IMPIAN

IMPIAN

Assalamualaikum

I LOVE ISLAM

Saturday, November 10, 2012

Cabaran buat DAIE muslimah

بسم الله الرحمن الرحيم 
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
 dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
 untuk terus mengejar redha Allah
 untuk memohon keampunan Allah
 untuk menegakkan Islam tercinta. 
Selawat dan salam buat Rasul junjungan, 
keluarga dan para sahabat baginda.

Setelah beberapa hari terpaksa mengorbankan waktu tidur untuk pentas dakwah,ana memutuaskan untuk mengupdate blog kesayangan yang sudah terasa usang dek kerana lama ditinggalkan tanpa update.

Beberapa minggu muka hanya beberapa jam sahaja menjenguk ke rumah, alhamdulillah mak dan ayah yang semakin memahami gerakkerja tidak membebel malah memberikan sokong malah disertakan nasihat-nasihat menghidupkan lagi suasana persekitaran bertarbiyah,satu anugerah dari ALLAH yang ana kira antara nikmat terbesar dariNya.

Benarlah kata
"experience is the best teacher"
Semakin panjang perjalanan kita di dunia,semakin jauh kita melangkah,semakin hebat pula cabarannya. Hidup tanpa cabaran dan ujian tidak mematangkan kita kerana itulah setiap ujian dari ALLAH wajib disyukuri.

Daripada Program Korban Perdana yang mengorbankan 11 ekor kerbau dan lembu. Berjaga pula dengan persiapan hari sukan sekolah,sambutan Maal Hijrah sekolah yang diawalkan sebelum cuti hinggalah malam ini berjaga lagi untuk menyiapkan keperluan Kem Smart Tahfiz esok hari. Ya Allah,hati ini tidak merintih letih tetapi merayu simpati agar dikurniaka kekuatan hati. Waktu bersama keluarga dan sahabat-sahabat lama yang terpaksa dikurangkan menggalaukan hati, apa tidaknya, setelah bertahun di negeri orang pulang pula busy memanjang. Semoga mereka memaafkan segala kekurangan diri ini.

Masih terngiang-ngiang nasihat ayah satu-satu insan yang memanggil nama penuh ana Sharifah Nur Husna.
"nasihat dengan kata-kata yang baik,jangan berkasar,kata-kata yang kasar hanya menjauhkan orang"
Hati mana yang tidak berfikir bila dinasihati agar menyampaikan nasihat buat keluarga sendiri.

Masalah ada di mana-mana,tetapi orang yang membawa Islam sangat-sangat dipandang umum,jadi berhati-hatilah dalam tiap gerak geri bimbang kita akan membawa fitnah pada agama nasihat seorang ustaz ini sengaja ana tanam dalam hati kerana ke mana pun ana pergi pasti membawa bersama imej Islam bersama. 
Berdepan dengan masyarakat yang semakin kurang sifat malu menambah perencah cabaran buat muslimah ke manapun mereka berada. Malah sampaikan ada yang tidak cukup dengan merayu meminta no di dalam bas,apabila turun dikejar pula. Kerana itulah hati lebih selesa untuk berada di rumah sahaja apabila ada waktu terluang.

Pernah suatu ketika terfikir,ya Allah adakah secebis kain diwajah ini telah menjadi fitnah buat diri ini? Tetapi semakin dikaji,semakin yakin kain kecil ini tidak bersalah malah telah berjasa. Memang dunia akhir zaman ini,lelaki kurang beriman memuja wanita apatah lagi lelaki tidak beriman.

Malah Rasulullah saw sendiri telah memberi tahu "wanita itu fitnah terbesar dunia". Bukanlah maksud baginda wanita itu hina kerana pernah juga baginda sampaikan "seindah hiasan adalah wanita solehah" maknanya wanita itu perhiasa dunia,di mana-mana tempat kecil sekalipun pastilah kelihatan kosong tanpa hiasan inikan pula dunia yang cukup besar buat kita.

Oleh itu wahai para muslimah,jangan gusar saat kamu diuji sedangkan kamu telah berusaha menjaga diri dan maruah mu,bukan kamu bersalah tetapi Allah  mahu mendewasakan mu.






Sunday, October 14, 2012

PESAN BUAT DAIE

بسم الله الرحمن الرحيم 
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia, 
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
 untuk terus mengejar redha Allah
 untuk memohon keampunan Allah
 untuk menegakkan Islam tercinta.
 Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
 keluarga dan para sahabat baginda.

