IMPIAN

IMPIAN

Assalamualaikum

I LOVE ISLAM

Monday, February 28, 2011

zikir hati

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.

zikir hati !

Baik dikongsikan sebelum lupa,sebab bila kongsi insyaAllah sentiasa ingat,bila ingat insyaAllah akan lebih muda untuk amal...

zikir hati... zikir lisan atau zikir yang disebut atau menyebut puji-pujian kepada Allah belum tentu disertai zikir hati. Malah ramai sahaja orang yang mennyebut nama Allah tapi tidak merasai kehadiran zat Allah...
sama-samalah kita beristigfar dari kelalaian kita ini
Astagfirullahalazim...

peringkat zikir hati :
( salah satu perkongsian ilmu oleh prof Wan Maseri sadeng kami menghadap makan tengahari_jika dapat mendengar sendiri darinya pasti hati anda tersentuh_syukran ya prof. )

1. zikir dengan memuji Allah. Lihatlah segalanya adalah dari Allah. ciptaanNya semata-mata. pujilah keagungan Allah kerana hakikatnya kita tidak punyai apa-apa melainkan semuanya milik Allah. Buktinya lihatlah pada sekujur tubuh yang sudah tidak bernyawa. Pangkat,harta hatta keluarga sudah tidak berguna padanya apatah lagi kudrat diri sendiri sudah kehilangan fungsinya kerana Allah menghentikan segalanya.


2. zikir dengan menghinakan diri. Lihatlah kelemahan dan kekurangan kita. Berterima kasihlah kepada Maha Pencipta yang meminjamkan anggota,keluarga,harta dan apa sahaja buat kita. INGAT ! kita hanya insan hina yang tidak memiliki apa-apa.


3. zikir dengan memohon kepada Allah. ramai manusia ingat untuk memohon kepada Allah tetapi malulah kita apabila hanya banyak memohon tapi lupa memuji Allah. Malulah kita apabila hanya tahu meminta macam-macam perkara tetapi lupa menghinakan diri kepada Allah malah menganggap diri seolah-olah mulia. Pujilah Allah,hinakan diri dihadapanNya dan mohonlah petunjuk dan doa kepada Allah yang Esa.

(semoga perkongsian ringkas ini bermanfaat buat kita semua_maaf salah silap,actually banyak lagi yang prof kongsikan tapi sempat kongsi ni je,busy )

wallahualam

Saturday, February 26, 2011

kerana BUKAN CINTA BIASA

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.




Bukan cinta biasa...
Ini adalah sebuah kisah benar tentang dia yang tercinta sempena bulan kelahirannya.


Apakah dia cinta yang bukan biasa?Wujudkah cinta yang bukan biasa? benarkah cinta luar biasa hebatnya itu ada? jika ada apakah buktinya?siapakah gerangannya yang berjaya membina cinta yang bukan biasa?


Jika kerana jatuh cinta kepada si dia membuatkan kita lebih bersemangat waja
jika kerana jatuh cinta kepada si dia membuatkan kita lebih ceria dari biasa
jika kerana jatuh cinta kepada si dia membuatkan kita lebih ingin berjaya
jika kerana jatuh cinta kepada si dia membuatkan kita tersenyum sentiasa
jika kerana jatuh cinta kepada si dia membuatkan kita lebih berjaga-jaga
Ianya hampir menuju cinta luar biasa

Tetapi

jika kerana cinta itu juga membuatkan kita jatuh leka dan alpa
jika kerana cinta itu juga membuatkan kita lupa keluarga
jika kerana cinta itu juga membuatkan kita lupa saudara
jika kerana cinta itu juga membuatkan kita hilang selera
jika kerana cinta itu juga membuatkan kita melakukan dosa
Maka itu adalah cinta biasa,cinta dunia yang sering diaplikasikan remaja dan ummah...

