IMPIAN

IMPIAN

Assalamualaikum

I LOVE ISLAM

Tuesday, December 14, 2010

Siapa kita hari esok???


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah ana masih diberi kesempatan oleh Allah s.w.t. untuk berkongsi sedikit pengalaman dan pengajaran yang ana dapati selepas memenuhi cuti sem dengan program yang agak padat.

Kita merancang Allah s.w.t. juga merancang dan Allah s.w.t. adalah sebaik-baik perancang. Rancangan ana untuk mengisi cuti dengan belajar di pondok tidak menjadi kerana ana dipanggil untuk mengikuti program. Menyedari diri ana perlukan ilmu dalam pergaulan dengan masyarakat dan perlunya ana memberi khidmat walaupun agak banyak kekurangan diri ana turuti juga.

Bermula dengan NISA' Teen Circle 2010 di Pantai Sepat diikuti dengan Kursus Kefahaman Syariah Undang-Undang 2010 (KKSU 10) di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) seterusnya Simulasi di Kuala Lipis dan sangka ana akhir sekali Program Anak Angkat di Jengka 17. Akhir sekali Kem Remaja Unggul 2010 (KRU2010)di Taman Pertanian.

Alhamdulillah semua program berjalan lancar dan Syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana memberi ana pengalaman yang amat berharga.

Apa yang ingin dikongsi dan paling diingati dalam memberi pengajaran kepada diri adalah program Ziarah MOSWA ketika Program Anak Angkat di Jengka. Rumah pertama yang kami kunjungi adalah rumah seorang belia yang baru sedikit sembuh selepas kemalangan dan selepas koma hampir sebulan. Seorang yang dahulunya ceria,riang dan boleh membantu ibu ayahnya pada bila-bila masa telah hilang kewarasan akal dan terpaksa dijaga sepanjang masa oleh ibu ayah yang sudah menginjak usia tua.

Rumah seterusnya adalah rumah seorang makcik yang baru seminggu kehilangan suami tersayang. katanya pagi sebelum arwah suaminya meninggal dia masih sempat makan di warung dan sempat membersihkan longkang di depan rumah malah arwah suaminya tidak menunjukkan tanda-tanda akan meniggalkan mereka.

Rumah yang ketiga adalah rumah seorang adik yang dikategorikan sebagai kanak-kanak istimewa.

pengajarannya, adakah kita mampu menjangkakan apakah yang akan berlaku esok,mungkinkah kita masih sihat??? atau mungkinkah kita masih bernyawa??? Tidak mustahil boleh jadi esok kita juga sudah hilang kewarasan akal jika Allah s.w.t. ingin menarik anugerahNya itu.. Tidak mustahil juga mungkin petang atau malam ini adalah akhir hidup kita?sudah cukup bersediakah kita?sudahkah kita membuat persiapan untuk menjawap soalan malaikat dalam kubur?sudahkah kita bersedia untuk berhadapan dengan Allah s.w.t. di padang mahsyar atau alam barzakh???

Renung-renungkan...
renung-renungkan...
renung-renungkan...

wallahualam

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...