaupun engkau mengerjakan solat hingga engkau melengkung seperti busur panah dan engkau berpuasa hingga kurus seperti anak panah, tidak diterima ibadah itu daripada kamu kecuali engkau bersikap wara' sebagai pendinding"


Secara kesimpulannya orang yang wara' ialah orang yang sentiasa menjauhi perkara subahat sama ada makruh atau harus dan sentiasa mendahulukan perkara sunat..

p/s : kita wajib memiliki sifat wara' sekurang2nya peringkat pertama dan hendaklah berusaha menjauhi perkara subahat.

Wednesday, October 20, 2010

couple = mensyirikkan Allah



NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA
apa pla tiba2 kaedah fiqh ni...

syirik?dosa besar tu....terkejut ? hemm...
couple dalam istilah yang ana sebut ni ialah pasangan remaja yang berpasang-pasangan tanpa ikatan yang menghalalkan termasuklah bertunang... bukan ikut istilah kamus sebab couple ikut istilah kamus ialah pasangan yang sudah berkahwin...

mujur ana bukan mufti,kalau ana mufti mesti ramai remaja tak puas hati tapi ana cuma seorang hamba yang hina so pendapat ana ibarat tin kosong bagi remaja bila jumpa just sepak atau angkat masuk tong sampah kalau orang susah akan kutip bawa balik untuk hantar ke kitar semula...

kita tahu cinta yang patut berada di tahap teratas ialah cintai ALLAH SWT,cintai Rasulullah saw,barulah family tapi orang yang bercouple ni letak cinta pasangan teratas yang sepatutnya ditempatkan cinta ALLAH SWT..bukankah zalim tidak menenpatkan sesuatu pada tempatnya...

ada yang mengaku cintai ALLAH ,Rasul dan family tapi larangan ALLAH dan Rasul tidak dipedulikan malah letak tepi demi menjaga cinta pasangan couple... dahlah sms ayat2 yang nauzubillah sedih untuk ana sebutkan bila teringat sms2 remaja ni
(B,mummy,deddy,syg,dear,honey dipendekkan cerita semua jenis panggilan ada..ni baru panggilan tak masuk lagi ayat2 jiwang yang kadang boleh buat sakit perut sampai termuntah)
keluar dating pula ke pantai dengan bertemankan kawan2 (siap kawan2 dapat dosa) boleh pula TARIk TANGAN pakwe nak ambik gambar kenang2an kononnya...
kalau pasangan dah berkahwin ana tak heran tapi ni pasangan couple smata2 niat..
sedangkan niat tidak menghalalkan cara...
memanglah korang ada niat nak bertunang and kahwin siap dah ambik kursus kahwin lagi tapi itu bukan lesen untuk buat maksiat,adab pergaulan belum dihalalkan untuk berlebih2...


wahai teman2 remaja sekalian,perkahwinan ni bukan boleh buat mainan tapi kesan jangka panjang,fikirlah jauh kedepan,fikir masa depan diri pertimbangkan sampai ke akhirat,kalau belum kahwin dah banyak buat maksiat macam mana nak dapat berkat???macam mana kalau kita insaf buat maksiat waktu anak dah remaja tapi your future son and daughter pula buat maksiat sambung dosa mak ayah dia,itu kalau panjang umur macam mana pula kalau tengah2 dating tu kena sambar petir and meninggal kan naya dalam kubur menghadap malaikat mungkar nangkir bertahun2 kena sebat dengan sebatan yang paling dahsyat...
hiss,ana yang sebut ni pun meremang takkan orang yang buat tak terkesan...

Tuesday, October 12, 2010

Facebook : mempergunakan vs dipergunakan

Assalamualaikum. Alhamdulillah masih dipanjangkan usia walau busy dengan pelbagai perkara. Sekadar satu pandangan peribadi dari sorang hamba Allah yang dhaif lagi hina di sisi ALLAH S.W.T.

Sering kali kita dengar perkataan boikot. Dan salah satunya perkara yang dikategorikan sebagai boikot ialah facebook. Memang kita akui mereka tidak menyumbang secara terus tapi fikir-fikirkan dari mana punca pendapatan sesebuah negara kalau bukan dari cukai (tax)... setiap yang diusahakan ada cukai hatta orang yang tidak untung dalam perniagaan.

Ana sedar memang niat segelintir remaja buka facebook untuk menyampaikan dakwah tapi dari segelintir yang mengatakan begitu hanya berapa orang yang betul2 mempergunakan produk yahudi ini? dan berapa ramai yang dipergunakan oleh yahudi untuk dirosakkan iman dan hati?

Kata mu untuk dakwah tapi bila online post ayat2 yang tak perlu malah boleh menjatuhkan martabat mu sebagai muslim sehingga bangun tidur mu diketahui oleh semua tak kira perempuan atau lelaki..
Kata mu untuk dakwah tapi bila online ada sahaja kenalan baru ajnabi bagi mu, atas alasan berkongsi pengetahuan sedangkan masih boleh dibincang dengan orang yang sejantina dengan mu..
Kata mu untuk dakwah tapi waktu online tak tegur atau ingatkan pun saudara2 seagama mu yang melakukan maksiat ( dosa buka aurat ) post gambar tidak bertudung sedangkan sudah diketahui mu betapa besarnya dosa yang akan mereka perolehi apabila beribu2 orang melihat gambar mereka..

Jadi masih relevan kah kata2 "pergunakan semula apa yang yahudi ciptakan"??? fikir2kan sahabat2 semua...
Memang diakui perlunya kita terjun ke dalam dunia keseronokan remaja kita untuk membantu mereka tapi adakah betul kita telah melakukannya? atau kita juga sedang ditipu syaitan durjana...

Wallahualam

Gelombang keadilan

Gelombang Keadilan
Album :
Munsyid : Shoutul Haroqah
http://liriknasyid.com

Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati

Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezhaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera

Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat surga

Monday, October 4, 2010

PUASA SYAWAL

Astagfirullahalazim dah lama sangat rupanya tak up date media kesayangan ana ni...
tak terasa waktu meniggalkan kita. tanpa kita sedari sekarang kita sudah berada dalam bulan oktober dan akhir tahun 2010.. syawal pun perlahan-lahan meniggalkan kita sementara menanti saat zulkaedah bertandan lagi... semoga sahabat2 sekalian dah siap puasa 6..

sabda Rasulullah s.a.w. mafhumnya
"sesiapa yang berpuasa 6 hari dalam bulan syawal ibarat berpuasa setahun penuh"

masyaAllah, puasa 6 hari dah boleh dapat pahala ibarat puasa setahun penuh. jangan lepaskan peluang ni. kalau dalam bulan ramadhan kita tak nak ketinggalan malam lailatulqadar sepatutnya macam tu juga la perasaan kita terhadap puasa 6..

agak terlambat kalau baru nak mula..tapi tak apalah teruskan je. yang menilai adalah Allah bukan manusia.. pahala tetap ada...

maaf ana terpaksa undur diri sekarang.insyaAllah c u'll again..

wallahualam

Thursday, September 23, 2010

HATI HATI HATI

Hati Hati Hati
Ada apa pada hati???
Berkata Imam Ghazali : "Carilah hati mu sewaktu membaca al-Quran. Jika kau tidak temui, carilah hati mu ketika mengerjakan solat. Jika tidak ditemui, cari hati mu ketika duduk tafakur..."