Kerana cinta luar biasa adalah

kerana cinta sanggup berkorban apa sajakerana cinta sanggup terluka mengalirkan darah
kerana cinta sanggup kehilangan semua harta
kerana cinta sanggup derita demi kelak kekal bahagia
kerana cinta sanggup berpuasa sepurnama
kerana cinta sanggup merayu apa saja dihadapan Allah

tiada siapa yang sanggup hidup sangat menderita demi cinta
Kecuali dia Muhammad saw kekasih Allah
kerana cinta kepada umatnyasemasa membina parit perang khandak,dia tidak kisah tidak makin berhari-hari lamanya
demi mendaulatkan Islam tercinta
Ikhlasnya dia
Subahanallah


kerana cinta kepada umatnya
semasa menyampaikan risalahnya di Taif,dia sanggup menghalalkan darahnya yang mengalir,memaafkan siapa sahaja yang menyeksa tak kira usia malah mendoakan pula dengan doa yang istimewa. Ikhlasnya dia
Subahanallah


kerana cinta kepada umatnya
dalam menahan sakit sakaratul maut pun
dia masih menyebut-nyebut dan risaukan nasib umatnya diakhirat nanti
sungguh keikhlasannya sentiasa terserlah
Subahanallah


Lalu
bagaimanakah dengan kita
umat yang bagaimanakah kita
sudahkah kita membalas cintanya
pernahkah kita sanggup bersusah demi menyebarkan risalahnya
pernahkah kita terluka demi menegakkan Islam tercinta

jika benar mencintai Rasulullahadakah benar kita mengamalkan sunnahnya
menjauhi larangan Tuhan yang Esa
mengerjakan perintah Allah

Astagfirullahalazim
betapa tidak menghargainya kitasusah payah Rasulullah tidak pernah diendah
apatah lagi menghargai pengorbanannya

Ayuh perbetulkan kisah cinta kita kepadanya
Amalkan setiap sunnahnya
Agar kelak bergembira bersamanya di syurga Allah
InsyaAllah









Tuesday, February 15, 2011

BAWA AKAL BIMBING NAFSU

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.






















Bawa akal pimpin nafsu




Sedang mata seronok melayan kehijauan alam hampir dua jam perjalanan. Akal yang berfikir terus kagum dengan penciptaan alam. Sengguh hebat pencipta alam ini,hijau daun sahaja sudah ada ratusan hijau.




Subahanallah




Alangkah baiknya jika dua jam lagi sementara menanti sampai ke destinasi dapat dimanfaatkan untuk kepentingan bersama sahabat,teman dan rakan. Setiap kali memandang alam ciptaan Allah yang Maha Bijaksana,bisikan hati pasti teringat kisah akal dan nafsu. Akal bertuhan nafsu tak mengaku.




Alhamdulillah ya Allah




Dalam melalui kehidupan seharian, pasti ramai yang tahu kisah akal dan nafsu sebelum manusia diciptakan. Sewaktu akal ditanya siapakah dia dan siapakah Allah,akal segera menjawap akal adalah hamba dan Allah adalah Tuhan pencintanya.




Alhamdulillah ya Allah




Tetapi berbeza dengan nafsu yang menjawap engkau adalah engkau dan aku adalah aku. Tidak pernah mahu mengaku dirinya hamba ciptaan Allah sehinggalah habis melalui beberapa tingkatan neraka dan penat dibakar dineraka Allah.




Astagfirullahhalazim




Sebagai insan kita mempunyai nafsu dan akal, beruntunglah bagi mereka yang sentiasa menggunakan akal,yang sentiasa berfikir dan mengajar akal agar sentiasa merasa dirinya bertuhan. Beruntunglah bagi mereka yang sentiasa membawa akal ke mana sahaja dirinya dibawa,dihantar atau dicampakkan Allah.




Alhamdulillah




Rugilah mereka yang sentiasa mengikut nafsu yang mengajar hidup lupa diri. Rugilah mereka yang bertuhankan nafsu sedangkan nafsu juga hamba Allah yang lupa pada Maha Pencipta.




Astagfirullahalazim




Terasa betapa hinanya diri saat ini. Mengenangkan dalam menjalani kehidupan seharian rupanya diri lebih banyak mengikut nafsu dari membimbing nafsu. Akal yang pintar juga kadang kala tertipu dengan kehendak nafsu. Nafsu makan dan berpakaian kadangkala lebih diturutkan daripada tuntutan mencontohi zuhudnya para nabi.