PESANAN BUAT DAIE (DIRI SENDIRI)

WAHAI PARA DAIE
KETAHUILAH BAHAWA
DAKWAH NO 1,TETAPI STUDY BUKAN NO 2

WAHAI PARA DAIE
MENGERTILAH DAN FAHAMI
SELALUNYA ISLAM DIPANDANG PADA ORANG YANG MEMBAWANYA
JANGAN KERANA KAGAGALAN KITA ISLAM PULA DIPANDANG HINA

WAHAI PARA DAIE
BERKATALAH DENGAN PENUH HIKMAH
JANGAN KERANA KATA BADAN BINASA
MAD’U PULA MENJAUH TAK SUDAH

WAHAI PARA DAIE
BERAMALLAH DENGAN APA YANG DIPERKATA
KERANA RISAU DI SANA NANTI
KITALAH YANG DICAMPAKKAN KE NERAKA

WAHAI PARA DAIE
BERDAKWAH BUKAN MUDAH TETAPI TIDAKLAH TERLALU PAYAH
ASALKAN HATI IKHLAS KERANA ALLAH

WAHAI PARA DAIE
TANGGUNGJAWAB PADA KELUARGA TETAP UTAMA
BIMBANG DIABAI DAKWAH TERFITNAH

WAHAI PARA DAIE
AKHLAK KITA HIASAN UTAMA
DIPANDANG SENTIASA SESIAPA SAHAJA

WAHAI PARA DAIE
BELAJARLAH SETINGGI-TINGGINYA
NIATKAN KERANA MENGANGKAT ISLAM DIMATA DUNIA

WAHAI PARA DAIE
PUTUS ASA,KECEWA JAUHKANLAH
JADILAH ORANG BERGUNA YANG BERJAYA DI MANA SAHAJA

~TANAMLAH CITA-CITA SETINGGGI BINTANG DILANGIT,KERANA JIKA IA JATUH HANYA SEKADAR AWAN. RENDAHKANLAH HATI SERENDAH MUTIARA DI DASAR LAUTAN,AGAR SENTIASA BERJIWA BESAR DALAM BERJUANG~ 


Sunday, May 20, 2012

SAHABAT : HADIAH DARI ALLAH

بسم الله الرحمن الرحيم
 Alhamdulillah masih dipanjangkan usia, 
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan 
untuk terus mengejar redha Allah 
untuk memohon keampunan Allah 
untuk menegakkan Islam tercinta. 
Selawat dan salam buat Rasul junjungan, keluarga dan para sahabat baginda.

SAHABAT YANG SEJATI ADALAH KURNIAAN KHAS DARI ILAHI
kerana sahabat yang sejati tidak menjauhkan diri saat kita lemah tapi sentiasa memberikan sokongan dari belakang walau hanya dengan sekeping doa dari jauh.



Hadiah yang berharga dari ALLAH kepada hambaNYA adalah apabila DIA mengurniakan kita insan-insan yang hatinya berkehendak kepada ILAHI.. Insan-insan inilah yang akan bersama-sama meniti denai kehidupan.. Yang akan berjalan seiringan, saling berpesan kepada kebenaran dan kesabaran, saling menjaga iman dan kekuatan, setiap gerak tindakan sentiasa menyedarkan erti hidup bertuhan dan insan-insan ini rindu kepada kebenaran dalam meniti kehidupan mencari redha TUHAN..







Insan-insan ini rindu kepada kegemilangan Islam..
Insan-insan ini sentiasa berusaha agar dituliskan sebagai para pejuang kebenaran,digariskas sebagai pejuang Islam,bagi insan-insan ini seandainya mereka ridak sempat mengecapi kegemilangan Islam sekalipun itu adalah hadiah buat keturunan mereka..

Saturday, May 5, 2012

BIG picture thinking

~~Apakah beza mata lalat dan mata lebah?~~
بسم الله الرحمن الرحيم 

Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
 dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
 untuk terus mengejar redha Allah 
untuk memohon keampunan Allah 
untuk menegakkan Islam tercinta. 
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
 keluarga dan para sahabat baginda.

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dicintai.. Semoga sihat-sihat selalu hendakNya.. Jom mulakan hari ini dengan senyuman seta motivasi diri...

Apa yang anda nampak pada picture ni ? ia menentukan siapa diri anda.