Berhati hatilah menjaga hati kerana tidak bernilailah amalan mu jika amalan itu tidak disertai keikhlasan.
Tambahan pula hati yang sakit menjadikan fizikal juga sakit, perbuatan tidak sihat dan amalan tersasar dari sifat kebaikan malah iman merundum jatuh..

Syeikh Ibn Ata'illah pernah memberi panduan dalam mengesan sama ada hati sihat atau sakit:

"sebahagian daripada tanda matinya hati, iaitu jika tidak merasa sedih kerana tertinggalnya suatu amalan kebaikan, juga tidak menyesal jika terbuat suatu perlanggaran dosa."

Sabda Rasulullah s.a.w. :

"siapa yang merasa senang oleh amal kebaikannya, dan merasa sedih atau menyesal atas perbuatan dosanya, maka dia seorang mukmin (beriman) ."
(hadis riwayat al-Tabrani)

wallahualam

Monday, September 20, 2010

8 Tips Bersihkan Hati...

1. sentiasa bersangka baik
2. buang sifat dengki
3. rajin hadiahkan senyuman
4. sentiasa merendah diri
5. hiasi diri dengan sifat maaf
6. ikhlas Lillhitaala dalam setiap amalan
7. rajin hadiri majlis ilmu
8. jangan tinggalkan ibadah wajib

maaf,ana curi waktu kecil sebelum ke kelas hari ni untuk mengisi blog so penerangan ana akan buat kemudian...

Tuesday, September 7, 2010

BERSIHKAN DIRI DARI TIPU DAYA IBLIS

Assalamualaikum w.b.t. buat semua muslim seluruh dunia...
Ana rasa tak lengkap hidup jika tak update blog,tapi insyaAllah lepas balik bercuti ( cuti raya ) baru nak update blog so sepanjang cuti nanti ana pasti akan rindukan media ini...

'iblis telah bersumpah di sisi ALLAH bahawa dia akan menyesatkan setiap manusia terutamanya hamba yang berjiwa kotor dan berhati busuk. Hanya hamba ALLAH yang berjiwa berjiwa bersih dan menghindarkan diri dari angkara dosa yang terkecuali kerana iblis akan gagal menyesatkan hamba ALLAH yang berhati bersih.'

Kerana sumpah iblis itulah manusia wajib berusaha melawan dan menghindarkan godaan syaitan laknatullah. Oleh itu ana kongsikan sedikit tips.

PERKARA YANG PERLU DIBERSIHKAN AGAR TERHINDAR DARI TIPU DAYA IBLIS :
1. Bersiahkan jiwa dari nafsu serakah
2. Bersihkan jiwa dari hasad dan dengki
3. Bersihkan hati dari tipu dan dusta
4. Bersihkan badan dan anggota dari kotoran dan dosa
5. Bersihkan pakaian
6. Bersihkan makan minum dari haram

setakat ni sahaja untuk hari ini. Bertemu lagi selepas cuti nanti..huhu

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMENANGAN UMAT ISLAM. SALAM AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.


Monday, September 6, 2010

HIKMAH SAKIT Menurut Imam al-Ghazali


Assalamualaikum w.b.t...
semoga sahabat,teman dan kawan2 sekalian sihat ceria di redhai menikmati saat akhir hidup kita yang tinggal sedikit waktu...


Imam al-Ghazali menyenaraikan 15 faedah dan hikmah sakit yang diperolehi oleh pesakit sekiranya pesakit itu benar2 redha dan pasrah mnurut cara yang dikehendaki ALLAH dan Rasul-NYA :

1. Mewujudkan tanda baik sangka kepada ALLAH
2. Menghasilkan rahmat dan hidayah ALLAH
3. Mmeperoleh sebutan dari ALLAH dihadapan hamba2 pilihan
4. Membimbing hati dengan mengingati dan menyebut nama ALLAH
5. Melepaskan diri dari azab
6. Memelihara diri dari gangguan syaitan
7. Mendatangkan kebahagian dunia dan akhirat
8. Mendapatkan darjat yang mulia di sisi ALLAH
9. Memberi sinaran kepada hati dan menghilangkan kekeruhan jiwa
10. Menegakkan satu rangka dari iman dan Islam
11. Menghasilkan kemuliaan dan kehormatan pada hari kiamat
12. Melepaskan diri dari penyesalan
13. Memperolehi penjagaan dan kawalan dari para malaikat
14. Menghasilkan keampunan dan keredhaan ALLAH
15. Merupakan ukuran untuk mengetahui darjat yang diperolehi di sisi ALLAH.

Pengajarannya : Tingkatkan kesabaran dan redhalah apabila dilanda ujian dengan penyakit kerana terdapat pelbagai hikmah yang tersembunyi. Semoga kita tergolong dala golongan yang bersyukur walau apa pun ujian yang melanda diri. Amin....

wallahualam

Saturday, September 4, 2010

SOAL HATI...SIHAT ATAU SAKIT?

Assalamualaikum w.b.t...
hello sahabat2,teman2 dan kawan2 kat luar sana? sihat tak hari ni? ohw sihat,Alhamdulillah...
hati macam mana,sihat juga ke? mungkin ramai yang tak sedar hati dia tengah sakit,hatta ada yang tak sedar hati dia da tenat...
hati sakit?perlu pembedahan ke?hati dah tenat?perlu penderma hati ke?... itu sakit fizikal,hari ni ana nak cerita tentang hati bukan penyakit fizikal tapi boleh effect fizikal kita...

bukan penyakit fizikal maknanya rohanilahkan,macam mana boleh effect fizikal pula???... ya la,bila hati kurang sihat,aktiviti seharian pun kurang sihatlah...bila hati dah tenat aktiviti seharian memang dahsyat...

mari periksa hati kita tahap mana.. Actualy tak ramai yang dapat hati yang sihat ni malah ana sendiri mengaku hati ana masih kurang sihat dan dalam proses berubat(nanti ana terangkan kemudian macan mana nak ubat hati)...

PERINGKAT HATI :

HATI YANG SIHAT_
Hati yang sihat mudah menerima kebenaran dan mencintainya malah lebih mengutamaakannya. hati yang sihat sentiasa tunduk dan patuh kepada segala perintah ALLAH.

HATI YANG SAKIT_Hati yang sakit adalah hati yang sentiasa berubah-ubah. kadang-kala bertukar menjadi hati yang tenat dan beku. ada ketikanya pula,bertukar menjadi hati yang sihat.