Astagfirullahalazim




Teringat pesan ustaz supaya membimbing nafsu dengan berpuasa.




Barulah ana sedar hadis menyeru berpuasa Isnin dan Khamis itu disalahertikan oleh remaja,menganggap hadis itu hanya untuk mereka yang tidak dapat mengawal nafsu seks semata-mata. Kita lupa setiap kehendak adalah nafsu. Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah, sama-samalah kita perbetulkan tanggapan kita. Didiklah nafsu mengenal Allah,bawalah akal bimbing nafsu mengenal Khalik.




TIPS bawa akal pimpin nafsu :




1. banyakkan berfikir tentang kebesaran Allah dan rasai diri sebagai hambaNya.




2. banyakkan berpuasa sunat







Wallahualam…

Sunday, February 13, 2011

MaulidurRasul???

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.
semoga sahabat-sahabat semua dalam keadaan sihat walafiat belaka.
teringat soalan seorang kakak seIslam, apa khabar imanmu hari ini?
semoga lebih baik dari semalam hendakNya...
salam maulidurrasul buat semua


Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi. terdapat juga pendapat yang mengatakan Rasulullah dilahirkan pada 9 rabiulawal bukan 12 rabiulawal.

Ana sangat tertarik dengan satu tulisan,jom baca bersama...

Sambutan Maulidur Rasul tiada erti tanpa hayati perjuangan
Tuesday, May 13

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Hrkh) - Pemangku Presiden PAS, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang, mengajak umat Islam menghayati kehidupan Rasulullah SAW dan mencontohi baginda sebagai insan terbaik, bukannya setakat menyambut hari kelahiran baginda.

Menurutnya, Rasulullah SAW adalah role model yang perlu dicontohi kerana perbuatan menjadikan insan lain yang tidak mencontohi baginda sebagai contoh menyebabkan kita kehilangan prasyarat untuk menjadi Khalifah Allah SWT.

Berikut adalah perutusan penuh Abd Hadi bersempena Maulidur Rasul yang jatuh esok, 14 April, bersamaan 12 Rabiul Awal 1424 H.

Sekali lagi kita menyambut Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW, Junjungan besar dan agung. Nabi terakhir yang telah menukarkan dunia ini dari zaman kegelapan kepada cahaya yang memberi rahmat keseluruh alam.

Kita sebagai ummah yang terbaik tidak sepatutnya hanya menyambut hari kelahiran baginda setakat itu sahaja tanpa menghayati kehidupan Rasulullah yang menjadi insan contoh yang terbaik.

Rasulullah SAW adalah role model yang perlu dicontohi dan jika menjadikan insan lain bukan mencontohi akhlak Rasulullah sebagai role model maka ia tidak memenuhi pra syarat untuk mencakupi peranan manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi.

Ummah yang mutakhir ini menerima penghinaan seperti yang berlaku di Afghanistan dan baru-baru ini penaklukan kuasa unipolar dan hegemoni Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya di Iraq menunjukkan bahawa tanpa berpegang teguh kepada Tali Allah (Agama) dan ajaran serta panduan Rasulullah bumi umat Islam tidak akan selamat..

Mereka berpegang kepada tali yang lain dari tali Allah dan menjadikan ideologi asing ciptaan manusia sebagai pegangan perjuangan menyebabkan ummat Islam begitu mudah dikalahkan

Rasulullah SAW tidak dijadikan sebagai pimpinan contoh yang perlu diikuti tetapi mengambil contoh role model yang lain dari Rasulullah menyebabkan umat Islam menerima musibah penghinaan yang tidak ada bandingannya dalam sejarah.

Rasulullah membawa kemajuan, perpaduan dan pembangunan peradaban yang tinggi.

Peninggalan usaha baginda menjadikan Islam mentadbir 2/3 daripada muka bumi. Seandainya umat Islam terus menunjukkan kesungguhan yang sama tidak mustahil Islam akan diterima secara sukarela oleh segenap lapisan masyarakat di serata dunia.