Teringat suatu ketika beberapa tahun dahulu ketika pertama kali menyertai Kem Remaja Islam Sabah(KRIS) dibawah kendalian Persatuan Siswazah Sabah (PSS).. Salah satu slot yang mungkin tak kan dilupakan. Seorang fasi membentangkan satu kertas mahjung yang dilukiskan satu titik hitam ditengah-tengahnya. Ketika ditanya oleh fasi tersebut apakah yang adik-adik nampak di depan sekarang? rata-rata menjawab titik hitam sehingga ana tertanya-tanya kenapa tidak ada yang menjawab kertas mahjung tetapi jawapan-jawapan yang diutarakan semua memfokuskan kepada titik hitam.

Semalam sementara menunggu masuk waktu solat Isyak,ana membuka IKIM. Alhamdulillah slot motivasi sedang ke udara. So,ambik pengajaran..

# orang yang big picture thinking akan menghargai ruang pada kertas bukan pada titik hitam tersebut. Seorang yang berfikiran sempit pula lebih suka melihat pada kekurangan dan mencari keburukan yang ada.
#beza mata lalat dan mata lebah?
Lalat,ke taman sekalipun dia tetap mencari sampah atau sesuatu yang kotor. maknanya ke tempat baik mana pun tetap cari kesalahan atau keburukan sesuatu.
Lebah,ke tempat pembuangan sampah sekalipun ia tetap mencari bunga.
maknanya ke tempat teruk mana pun tetap nampak peluang dan kebaikan.
~salam tadabbur alam~
#bukankah Allah telah menerangkan setiap sesuatu ciptaanNya mengandung hikmah dan pengajaran.. ^_^


#"seorang mukmin yang bergaul dan bersabar dengan kesakitan akibat dari pergaulannya adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul kerana tidak sabar dengan kesakitan akibat dari pergaulannya." Bergaullah dengan pelbagai lapisan untuk menghasilkan big picture thinking kerana daya pemikiran kita akan lebih meluas seluas pengalaman yang dilalui.

~SELAMAT BERFIKIR DAN BERAMAL ^_^ ~






.

Friday, May 4, 2012

PENYEMPURNAAN MENUJU KEWAJIPAN ITU ADALAH WAJIB

بسم الله الرحمن الرحيم
 Alhamdulillah masih dipanjangkan usia, 
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
 untuk terus mengejar redha Allah
 untuk memohon keampunan Allah
 untuk menegakkan Islam tercinta. 
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
 keluarga dan para sahabat baginda.

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah...
Hari ni ana hanya mengajak sahabat-sahabat mengulangkaji bersama ana.. ^__^

Kaedah fiqh menyebutkan "mala yatimmul wajibu illa bihi fahuwawajibun" yang bermaksud sesuatu perkara yang tidak dapat disempurnakan sesuatu yang wajib melainkan dengannya,maka ia menjadi wajib.

Contohnya : Solat fardhu itu wajib, dan untuk melaksanakan solat pula mestilah dalam keadaan berwudhu maka wudhu menjadi wajib apabila hendak menunaikan solat fardhu.

Menegakkan hukum Islam itu wajib maka kerja-kerja yang membawa kepada terlaksananya hukum Allah turut wajib berdasarkan kaedah syara' yang disebutkan tadi.


ALLAH berfirman yang bermaksud :
"Dan barang siapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh ALLAH maka mereka itulah orang-orang kafir"
(surah Al-Ma'idah 5:44)

"Dan barang siapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh ALLAH maka mereka itulah orang-orang yang zalim."
(surah Al-Ma'idah 5:45)

"Dan barang siapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh ALLAH maka mereka itulah orang-orang yang fasiq."
(surah Al-Ma'idah 5:47)


Begitu juga seluruh undang-undang yang berhubung dengan sistem-sistem Islam sama ada dalam bidang kemasyarakatan, ekonomi, siasah malahan semua undang-undang yang berhubung hukum kanun keseksaan, damai, peperangan, jihad, gencatan senjata, perjanjian damai, muamalah, kemasyarakatan dan ekonomi. Semua ini adalah bidang-bidang syariah Islam yang tidak mungkin terlaksana kecuali melalui sebuah negara yang teguh melaksanakan dasar-dasar Islam. Kerana itulah menegakkan negara yang melaksanakan dasar-dasar Islam menjadi satu kewajipan atas setiap individu muslim.

~~SELAMAT BERJUANG MENUNAIKAN KEWAJIPAN BUAT SEMUA PENEGAK-PENEGAK AGAMA ALLAH~~




Friday, April 6, 2012

Perginya seorang Iron lady

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.