HATI YANG MATI DAN BEKU_Hati yang mati dan beku sukar menerima kebenaran dan sukar mencintainya. Apa lagi mahu mematuhi. hati yang mati dan beku ibarat tubuh yang kaku dan telah mati. pemilik hati yang mati ibarat sampah masyarakat yang sering membawa kerosakan.


ana yakin semua dah tahu musuh utama kita syaitan tapi ramai yang layan je sebab kalah ddengan pujuk rayu syaitan. tips kalahkan syaitan : syaitan kalah kepada orang yang hatinya ikhlas....

ubat hati ada lima perkara, amal2kan supaya hati selalu sihat (tak ikut susunan tak apa ye):
1) baca Al-Quran dan maknanya
2)berkumpul dengan orang-orang soleh
3)banyakkan berzikir
4)bangunlah disepertiga malam untuk sujud kepada PENCIPTA ALAM
5)banyakkan berpuasa sunat (syawal nanti jangan lupa puasa 6 )

TIGA PERKARA YANG MEROSAKKAN HATI :
1)berlebihan dalam bercakap, kurangkanlah berborak perkara yang tak perlu
2)berlehihan dalam makan,Rasulullah pesan 'makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang'
3)berlebihan dalam memandang,jaga pandangan_pesan Nabi Muhammad s.a.w. 'tundukkan pandangan'

setakat ni dulu yup....wallahualam


INI LANGKAH KU

Ini Langkahku

Album : Ini Langkahku
Munsyid : Shoutul Harokah
http://liriknasyid.com

AAA... INI LANGKAHKU
AAA... TERUS MELAJU
AAA... INI LANGKAHKU
AAA... BANGKITKAN JIHAD

INI LANGKAHKU YANG KAN KUHAYUN
WALAUPUN PAYAH TAK AKAN JERA
INI LANGKAHKU KAN TRUS MELAJU
SETEGAR KARANG BANGKITKAN JIHADKU 2X

ARAL RINTANGAN DATANG MENGHADANG
TAPI SYURGA DI BAWAH KILATAN PEDANG
HANCURKAN KEDZALIMAN
TEGAKKAN KEADILAN

PASTIKAN LANGKAHMU WAHAI PEJUANG
DENGAN AL-QUR'AN MENJADI PEDOMAN
HEMBUSKANLAH ANGIN PEMBAHARUAN
KARENA KITA KHALIFATURRAHMAN

Saturday, August 28, 2010

BERTUHANKAN NAFSU

Assalamualaikum w.b.t...
semoga sahabat2 pembaca sihat walafiat belaka... hari ni ana tak tahu nak tulis apa,banyak benda nak cakap tapi tak tahu nak fokus ke bab mana... sedang berusaha nak fikir ni ana belek2 buku kecil nota kata2 hikmah yang baru setahun lebih ana selalu bawa bersama... ana pilih ayat ni,

"TERANGKAN KEPADA KU TENTANG ORANG YANG MENJADIKAN HAWA NAFSUNYA SEBAGAI TUHANNYA. MAKA APAKAH KAMU DAPAT MENJADI PEMELIHARA ATASNYA?"
(Surah Al-Furqan : 43 )

Dalam al-Quran Allah dah terangkan dengan jelas bukan secara tersirat bahawa jika manusia menggunakan akal dia akan setaraf dengan malaikat tetapi jika dia menggunakan nafsu dia akan lebih teruk dari haiwan..
buktinya remaja kita sendiri yang bertuhankan nafsu, bukan setakat membuat dosa zina malah menggandakan dosa dengan membunuh nyawa yang tak bersalah..

orang yang berakal tidak mahu mengisi waktunya dengan perbuatan yang sia2 apatah lagi perbuatan yang membawa kepada dosa. orang yang berakal lebih suka melakukan perbuatan yang mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Orang yang berakal takut seandainya termasuk dalam golongan orang yang tidak bertaubat dan zalim.

antara tanda-tanda oarang yang bertuhankan nafsu ialah :
dah tahu perbuatan yang dilakukannya itu haram tapi masih nak buat juga.
Contohnya pasangan yang bercouple,bukan dorang tak tahu perbuatan dorang haram tapi still couple and tak cukup dengan berpegangan tangan siap dah ramai yang tak segan sili berpelukan di khalayak ramai. malah ada pula yang malu sebab tak ada pasangan.
bukankah ini salah satu tanda2 kiamat_iaitu apabila manusia mula melakuakn maksiat tanpa segan silu malah malu melakukannya tanpa pangetahuan umum.
Contoh lain,seorang perokok.. dah difatwakan merokok tu haram dan dorang dah kerap kali dengar fatwa haram merokok tapi sebab tak boleh nak kawal nafsu ( jadi hamba nafsu ) so tak nak berusaha pun berhenti merokok.

ana teramat sedih bila memikirkan remaja muslim yang bukan sahaja masih di takuk lama tapi menuju era kejahilan yang entah bila akan berkesudahan.
yang mempunyai kesedaran untuk mencapai semula era kegemilangan Islam hanya 10 dalam 1ooo (termasuk yang mempunyai separuh sahaja tahap kesedaran ). bukankah ini adalah satu kerugian yang amat besar bagi agama,negara dan individu itu sendiri.

renug2kan lah sahabat2 yang dikasihi kerana Allah sekalian...






HADIAH BUAT MU TEMAN

Assalamualaikum.. sekadar penghargaan buat sahabat,teman dan kawan ana since sekolah rendah yang masih setia bersama hingga sekarang.. seabad bersama mengajar kami bermacam pengalaman dan pengajaran... selamat hari lahir buat Nasrah Binti Abdul Karim,semoga ukhwah kita hingga ke syurga...

I LOVE ALL OF MY FRIENDS...

Thanks a lot to u'll...

Hadiah BuAT mU tEmAn_TeLaGa BiRu

*JALINAN PERSAHABATAN
KITA ABADIKAN SEPANJANG ZAMAN
BERPANJANGAN DAN BERKEKALAN
MANISNYA IMAN HIDUP DI DALAM PERJUANGAN

KASIH SAYANG KU HADIAHKAN BUAT MU TEMAN
UNTUK KAU SIMPAN
INGAT2AN JADINYA BEKALAN PERJALANAN
PERJALANAN HIDUP DI DALAM PERNTAUAN

GUNUNG DI DAKI
LEPAS SAMA DITURUNI
KITA DI UJI BERULANGKALI
NYATA SETIA SEBATI

^KELAM DITEMPUHI
CERAH SAMA DISUSURI
CINTA YANG MURNI RAHMAT ILAHI
HARUMNYA KITA KECAPI

*
>SYUKUR PADA MU TUHAN
SYUKUR KITA DIHADIAHKAN
HADIAH IMAN
HADIAH KASIH SAYANG
CINTA SEORANG TEMAN
SYUKUR PADA MU TEMAN
SYUKUR KITA DIPERTEMUKAN
PENGORBANAN DAN KESETIAAN
TAK MUNGKIN KU LUPAKAN
ALLAH...ALLAH...ALLAH...
ALLAH...ALLAH...ALLAH...
ALLAH...ALLAH...ALLAH...

