Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah Allah s.w.t. masih memanjangkan usia kita supaya kita boleh terus mengejar redha Allah s.w.t.
Ibnu Umar berkata: “Aku bersama Rasulullah, lalu seorang lelaki Ansar datang kepada Baginda mengucapkan salam lalu bertanya: Wahai Rasulullah. Manakah antara kaum mukminin yang paling utama? Baginda menjawab: Yang paling baik akhlaknya antara mereka. Dia bertanya lagi: Manakah di antara kaum mukminin yang paling cerdik?
“Baginda menjawab: Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik,” (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)
Menjawab persoalan seorang adik mengenai orang yang paling bijak adalah orang yang paling banyak mengingati mati adakah mengingati mati yang dimaksudkan sehingga mengabaikan setiap perkara di dunia.. ilmu ana terlalu sikit untuk menjawab persoalan ini dan jawapan ini hanya jawapan seorang muslimah yang masih baru dalam mendalami agama oleh itu ambillah yang jernih dan buanglah yang keruh.
Bagi ana, sentiasa mengingati mati bukanlah mengabaikan setiap perkara di dunia tetapi sentiasa mengingati mati ialah menghindarkan diri dari tertipu dengan kenikmatan dunia yang serba sementara.
"Genggamlah dunia jangan biarkan dunia menggenggam diri mu. Kawallah nafsu mu dan jangan biarkan nafsu mengawalmu."
Sentiasa mengingati mati dan sentiasa bersedia menghadapi mati bermaksud sentiasa membuat persiapan untuk ke alam kubur dan alam akhirat. Di akhirat kelak kita akan ditanya apakah yang telah kita lakukan di dunia, bukankah kita diturunkan ke dunia untuk menjadi khalifah dan untuk memakmurkan bumi Allah s.w.t?
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetap menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).” (Al-Jumu’ah: 8.)
Dan perlu di ingat memakmurkan bumi Allah s.w.t. bukanlah bermaksud hidup di dunia dengan bersenang-lenang semata-mata. Memakmurkan bumi Allah s.w.t. bermaksud berusaha bersungguh-sungguh mengamalkan suruhan Allah s.w.t dan RasulNya. Matlamat hidup manusia di dunia yang sebenar adalah mencari dan untuk mendapatkan redha Allah s.w.t. bukan untuk mencari kesenangan dunia yang semetara. Mencari redha Allah s.w.t dengan mengamalkan ajaran agama dan menyebarkannya.
Jika kita mengabaikan setiap perkara di dunia macam mana kita akan berjaya mempelajari,mengamalkan seterusnya menyebarkan ajaran Islam senhingga kemenangan Islam tercapai?
Jika kita mengabaikan dunia memang perlu kerana 'Mengabaikan dunia' dengan 'mengabaikan setiap perkara di dunia' berbeza maksud. Mengabaikan dunia bermaksud mengabaikan keseronokan dunia dan sentiasa berusaha mengejar kesenangan akhirat.
Setakat ini sahaja ya adik ku... Takut terlebih panjang dan membawa kesesatan.Nauzubillah.. ORANG YANG BERCAKAP BUKAN ATAS DASAR ILMU AKAN MEMBAWA KESESATAN.
Wallahualam
“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan pada hari kiamat saja akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia sudah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanya kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.” (Ali Imran: 185).
No comments:
Post a Comment