6 march 2012
-ana membebel sendirian dalam hati
kenapalah dalam lima tahun ulang alik ke semenanjung tak pernah pla flight ditunda,tambahan pula flight tengahari ditunda lebih sejam..lapar,risau dan kesian family menunggu di kota kinabalu lama sangat membuatkan muka seposen dengan mood yang kurang baik terzahir,mujur ada kain istimewa menutup wajah...

7 march 2012
selamat pagi nek.. disambut dengan senyuman dan hadiah peluk cium..setiap kali borak dengan nenek komferm akan tertawa sebab 'he inni nagtausug tapi cucunya balas bhs melayu..

9 march 2012
"hello nang,karina kamu,nag dugu' mataud in sakit he nnek mu"
"ok ambu,kami dtg sekarang"

11march 2012
sekali lagi pendarahan yang banyak pada luka nenek.. selepas pendarahan nenek kelihatan sangan lemah,hanya mampu terbaring dengan wajah pucat.

12 march 2012
bermulalah episod menjaga nenek sepenuh masa.. anak2 dan cucunya berganti-ganti menjaga..
Dari menyambut dengan senyuman berubah menjadi menyambut dengan gelengan lemah,nenek mula kurang makan sehingga beberapa hari.

18 march 2012
nenek dah mula tak makan,minum pun sekadar beberapa titis air..

19 march 2012
sepupu ana cucu kesayangan nenek balik dari selangor. nenek sayang semua cucunya sebab tu setiap kali ada cucu datang pasti nenek hadiahkn peluk ciumnya tapi hari ni cucu kesayangan nenek yang peluk dan cium nenek yang terlantar atas katil..

20 march 2012
selepas solat zuhur ana pegang tangan nenek,tangan ana erat dalam genggaman nenek,ana bisikkan syahadah di telinga nenek. Jelas kelihatan dahi nenek basah,ana ambik tuala kecil dan lap dahi nenek,setiap kali ana melafazkan syahadah mulut nenek sedikit tergerak-gerak seperti mengucap bersama walaupun suara nenek sudah tidak kedengaran dari pagi..
selepas asar ana tengok jari2 kaki nenek dah mula jatuh bagai bunga yang layu..


21 march 2012
entah kenapa selepas mengaminkan doa khas buat nenek selesai solat zuhur tiba2 ana melafazkan innalillah,cepat2 ana kemas telekung dan sejadah kemudian ke bilik sebelah di mana nenek ditempatkan.. nenek dah tak bernafas dengan kuat seperti sebelum ana solat tadi. nenek pergi dalam pelukan mak dan lafaz syahadah tanpa henti anak2nya di sisi..

6 april 2012
hari ni,ana hanya mampu doakan semoga roh nenek dotempatkan bersama para solehin. Selepas pemergian nenek terasa sukar untuk mengaku nenek telah kembali kepada Penciptanya,niat kembali ke tanah di bawah bayu untuk jaga nenek tapi tak sempat pun buatkan susu untuk sarapan pagi nenek. Teringat dua tahun dahulu sebelum nenek jalani pembedahan,nenek akan datang setiap pagi membawa pisang goreng panas,ana buat susu untuk nenek dan minum bersama nenek lepas tu nenek ke rumah anaknya yang lain pula. nenek memang seorang yang kuat,kanser yang semakin membesar tidak langsung menghadkan aktiviti kegemarannya mengelilingi kawasan taman perumahan kami,dari rumah anak sulung,ke rumah anak ku dua dan seterusnya rumah keluarga lain.
mak cik adik mak pernah bising,nenek kamu ni kuat jalan. ana hanya tersenyum dan menjawab, baguslah tu ambu(makcik) sihat juga dia sikit.
teringat juga cerita mak,nenek dulu zaman bujang penunggang kuda yang hebat dikalangan orang kampungnya(di Filipina),nenek kahwin awal sebab belum pun baligh orang dah order nak buat isteri..sebab tu abang sulung mak sempat syahid mempertahankan agama di tanah Mindanao Filipina... semua tentang nenek buatkan ana tersenyum. Rindunya pada senyuman nenek selepas minum susu,rindu nak makan pisang goreng setiap pagi bersama nenek,semua tu tak kesampaian nak buat sebab nenek dak kembali kerahmatullah..
YA ALLAH,HANYA TUHAN YANG TAHU BETAPA RINDUNYA PADA NENEK...

~semoga iron lady kami ditempatkan bersama para syuhadah dan solehin.. al-Fatihah~


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...