بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.
zikir hati !
Baik dikongsikan sebelum lupa,sebab bila kongsi insyaAllah sentiasa ingat,bila ingat insyaAllah akan lebih muda untuk amal...

zikir hati... zikir lisan atau zikir yang disebut atau menyebut puji-pujian kepada Allah belum tentu disertai zikir hati. Malah ramai sahaja orang yang mennyebut nama Allah tapi tidak merasai kehadiran zat Allah...
sama-samalah kita beristigfar dari kelalaian kita ini
Astagfirullahalazim...
peringkat zikir hati :
( salah satu perkongsian ilmu oleh prof Wan Maseri sadeng kami menghadap makan tengahari_jika dapat mendengar sendiri darinya pasti hati anda tersentuh_syukran ya prof. )
1. zikir dengan memuji Allah. Lihatlah segalanya adalah dari Allah. ciptaanNya semata-mata. pujilah keagungan Allah kerana hakikatnya kita tidak punyai apa-apa melainkan semuanya milik Allah. Buktinya lihatlah pada sekujur tubuh yang sudah tidak bernyawa. Pangkat,harta hatta keluarga sudah tidak berguna padanya apatah lagi kudrat diri sendiri sudah kehilangan fungsinya kerana Allah menghentikan segalanya.
2. zikir dengan menghinakan diri. Lihatlah kelemahan dan kekurangan kita. Berterima kasihlah kepada Maha Pencipta yang meminjamkan anggota,keluarga,harta dan apa sahaja buat kita. INGAT ! kita hanya insan hina yang tidak memiliki apa-apa.
3. zikir dengan memohon kepada Allah. ramai manusia ingat untuk memohon kepada Allah tetapi malulah kita apabila hanya banyak memohon tapi lupa memuji Allah. Malulah kita apabila hanya tahu meminta macam-macam perkara tetapi lupa menghinakan diri kepada Allah malah menganggap diri seolah-olah mulia. Pujilah Allah,hinakan diri dihadapanNya dan mohonlah petunjuk dan doa kepada Allah yang Esa.
(semoga perkongsian ringkas ini bermanfaat buat kita semua_maaf salah silap,actually banyak lagi yang prof kongsikan tapi sempat kongsi ni je,busy )
wallahualam

No comments:
Post a Comment