IMPIAN

IMPIAN

Assalamualaikum

I LOVE ISLAM

Saturday, February 26, 2011

kerana BUKAN CINTA BIASA

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.




Bukan cinta biasa...
Ini adalah sebuah kisah benar tentang dia yang tercinta sempena bulan kelahirannya.


Apakah dia cinta yang bukan biasa?Wujudkah cinta yang bukan biasa? benarkah cinta luar biasa hebatnya itu ada? jika ada apakah buktinya?siapakah gerangannya yang berjaya membina cinta yang bukan biasa?


Jika kerana jatuh cinta kepada si dia membuatkan kita lebih bersemangat waja
jika kerana jatuh cinta kepada si dia membuatkan kita lebih ceria dari biasa
jika kerana jatuh cinta kepada si dia membuatkan kita lebih ingin berjaya
jika kerana jatuh cinta kepada si dia membuatkan kita tersenyum sentiasa
jika kerana jatuh cinta kepada si dia membuatkan kita lebih berjaga-jaga
Ianya hampir menuju cinta luar biasa

Tetapi

jika kerana cinta itu juga membuatkan kita jatuh leka dan alpa
jika kerana cinta itu juga membuatkan kita lupa keluarga
jika kerana cinta itu juga membuatkan kita lupa saudara
jika kerana cinta itu juga membuatkan kita hilang selera
jika kerana cinta itu juga membuatkan kita melakukan dosa
Maka itu adalah cinta biasa,cinta dunia yang sering diaplikasikan remaja dan ummah...

Kerana cinta luar biasa adalah

kerana cinta sanggup berkorban apa sajakerana cinta sanggup terluka mengalirkan darah
kerana cinta sanggup kehilangan semua harta
kerana cinta sanggup derita demi kelak kekal bahagia
kerana cinta sanggup berpuasa sepurnama
kerana cinta sanggup merayu apa saja dihadapan Allah

tiada siapa yang sanggup hidup sangat menderita demi cinta
Kecuali dia Muhammad saw kekasih Allah
kerana cinta kepada umatnyasemasa membina parit perang khandak,dia tidak kisah tidak makin berhari-hari lamanya
demi mendaulatkan Islam tercinta
Ikhlasnya dia
Subahanallah


kerana cinta kepada umatnya
semasa menyampaikan risalahnya di Taif,dia sanggup menghalalkan darahnya yang mengalir,memaafkan siapa sahaja yang menyeksa tak kira usia malah mendoakan pula dengan doa yang istimewa. Ikhlasnya dia
Subahanallah


kerana cinta kepada umatnya
dalam menahan sakit sakaratul maut pun
dia masih menyebut-nyebut dan risaukan nasib umatnya diakhirat nanti
sungguh keikhlasannya sentiasa terserlah
Subahanallah


Lalu
bagaimanakah dengan kita
umat yang bagaimanakah kita
sudahkah kita membalas cintanya
pernahkah kita sanggup bersusah demi menyebarkan risalahnya
pernahkah kita terluka demi menegakkan Islam tercinta

jika benar mencintai Rasulullahadakah benar kita mengamalkan sunnahnya
menjauhi larangan Tuhan yang Esa
mengerjakan perintah Allah

Astagfirullahalazim
betapa tidak menghargainya kitasusah payah Rasulullah tidak pernah diendah
apatah lagi menghargai pengorbanannya

Ayuh perbetulkan kisah cinta kita kepadanya
Amalkan setiap sunnahnya
Agar kelak bergembira bersamanya di syurga Allah
InsyaAllah









1 comment:

  1. Alhamdulillah..siap pun,,3am yang damai...
    selamat muhasabah cinta

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...