^
*
>
ALLAH...ALLAH...ALLAH...

Sunday, August 22, 2010

10 LARANGAN DALAM BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum sahabat2 di luar sana... kaifa halukum???...semoga dalam keadaan sihat wal afiat InsyaALLAH... Mulanya waktu dengar tajuk tazkirah subuh ni ana terkejut juga,hairan... dengar je yang pertama ana lari ke bilik ambik buku dan pen sebab menarik rupanya tazkirah subuh ni untuk di ambil ikhtibar oleh kita semua... ana kongsikan di laman ni seringkasnya sahaja sebab ana agak kesuntukan masa

10 LARANGAN DALAM BULAN RAMADHAN...

1. JANGAN LEMAH HATI :

Sebab bila lemah hati jasad akan turut lemah, lawan malas dan lawan ngantuk

2. JANGAN TINGGAL SOLAT :
jangan heran bila ada je orang puasa tapi tak solat so tegur2 la kalau ada orang mcm tu yg kita nampak

3. JANGAN BOROS WAKTU BERBUKA :
Bulan ramadhan ni bukan bulan makan2 tapi bulan ibadah, ustaz pesan kalau nak ke bazaar ramadhan jangan ramai2 tapi p sorang2 supaya tak beli banyak ^_^

4. JANGAN TINGGAL QIAM :
Bangunlah disepertiga malam untuk mengabdikan diri kepada ALLAH tambahan pula pahala berganda2 dalam bulan ramadhan ni

5. JANGAN SIBUK DENGAN SAHUR HINGGA LUPA SUBUH :
Ni biasanya berlaku di rumah,makanan banyak so makan kenyang2 sampai tak larat tunggu subuh dah terlelap sampai pagi

6. JANGAN TUNJUK AURAT :
Aurat ni wajib tutup mknanya berdosa tayang aurat. Orang yang buka aurat rosak pahala puasa rosakkan pula pahala puasa orang lain. kesian la kat orang lebih2 lagi diri sendiri...

7. JANGAN TERLALU BANYAK TIDUR :
Tahulah puasa letih sikit tapi janganlah bayak sangat tidur
(makhruh taw)malah ada yang sampai sepanjang siang tidur. kalau tidur qailullah(tidur sekejap waktu siang untuk sedia tenaga bagi digunakan waktu malam) tak jadi masalah la...

8. JANGAN TINGGAL TERAWIH TANPA SEBAB :
Rasulullah tak pernah buat terawih kurang dari 20 tapi umat akhir zaman ni bukan setakat terawih lapan je malah tak pi terawih langsung. terawih ni sunat muaqqad lagipun cuma ada di bulan ramadhan je,rugi besar tak buat terawih ni apatah lagi kalau ini adalah ramadhan terakhir kita.

9. JANGAN KURANGKAN BACA AL QURAN :
Sepatutnya bulan ramadhan ni makin banyak mengaji tapi ada pula orang yang semakin kurang mengaji. sebab? terbanyak tidur la katakan...

10. LAILATUL QADAR JANGAN LAILATUL KAMDAR :
Sepuluh malam terakhir ni kita patut ikhtikaf di masjid tapi nak ikhtikaf macam mana kalau dah seharian shopping sampai tak larat bangun malam.

wallahualam...jumpa lagi di hari yang lain...

Sunday, August 15, 2010

kekasih mu pembunuh...???

KEKASIH/PEMBUNUH IMAN DIRI

mari kita renungi sejenak
di mana kita
tahap apa iman kita

ada orang yang bila ditanya punya kekasih
laju sahaja jawapannya
"kekasih ku ALLAH dan RasulNYA"
ALHAMDULILLAH jika bertemu hamba ALLAH yang sebegini

adapula yang memberi jawapan
"no komen!!"
no komen juga la

ada yang jawab sambil tersipu malu
"ada..."
malulah pada ALLAH

ada yang jawab
"mybe..."
jawapan yang kurang yakin,agaknya dia berkenan+pasangan pun suka
tp ego nak ngaku suka sama suka

sebenarnya bukan ini tujuan ana... bukan nak komen mana-mana orang
cuma agak heran,,,kenapa ramai yang tahu berpasang-pasangan tanpa ikatan yang sah "Haram" tapi still couple lagi... pelik tapi benar... kalau dulu ana tak percaya orang yang couple ni tahu perbuatan dorang terang-terang salah... tapi bila usia semakin meningkat... pengalaman semakin banyak,, barulh yakin apa yang ustaz cakap dulu waktu sekolah menengah tu betul...

betul ke couple tu bahagia? gembira???
terus terang ana cakap apa yang ana nampak cuma masalah
dari mula ana nak berfikir dengan matang sampai sekarang

ana ambik contoh cerita disekeliling ana je ( cerita betul bukan rekaan)
ni cerita di sekolah rendah
bercinta la konon-kononnya
waktu rehat duduk bukan setakat semeja tapi sekerusi
apa nak jadi moral manusia zaman serba canggih ni?
tapi evrday dengar dorang bergaduh entah apa2 yang dimarahkn

ni cerita seorang kawan juga jiran
ana mula nampak dia bercinta waktu kami sama-sama darjah 6
ana nampak dan dengar mak dia puji setiap hari
anak dara dia tak keluar rumah
tapi mak dia tak sedar anak dia keluar ikut tingkap belakang rumah
akhirnya lepas UPSR tak sambung study
14 tahun da ada anak,tak salah kahwin awal tapi kalau diri sendiri tak reti urus nak jaga anak macam mana?kalau hubungan awal2 da dicemarkn dengan perlakuan haram,macam mana nak didik anak jadi insan mulia?
_perempuan yang baik tak akan keluar dari tingkap,lelaki yang baik tak kan pengaruhi orang yang disayangi untuk melakukan kerja terkutuk_

ni cerita seorang kakak saudara seIslam
dulu sekolah menegah dia macam agak anti lelaki
tapi kat kolej tertipu dengan kebaikan lelaki
akhirnya diploma ntah ke mana
dapat marah dari ayah dan berjaya kecewakan hati ibu...

sedar-sedarlah
kalau dulu sebelum bercinta adalah anak yang solehah
kalau dulu sebelum bercouple adalah sahabat yang setia
kalau dulu sebelum ada pakwe punyai iman yang terjaga
selepas itu
segalanya berubah
mana hilang anak solehah
mana hilang teman yang sejati
mana hilang iman diri

apakah yang lebih penting dari redha ke dua ibubapa???
apakah yang lebih penting dari mendapat redha ALLAH???
fikir-fikirkanlah muslimah
fikir sedalamnya wahai muslimah
fikir sejauh-jauhnya

