Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.
Bawa akal pimpin nafsu
Sedang mata seronok melayan kehijauan alam hampir dua jam perjalanan. Akal yang berfikir terus kagum dengan penciptaan alam. Sengguh hebat pencipta alam ini,hijau daun sahaja sudah ada ratusan hijau.
Subahanallah
Alangkah baiknya jika dua jam lagi sementara menanti sampai ke destinasi dapat dimanfaatkan untuk kepentingan bersama sahabat,teman dan rakan. Setiap kali memandang alam ciptaan Allah yang Maha Bijaksana,bisikan hati pasti teringat kisah akal dan nafsu. Akal bertuhan nafsu tak mengaku.
Alhamdulillah ya Allah
Dalam melalui kehidupan seharian, pasti ramai yang tahu kisah akal dan nafsu sebelum manusia diciptakan. Sewaktu akal ditanya siapakah dia dan siapakah Allah,akal segera menjawap akal adalah hamba dan Allah adalah Tuhan pencintanya.
Alhamdulillah ya Allah
Tetapi berbeza dengan nafsu yang menjawap engkau adalah engkau dan aku adalah aku. Tidak pernah mahu mengaku dirinya hamba ciptaan Allah sehinggalah habis melalui beberapa tingkatan neraka dan penat dibakar dineraka Allah.
Astagfirullahhalazim
Sebagai insan kita mempunyai nafsu dan akal, beruntunglah bagi mereka yang sentiasa menggunakan akal,yang sentiasa berfikir dan mengajar akal agar sentiasa merasa dirinya bertuhan. Beruntunglah bagi mereka yang sentiasa membawa akal ke mana sahaja dirinya dibawa,dihantar atau dicampakkan Allah.
Alhamdulillah
Rugilah mereka yang sentiasa mengikut nafsu yang mengajar hidup lupa diri. Rugilah mereka yang bertuhankan nafsu sedangkan nafsu juga hamba Allah yang lupa pada Maha Pencipta.
Astagfirullahalazim
Terasa betapa hinanya diri saat ini. Mengenangkan dalam menjalani kehidupan seharian rupanya diri lebih banyak mengikut nafsu dari membimbing nafsu. Akal yang pintar juga kadang kala tertipu dengan kehendak nafsu. Nafsu makan dan berpakaian kadangkala lebih diturutkan daripada tuntutan mencontohi zuhudnya para nabi.
Astagfirullahalazim
Teringat pesan ustaz supaya membimbing nafsu dengan berpuasa.
Barulah ana sedar hadis menyeru berpuasa Isnin dan Khamis itu disalahertikan oleh remaja,menganggap hadis itu hanya untuk mereka yang tidak dapat mengawal nafsu seks semata-mata. Kita lupa setiap kehendak adalah nafsu. Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah, sama-samalah kita perbetulkan tanggapan kita. Didiklah nafsu mengenal Allah,bawalah akal bimbing nafsu mengenal Khalik.
TIPS bawa akal pimpin nafsu :
1. banyakkan berfikir tentang kebesaran Allah dan rasai diri sebagai hambaNya.
2. banyakkan berpuasa sunat
Wallahualam…
No comments:
Post a Comment