Kalau ummah berpegang kepada ajaran Rasulullah tidak mungkin mereka akan berpecah dan tidak mungkin juga ada negara umat Islam yang boleh menjadi alat kuasa AS dan konco-konconya dengan menjadikan bumi mereka pengkalan untuk AS dan sekutunya melancarkan penaklukan.

Bersempena dengan hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w ini, marilah kita kembali ke pangkal jalan beristiqamah dengan tuntutan Islam dan tidak memilih jalan-jalan yang lain dari agama suci ini.

Saya menyeru kepada seluruh ummah kembali menjadikan Rasulullah sebagai sumber rujukan dalam perjuangan. Kepada ahli-ahli dan penyokong harakah Islamiyah saya mengajak supaya memantapkan iltizam meneruskan perjuangan di zaman penuh cabaran ini bagi merealisasikan matlamat perjuangan kita bersama.

Kita sewajarnya mencontohi perjuangan junjungan besar dan ummah menjadikan kita sebagai contoh warisan kepada kesinambungan perjuangan.

copy and paste : ^_^
http://www.angelfire.com/ex/mindarakyat/info/030513_info_1.html

semoga ilmu dan iman kita sentiasa bertambah...amin

diari ini bukan rahsia...

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.


sekadar satu perkongsian selagi ada kudrat kuniaan Allah...

6 Feb 2011
ana mendapat sms dari seorang sahabat
'sanah helwa ya gamilah..'
ana tak faham pun tapi ana tahulah untuk wish orang birthday,awal sehari katanya (memang betul pun awal sehari...semangat betul sahabat ana ni. ana bersyukur masih diberi peluang hidup sehingga seusia ini,andainya nyawa ana ditarik suatu ketika dulu semasa ana masih dalan dunia kejahilan dan kegelapan nescaya sia-sialah hidup ana dunia dan akhirat...

Alhamdulillah ya Allah..

7 Feb 2011
ana dapat dua buku,banyak-banyak hadiah ana memang sangat sukakan buku..
La Tahzan gadis ku : seronok sangat baca,dapat je terus baca and make me smile all times today... . syukran ya ukhti Farhana...
Denyut Kasih Medik : Buku tulisan seorang doktor yang penuh dengan ilmu fiqh wanita. (sama hebat dengan karya tulisan Fatimah Syarha isterinya).. niat dihati memang nak beli walau pun dah baca buku kawan sebab rugi kalau tak miliki buku ni tapi dah ada orang hadiahkan... syukran ya ukhti Nasrah...

Alhamdulillah ya Allah..

11 Feb 2011
today is Friday.. selepas kurang sihat beberapa hari ( alhamdulillah menjalani kifarah dosa-dosa ana)... hari ni ana balik ke Shah Alam melawat keluarga yang dah hampir lapan bulan tidak dilawati,kesian kat kakak ana yang baru keguguran bayinya yang sudah berusia 6 bulan dalam kandungan(bersyukurlah kak sebab dah ada si kecil yang menanti mu di pintu syurga)...tiket ke Shah Alam habis,ana nekad ambik tiket ke KL.

manusia akhir zaman ni tak takut mati (berani mati tak kena tempat )
Hari ni terasa batapa insafnya diri apabila beberapa kali menghadapi situasi yang mengingatkan diri kepada kematian.
1st : ana sendiri hampir dilanggar kereta sebab melintas tak tengok kanan kiri,rasa bersalah sebab dah susahkan orang..maaf
2nd : bas hampir langgar sebuah proton yang tiba-tiba masuk line.. bising je horn n brek mengejut...
3rd : kes bawa motor pula,bawa motor sambil sms agaknya...

Alhamdulillah ya Allah..

dan hari ini,sekali lagi berhadapan dengan peristiwa yang menakutkan and merisaukan orang.(kali ini ana tak salah ya ^_^). selepas ke kenduri orang kahwin,ada seorang pemandu yang mungkin sedang mabuk memandu dengan kelajuan sehingga bunyi ekzos sahaja sudah menakutkan.


insaf-insaf...
Pengajaran : bibir jangan lekang dari istigfar,banyak-banyak mengucap.. kita tak tahu bila ajal kitakan... ni peringatan untuk ana dan sahabat-sahabat... semoga bermanfaat buat kita...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...