JANGAN MENYESAL DI KEMUDIAN HARI

bila hati sudah dikaburi dengan hitam dosa
amat payah untuk membersihkannya
mungkin boleh sahaja dalam sehari cuma untuk membersihkan hati kita
tapi
adakah pasti usia kita menjangkauinya???
bagaimana kita hendak berhadapan dengan Allah di akhirat sana jika ajal kita dalam beberapa minit lagi sedangkan dosa kita belum diampunkan ALLAH

JANGAN TUNGGU HINGGA NASI SUDAH MENJADI BUBUR


wallahualam


Salam Mahabbah wA RaMaDhaN_manfaatkan


Assalamualaikum w.b.t...
sEmOga para khalifah dan daie2 sekalian dalam sihat walafiat...
jangan pernah hairan jika ana katakn kalian adalah daie(pendakwah) sebab setiap muslim itu hakikatnya adalah daie dan memegang tanggungjawab sebagai daie...

hanya sahaja manusia itu sering lupa ( bukan Melayu sahaja mudah lupa tapi manusia keseluruhannya juga mudah lupa )...

semoga sahabat2 sekalian menjalani Ramadhan dengan penuh barakah wa rahmah...
carilah kekuatan diri dalam bulam yang mulia ini. teguhkanlah lagi dan binalah benteng yang kukuh dalam hati untuk menghadapi cabaran2 mendatang... walau perjuangan itu pahit,ingatlah selalu bahawa kemanisan sentiasa menunggu kita dihadapan sana...

wallahualam...

Friday, August 6, 2010

Gantunglah cita2 setinggi bintang di langit

Assalamualaikum w.b.t.
sahabat2 yang disayangi kerana Allah... apa khabarkah iman kita,semoga sentiasa bertambah dan meningkat setiap hari bukan berkurang dari saat ke saat...

Gantunglah cita mu setinggi bintang di langit
kerana bila ia terjatuh hanya jatuh ke awan
berbanding menggantung di awan
kerana jika ia jatuh akan terus jatuh ke bumi...

Rendahkan hati mu serendah mutiara di dasar lautan
bukan hanya serendah rumput di bumi
agar tidak memandang rendah pada orang lain
sedangkan ia lebih baik dari mu...

nasihat menasihati menjadi kewajipan dalam Islam...

peringatan ini untuk diri ana sendiri yang baru menyedari satu kesilapan besar telah ana lakukan semenjak menjejakkan kaki ke Kuliah Bahanj As Sultan Ahmad Shah ( Sultan Ahmad Shah Pahang Islamic College )...
dalam melayari kehidupan sebagai seorang pelajar, hanya muhasabah semalam menyedarkan ana bahawa ana tidak punya cita2 untuk menjadi pendorong semangat belajar itupun disedari selepas ustazah Aida Farkhana ( pensyarah baru bahasa Arab ) bertanya apakah cita2 ana... sungguh menyedihkan apabila menyedari kesilapan besar ini telah berlaku pada diri ana selama lima semester...
ini juga bermakna ana tidak menggantungkan cita2 yang bukan hanya akan jatuh ke bumi tetapi telah hanyut di bawa arus yang boleh menyebabkan hilang kawalan dan arah tujuan hingga menyesatkan malah gagal mencari jalan pulang...
ana tetap bersyukur sebab sekurang-kurangnya ana masih diberi kesempatan untuk sedar dan berada di alam nyata walau penuh mehna ujian...
semoga kesedaran ini membuahkan kejayaan pada ana selepas ini,,,amin...

Tuesday, August 3, 2010

WARKAH BUAT MUSLIMIN

Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah ana masih dipinjamkan nyawa untuk terus berkhidmat demi agama, untuk terus menghirup segarnya udara ciptaan Allah yang Maha Pemurah...

jika sebelum ini ana teringin menghantar warkah buat setiap mslimah, detik ini ana ingin berkongsi bersama setiap insan yang bergelar lelaki atau insan2 yang tahu dirinya seorang lelaki lalu sedarlah tugas mu sebagai lelaki...

muslimin
setiap manusia adalah khalifah...
tetapi sedarlah diri mu adalah ketua keluarga sama ada sekarang atau akan datang...

muslimin
sedarkah??? kamu menjadi sebahagian tunjang kekuatan wanita atau lelaki sama ada ibu,ayah,adik,kakak atau isteri malah anak2 mu... oleh itu, jangan kamu bersifat lemah dalam melawan nafsu dan syaitan...
jangan pernah membiarkan diri mu lemah dan terus tertipu dengan keindahan atau kelazatan dunia yang sementara malah akan hancur pada bila2 masa...

muslimin
berhentilah mendengarkan kata2 manis bicara pada wanita sedangkan kamu tahu hati wanita terlalu mudah tertipu...
cukuplah dengan kata2 yang pernah engkau luah jangan pernah ditambah lagi beratnya amalan kiri mu...
ajaklah insan yang engkau kasihi agar sama2 mengejar cinta hakiki dan jangan mengharap pada yang tidak pernah pasti...

muslimin
engkau ikutan sebahagian besar insan tidak kisah akan mencontohi kebaikan atau keburukan kerana engkau sentiasa adalah pemimpin dan contoh ikutan tidak kira kawan atau lawan...

muslimin
kamulah para mujahid,ketua2 keluarga,pejuang2 penegak2 agama Allah
yang akan memilih sayap kiri sendiri... baik akhlak mu baik jugalah sayap kiri mu...
baik sayap kiri mu maka hebatlah anak2 mu penerus perjuangan mu...
pandanglah jauh kehadapan dan bergeraklah mengejar kejayaan dalam akhir zaman...
semoga berjaya merebut cinta ILAHI yang kekal hakiki dan meraih syurga firdausi...amin

Sunday, August 1, 2010

SETELAH LAMA MENYEPI_mari bersabar

Assalamualaikum w.b.t...
kaifa halukum? apa khabar? nii haw ma? how are u? ma unu-unu na kamu yan?yan abar?
trasa rindu dgn mdium dkwh ana yg 1 ni... bukan masa yang tiada tapi analah yang kurang bijak mengurus dan bergerak seiring masa... terasa rindu juga dengan sahabat2 di luar sana walau mungkin kita tak pernah pernah bersua..

Sering kali ana terfikir,,
Ya ALLAH hamba MU yang hina ini tidak punya cukup kekuatan untuk memikul dugaan yang dianugerahkan MU,namun ana akan segera beristigfar kerana terfikirkn firman ALLAH bahawa tidaklh ALLAH menguji hambaNYA melainkan berdasarkan kemampuannya...

