IMPIAN

IMPIAN

Assalamualaikum

I LOVE ISLAM

Sunday, March 20, 2011

UKHUWAH ITU INDAH


بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.

UKHUWAH ITU INDAH



Ukhuwah itu indah saat bergembira bersama

Ukhuwah itu indah saat bertegur sapa tak di lupa

Ukhuwah itu indah saat meluangkan masa bersama

Ukhuwah itu indah saat menuntut ilmu dijadikan usaha



Ukhuwah itu lebih indah saat dihiasi iman dan taqwa

Ukhuwah itu lebih indah saat tarbiyah memenuhi ruang jiwa

Ukhuwah itu lebih indah saat maksiat dicegah bersama-sama

Ukhuwah itu lebih indah saat sahabat diingat dalam tiap lafaz doa


Friday, March 4, 2011

PERMATA YANG MENYILAU





بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.

PERMATA YANG MENYILAU


Segala puji bagi Allah kerana mengutuskan Rasulullah saw untuk menghentikan penindasan terhadap kaum wanita di era jahiliah.

Alhamdulillah

Sedar atau tidak kita sudah jauh meninggalkan zaman kejahilan itu dibelakang,tetapi sedarlah kita ‘sejarah yang dilupakan akan berulang’ dan itulah yang berlaku sekarang. Era kejahilan itu telah dilupakan dan sedang berulang.

Astagfirullahalazim

Dimanakah permata-permata yang menyilaukan mata untuk menconcang dunia dan segala isinya yang sudah mula terlena dibuai arus jahiliah?

Dimanakah wanita-wanita yang mencontohi kerendahan hati Khadijah Ummul Mukminin isteri Rasulullah melayani suaminya?

Dimanakh gadis-gadis yang mencontohi ketabahan hati Fatimah az Zahra’ puteri Rasulullah menangani cabaran kaum jahiliah?

Dimanakah wanita-wanita yang mencontohi kegigihan usaha Aisya Humairah isteri muda Rasulullah mengajarkan sunnah?

Dimanakah wanita-wanita yang mencontohi keimanan Asiah isteri Firaun yang sanggup mati dengan seksa demi mengejar cinta Allah?

Dimanakah wanita-wanita yang mencontohi keikhlasan hati Rabiatul al-adawiyah dalam menagih redha Allah?

Wahai wanita-wanita sedunia

Mahu atau tidak,dalam suka atau duka,dalam ceria atau tawa

Tanggungjawab besar sedang menanti kita.

Kerana kitalah bakal-bakal ibu yang akan mendidik dan mengasuh bayi kita hingga menjadi insan soleh dan solehah.

Kerana kitalah bakal-bakal kakak yang akan mengajar adik-adik kita hingga dia tidak mengulangi kesilapannya.

Kerana kitalah bakal-bakal adik yang akan mengingatkan ibu,ayah,abang dan kakak kita tentang tanggungjawab mereka.

Kerana kitalah bakal-bakal kawan,teman dan sahabat yang akan menegur sahabat,teman dan kawan-kawan kita supaya mereka tidak terus lemas dengan pujukan dunia.

Wahai wanita-wanita solehah

Janganlah berhenti menyilaukan cahayamu yang menyilaukan mata para musuh Allah

Janganlah biarkan cahaya mu terus sirna dek tipuan dunia dan segala isinya

Janganlah berhenti berjuang sebelum berjaya menemui Allah yang Esa

Janganlah biarkan syaitan laknatullah melihat diri mu tersungkur lalu tertawa

Kerana dikau wanita pilihan Allah

Untuk menjadi pembantu penyambung rantai perjuangan Rasulullah

Jadilah seperti permata terdahulu

Yang sanggup berkorban demi cinta dan cita-cita meraih redha Allah

Yang sanggup berkorban nyawa dan harta hatta kelihangan keluarga

Wahai maratu’solehah

Dikau hiasan terindah dunia

Hargailah tiap peluang dari Allah

Pergunakannya untuk mencapai redha dan kasih Allah

Sama-samalah kita membina tugu istana bahagia di syurga Allah

Dengan melaksanakan tiap perintah dan menjauhi tiap laranganNya.




Thursday, March 3, 2011

MASA IBARAT PEDANG TAJAM


بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.

Alhamdulillah dah masuk bulan march
Tapi naya juga sebab banyak waktu yang berlalu begitu sahaja dengan sia-sia
Saat kebusyan memuncak ni,saat ni jugalah sakit kepala selalu menjengah
Selera makan makin bertambah,berat badan tak naik-naik juga...

Muhasabah seperti dilupa
Rohani tak terjaga
Penyakit hati makin parah
Masalah bertambah tak kunjung sudah...
Astagfirullahalazim

Sahabat-sahabat
bila muhasabah kita jauhi
rohani kita pasti lapar dan cepat letih
penyakit hati pasti terlalu mudah mendekati
punca penyelesaian masalah dah tak reti cari
sebab hati jauh dari Rabbi
tenggelam dengan tipuan duniawi

ana hanya insan lemah yang kadang tersungkur dengan tipuan iblis laknatullah
begitulah kitaran hidup kita kerana kita bukan Rassulullah

masa yang bergerak terasa semakin singkat
bukankah itu tanda dah dekat kiamat

masa ibarat pedang tajam
kerana sekali kita membuang masa
pasti masa hadapan kita mengalami sedikit kecacatan
sama ada penyesalan atau penyelesaian
pilihan ada pada diri sendiri
hargai tiap peluang
pergunakan tiap kesempatan

nasihat menasihati sesama teman
itulah erti persahabatan
syukran buat yang sentiasa memberi peringatan
buat insan hina dan lemah seperti ana
semoga kesempatan untuk memperbetulkan kesilapan masih diberi
hanya kepada Allah tempat kita meminta
dan hanya kepadaNya tempat kita kembali...

Astagfirullahalazim
Astagfirullahalazim
Astagfirullahalazim




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...