Dalam ana berusaha agar dapat terus berdiri walau kerap kali tersungkur...
Dalam ana berusaha membina keyakinan diri walau kerap kali terluka...
Dalam ana berusaha agar berjaya membina benteng sabar yang kukuh...

ana tahu dan yakin usaha2 ana tidak akan berhasil tanpa bantuan 'ALLAH YANG ESA'...
ana yakin juga tanpa usaha contoh teladan terbaik umat 'Rasulullah saw' ana bagaikan sampah masyarakat yang tak berguna...

Buat sahabt2 di luar sana, tngjwb dakwah adalah tngjwb kita bersama. ana tahu pahitnya dan ana juga pernah merasa manisnya sekali sekala... ingatlah shbt,tanpa ujian disekeliling kita di mana lagi kita akn merasa praktikal dkwh yang akn kita ambill pengalaman itu untuk kita gunakan di masa hadapan mengharungi kegawatan2 dalam masyarakat. ingatlah juga 'experience is the best teacher' tapi jangn tersilap dgn kata2 ini pengalaman adalah guru trbaik namun bukan semestinya pengalaman diri sendiri contohnya seseorang yang mahu mempunyai pengalaman mnagih dadah atau pengalaman zina nauzubillah,ramai lagi org yang lebih dewasa dari kita,rajin2lh bertanya untuk mendapatkn walau sedikit ilmu krn malu bertanya sesat jaln...

Buat mereka yang merasa kecekalan hati amat2 teruji, imbaslah kembali sirah Rasulullah Habibullah...
kenang kembali betapa kejamnnya kafir laknatullah yg sanggup membaling batu keatas seorang manusia mulia sehingga berdarah di kepala yang mereka sendiri akui bersifat al Amin.. memang benar kita manusia biasa tetapi cubalh mencontohi walau sedikit sifat sabar Rasulullah kerana kita tak mungkin dapat mencontohi 100% sifat sabar Rasulullah... kepala yang mengalir darah dibersihkan anakanda tercinta Baginda sehingga srikandi sepanjang zaman Fatimah az Zahra yang mengalirkn air mata disabarkn sendiri oleh Rasulullah...
ini hanya sedikit cerita kesabaran Rasulullah tapi disini pun ana yakin tidak ada manusia yang dpt mencontohinya dengan baik...
oleh itu ana memperingatkan diri ana sendiri dan sahabat2 di mana jua anda berada agar bersabarlah dan yakinlah kemanisan sedang menantikn kepulangan kita ke pangkuan ALLAH..
wallahualam...

WARKAH BUAT MUSLIMAH

Assalamualaikum w.b.t...
kaifa halukun? apa khabar? nii haw ma? how are u?
semoga sihat walafiat belaka...

Terlalu ingin rasanya ana titipkan satu warkah khas buat setiap muslimah namun ana masih belajar untuk menyampaikan dengan jelas nyata tetapi hanya mampu menukilnya di laman ini dalam bentuk luahan kata2 semoga kita sama2 dapat mengambil pengajaran darinya...

muslimah
apakah nilainya hidup di dunia jika hanya menjadi fitnah manusia???
tidak inginkah merasa manisnya syurga???
atau lebih gembira jika merasa keseronokan yang sementara???

muslimah
adakah diri mu terlalu hina sehingga membiarkan maruah dipersenda oleh lelaki durjana???
sedangkan Islam telah mengangkat darjat mu dari terus hina semasa zaman jahiliah...
tidak inginkah engkau menjadi manusia yang dimuliakan oleh manusia...
atau engkau lebih suka di hina dan di cerca?? sedangkan hati tak sekuat mana untuk menanggung peritnya penghinaan dari manusia apatah lagi hina dalam agama...

muslimah
sebagai seorang manusia dan hamba Allah,,,
ana terlalu bersedih memikirkan dunia yang dirosakkan tangan2 manusia...
dunia yang indah ini dihiasi dengan kotoran maksiat manusia,,,
manusia2 yang lupa untuk takut pada Allah malah lebih takut jika tidak punya teman tapi mesra... berzina,membunuh sudah menjadi perkara biasa pada remaja,,, sanggup membunuh bayi2 suci yang tidak berdosa sedangkan yang bersalah adalah ibu dan bapa bayinya...

Buat muslimah yang masih terjaga
teruskan memelihara maruah satu2nya harta paling berharga bagi wanita
jangan cuba menjejak langkah mereka yang pernah merana
agar diri mu tidak terpedaya nafsu godaan syaitan laknatullah
supaya mudah memohon bahagia di al Jannah

MUSLIMAH SEMUA
cukuplah bermesra dengan dunia
kerana dunia ini hanya sementara
yang hakiki berada dihadapan kita
cukuplah memeluk dunia fana
bersiaplah untuk ke akhirat di sana
ayuh muslimah kita bergerak bersama2
mengorak langkah mengejar al Jannah...

semoga kita tergolong dalam kalangan ahli2 syurga... amin
wallahualam

Saturday, July 10, 2010

sEtiap yang berlaku ada hikmahnya

Assalamualaikum....
"Nabi s.a.w bersabda, maksudnya : tidak ada muslim yg di timpa kesusahan, kesakitan yg berlanjutan, kerisauan, kesedihan, kecederaan atau kekhuatiran ataupun oleh duri yg mencucuknya melainkan Allah akan menjadikannya ganti rugi bg dosa-dosanya' (riwayat Bukhari & muslim)

Tuesday, July 6, 2010

UJIAN DARI ALLAH SWT

Assalamualaikum wbt semua....semoga sihat walafiat belaka... Nukilan kali ini sekadar untuk memujuk diri sendiri.. Smile always.. ana tahu dan yakin bahawa ujian dari Allah mengikut kemampuan hamba2NYA hanya sesekali ana rasa bagaikan terlalu berat untuk dipikul mungkin juga kerana syaitan berjaya memperdayakan ana ketika lalai seketika... Sahabat2 yang dikasihi sekalian sama2lah kita berdoa agar diberi kekuatan dan ketabahan seperti Rasulullah Kekasih ALLAH YANG AGUNG... AMIN
Doakan ana juga ya...

Saturday, June 5, 2010

KEMALANGAN ITU MENGAJAR ERTI SABAR

Assalamualaikum sahabt2 sekalian...

Alhamdulillah ana masih di dunia untuk meneruskan perjuangan dan melayari sisa2 hidup di dunia yang sementara ni...

sepanjang cuti sem ni lepas balik Sabah terasa hari2 hanya diwarnai dengan menghabiskan masa membantu apa yang perlu di dalam rumah...

terasa betapa rindunya hati pada pengisian rohani yang dijalani di kolej sepanjang semester...


Biasanya padawaktu cuti2 spt ini ana difhmkn tdpt plbg aktvt mnanti... sebenarnya ana dapat undangan dari MARSIS ( MARKAS SISWA SISWI ISLAM SABAH SARAWAK ) untuk melibatkan diri dengan dunia dakwah di Sabah yang sememangnya ana maklum bahawa BUMI DI BAWAH BAYU ini amat memerlukan daie2 yang sanggup bkorban apa saja demi agama ALLAH..

Tanpa diduga ujian buat kami sudah bermula sebelum perjalanan bermula...

1st_ana dengan seorang sahabat karib ana 'Nasra' di uji dengan masalah kewangan..

Tapi Alhamdulillah dipermudahkan Allah..



setelah memulakan perjalannan kami di uji lagi apabila bas yang kami naiki untuk ke lokasi pertama terbabit dalam kemalangan.. bas yang di pandu laju melanggar HILUX dan sebuah pondok malah hampir terjun ke dalam gaung... 4 orang penumpang bas cedera teruk dan dihantar ke hospital.. Alhamdulillah semua selamat kehilangan nyawa pinjaman dari ALLAH...

Alhamdulillah sekali lagi kerana semua peserta yang terlibat dengan program tersebut hanya mengalami luka dan lebam2 kecil...
KEMALANGAN ITU MENGAJAR KAMI BAHAWA PERJUANGAN KAMI BELUM SELESAI

Apa yang kami lalui sungguh menginsafkan dan mengajar kami untuk lebih bersedia dengan cabaran dakwah yang mendatang. Memang terasa ngeri apatah lagi bila menyedari bas yang kami tumpangi tersebut hampir terjun ke dalam gaung yang dalam... Terasa betapa insafnya dan terasa juga bahawa hidup di dunia yang sementara ini hidup hanya seketika dan bila2 masa sahaja ajal akan menjemput kita..
teringat kata2 seorang sahabat ajk program, Allah nak tunjukkan kat kita yang perjuangan kita belum selesai sebab tu kita masih hidup...
Alhamdulillah kami masih dipinjamkan nyawa untuk terus memburu REDHA ALLAH S.W.T...

bagi ana sendiri kemalangan itu banyak menyedarkan ana bahawa sekarang ni ana berada di dunia fana atau serba sementara malah kemalangan itu juga menyebabkan ana lebih banyak ingat mati,Alhamdulillah... ana akui juga selepas kemalangn tsebut ana jadi takut duduk dalam bas sedangkan perjalann hidup ana masih tlalu panjang di hadapan malah memungkinkan ana untuk menaiki bas untuk beberapa kali lagi...
Alhamdulillah juga semangat kami terus membara untuk mengejar redha Allah dengan usaha2 dakwah yang berterusan... wallahualam...

DISIPLIN TERAS KEJAYAAN

Assalamualaikum shbt2 di luar sana...
semoga sht walafiat..
dah lama sgt tak update my blog..maaf sgt2..
dah lama nak critakan hal ni...hem,,after cuti sem ari tu ana sempat bkerja di kilang..
apa yang menariknya kilang ni sangat bdisiplin....

Hari ptama hmpir mula bkrj ana tak bwa ic,so tak blh msuk...
di luar gate tsebut ad sorg gadis yg jg tak blh msuk sbb tak bwa topi..
spek pun tak blh tanggal spnjng dlm kwsn kilang...
tidak perlu heran kerana kilang ini di bawa pemilikan orang Jepun...

nampak tak betapa bdisiplinnya kilang tsebut..
KILANG NIPPON ELECTRIC GLASS SDN BHD..
Actly byk nak dikongsikan tapi masa amat cemburukan ana...
Dipendekkan crita,, kalau kilang boleh amalkan hidup berdisiplin kenapa dan mengapa MAHASISWA amat degil untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih berdisiplin dan sihat... adakah krn bangga dengan kelayakan atau kelulusan yang dimiliki??? fikir2kanlah sahabat... buang yang keruh dan ambik yang jernih...
sekian
wallahualam

Friday, March 5, 2010

"GOLONGAN YANG MENDAPAT SYAFAATUL QUBRA"

Assalamualaikum sahabat2 yang dikasihi... hari ni ana buka myspace n sangat tertarik dengan bulletin sorg saudara seIslam...... so ana kongsikan kt sini k...

Syafaat terbahagi kepada dua --Qubra (besar) & Sugra (kecil).
Syafaat yang besar adalah dari Nabi s.a.w manakala yang kecil adalah dari Malaikat/Al-Quran..2 jenis manusia setelah dimasukkan ke alam kubur --
(1) yang boleh menjawab soalan malaikat dan
(2) yang tidak boleh menjawab.Yang tidak boleh jawab akan disiksa, manakala yang boleh menjawab dengan baik dan sempurna (oleh amalannya), akan dimaklumkan oleh malaikat -- tidurlah sperti tidurnya pengantin (hadis Nabi) --
tidur yang tidak diganggu langsung. Al-Quran (dengan syafaatnya - bagi mereka yang kerap membaca Al-Quran) akan temani/hiburkan orang ini sehingga dibangkitkan di hari akhirat.

Syafaat Qubra ialah syafaat Nabi s.a.w kepada umatnya di akhirat (Padang Mahsyar)..

Banyak ayat/surah Al-Quran yang menjelaskan berkenaan hari akhirat dan Mahsyar.
Ada yang dibangkit semula dalam keadaan buta walaupun di dunia dulu celik (kerana tidak mengambil ayat/penjelasan Al-Quran), ada yang senget bahunya (lelaki yang tidak berlaku adil kepada isteri-isterinya) dan ada yang badan/mukanya berseri/bercahaya (mereka yang mendapat kebahagian di akhirat).
Luasnya Mahsyar ialah sekira-kira cukup untuk seluruh umat manusia/jin. Lama tempohnya -- hanya Allah yang Maha Mengetahui.

7 golongan yang Allah akan naungkan di Mahsyar (tenang, gembira, tidak haus/lapar ) :
a. Pemerintah/Pemimpin yang adil.
b. Orang yang jiwanya sentiasa dengan masjid
c. Remaja/Anak muda yang rajin beribadat kepada Allah
d. 2 orang lelaki @ 2 orang perempuan yang bertemu/berpisah kerana Allah
e. lelaki/perempuan yang menangis ketika sunyi kerana mengingati Allah (bukan menangis kerana calon kesukaan diundi keluar Akedemi)
f. orang yang bersedekah dan merahsiakannya
g. orang lelaki yang diajak wanita cantik/berkedudukan atau sebaliknya, membuat maksiat -- tetapi dia enggan/berkata "Saya takut Allah".

Akan terbahagi 3 kumpulan manusia untuk pembalasan di Mahsyar..
1. Kumpulan A -- kumpulan yang ramai (firman Allah) -- golongan kafir -- akan dibawa terus ke Neraka tanpa hisab..
2. Kumpulan B -- golongan yang bertaqwa (surah Az-Zumar) -- akan dibawa ke Syurga tanpa hisab. Termasuk dalam golongan ini ialah mereka yang mati tanpa dosa (mati selepas bertaubat, orang kafir yang memeluk Islam lalu meninggal dunia, anak-anak yang meninggal semasa kecil). Nabi mengetuai kumpulan ini ke Syurga..
3. Kumpulan C -- inilah kumpulan yang akan dihisab oleh Allah. Nabi kembali semula ke Mahsyar untuk mengikuti umat-umatnya yang akan dihisab.
Kumpulan ini pula terbahagi 3..
i. kumpulan yang mempunyai dosa yang lebih sedikit dari pahala kebajikan (sekira-kiranya akan dimasukkan ke Neraka cuma seketika) - golongan ini akan Nabi beri syafaat Qubra untuk Allah mengampunkan dosa yang sedikit itu untuk terus ke Syurga..
ii. kumpulan yang banyak dosanya daripada pahala dan akan mendapat pembalasan setimpal dari dosa mereka. 1 hari di akhirat adalah 1,000 tahun dunia. Tiada syafaat dari Nabi s.a.w..
iii. kumpulan yang timbangannya ngam-ngam sahaja. (surah Al-A'raf)

Jadilah umat yang benar-benar kasih dan sayang kepada Nabi s.a.w dengan menghidup sunnah Nabi kerana ada sebahagian kita yang memperlekehkan sunnah Nabi, ada orang Melayu/Islam yang sanggup menuduh Nabi dengan tuduhan jahat/menghina/memburukkan Nabi, bahkan ada yang terus menolak sunnah/hadis Nabi.
Kita juga perlu perbanyakkan bersalawat salam kepada Nabi.Pada dasarnya memberi salam itu sunat tetapi menjawab salam itu wajib (dengan yang lebih baik @ setara).

Bagaimanapun, tidak perlu menjawab salam dalam 4 keadaan/ketika, iaitu:.
1. salam dari orang yang memberi salam dalam solat (akhir solat)
2. salam dari orang kafir. atau cukup sekadar waalaikum (sahaja)
3. salam dari anak-anak muda yang mempermainkan/mengurat/mempersenda anak-anak dara (dengan kata-kata kalau tak jawab berdosa....)
4. salam dari orang yang telah berucap dahulu (baru hendak beri salam).

a. Jin adalah makhluk Allah. Jin Islam lebih alim daripada manusia. Dan mereka (jin Islam) tiada kena mengena untuk terlibat dengan kehidupan manusia.
Maka jangan sesakali percaya kepada perubatan menggunakan jin (yang kononnya jin Islam) apalagi mengatakan ada orang berkahwin dengan jin. (surah Jin -surah ke-72)..

b. Hadis mempunyai kategori termasuk yang simbolik/kias -- "tidak diterima solat orang yang labuh jubah/kainnya" -- merujuk kepada sifat takabbur/sombong/bongkak dalam hatinya..

c. Manusia dibangunkan/dihimpun di Mahsyar dalam keadaan bertelanjang bulat (tidak berpakaian) -- (hadis Nabi ketika ditanya Saidatina Aisyah) -- bahkan manusia sudah tiada keperluan/nafsu untuk itu kerana masing-masing berada dalam keadaan sangat bingung/takut/risau-resah/bercelaru (firman Allah).

Tuesday, March 2, 2010

CINTAI ALLAH S.W.T. Ikuti Sunnah Rasulullah s.a.w.


Assalamualaikum wbt sahabat2 seaqidah diluar sana..terlalu lama rasanya ana tidak dapat meluangkan waktu untuk mengisi sedikit perkongsia di blog ana ni...ana terdetik untuk menulis kali ini hasil mendengar ceramah daripada Ustaz Suadi. Penceramah yang telah dijemput ke masjid KIPSAS pada 1/03/10 atas sambutan Maulidur Rasul. Walaupun ana agak terlambat ke masjid iaitu selepas pukul 8pm sedangkan ceramah telah bermula selepas sahaja solat Magrib. Tapi ana tetap ingin berkongsi ilmu sebagai panduan kita bersama walaupun jarak masa telah memisahkan hari2 yang berlalu..

" Muhammad SAW" Nama manusia agung yang sering menjadi sebutan sesiapa sahaja. hatta bukan muslim turut mengangkat Rasulullah sebagai 100 orang yang paling berpengaruh di dunia malah yang lebih membanggakan, Rasulullah adalah orang yang berada di ranking pertama bukan kedua,ketiga atau seterusnya.

Bila bercakap soal cinta sering kita dengar dari remaja cinta itu berkaitan tentang cinta sesama manusia sahaja. Adakah ini adalah tanda-tanda umat akhir zaman. Atau pengulangan zaman jahiliah. Mereka lupa cinta yang lebih utama iaitu cinta kepada ALLAH SWT. Jika berbincang soal cinta kepada ALLAH SWT, cukupkah dengan apa yang kita lakukan sekarang untuk mencapai cinta tertinggi ini. Yakinkah kita ALLAH telah membalas cinta kita yang hanya di bibir sahaja tanpa ada bukti kita mencintai ALLAH SWT. Dan tahukah kita salah satu bukti cinta kepada ALLAH SWT adalah dengan bangun di sepertiga malam untuk bersujud kepadaNYA. mensucikan hati dan memohon ampun atas dosa-dosa yang bertimbun.

CINTAI ALLAH S.W.T. Ikuti Sunnah Rasulullah s.a.w.
Dan tahukah kita cara yang seterusnya adalah dengan mentaati Rasulullah saw,mengikuti sunnahnya agar diampunkan dosa-dosa yang kita lakukan tanpa henti walau sehari. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :
"aku tinggalkan kepada kamu dua perkara(suruhan) supaya kamu berpegang(ikuti) kepadanya supaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya iaitu alQuran dan asSunnah."

apakah lagi yang hendak dipertikaikan? Rasulullah saw telah menunjukkan jalan yang harus diikuti,perbuatan yang mesti dicontohi, tetapi mengapakah manusia akhir zaman ini lebih memilih untuk mengikuti tunjuk ajar syaitan laknatullah. mendengar dan mengikuti kaum kafir terutamanya budaya barat. mencontohi mereka seolah-olah Rasulullah tidak mengajar kita cara hidup yang sebenar.

Rupanya untuk mencontohi Rasulullah ada cara yang harus di ikuti. ada syarat untuk mudah mengikuti sunnah Rasulullah saw.


Di sini ana selitkan sunnah Rasulullah yang sering kita dengar tapi hanya kadangkala diamalkan :
"orang yang paling baik adalah orang yang paling baik kepada keluarganya"_Rasulullah adalah contoh teladan terbaik sebagai ketua keluarga. Baginda ringan tulang membantu sekalipun tugasan yang sesuai untuk seorang isteri contohnya menjahit pakaian yang koyak.
Selebihnya pandai2lah fikirkan sendiri kerana umat ISLAM diajar dan dididik supaya sentiasa berfikir... wallahualam




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...