IMPIAN

IMPIAN

Assalamualaikum

I LOVE ISLAM

Friday, January 7, 2011

SABAH MEDAN MUJAHADAH MENUJU REDHA ALLAH

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam buat Rasul jujungan,para sahabat dan keluarga baginda..Assalamualaikum semua..semoga sihat walafit belaka...
Sekadar satu perkongsian...

Terasa kerinduan yang menggunung terhadap bumi kelahiran dan tempat ana membesar dan belajar mengenali ilmu,iman,alam dan PenciptaNya yang Maha Agung...
Sejak belajar di Semenanjung Malaysia,hanya setahun sekali dapat melangkah kaki pulang ke kota kelahiran kesayangan...
Teringat azam sebelum menjejakkan kaki ke luar negeri 3 tahun dahulu,dan janji pada diri sendiri bahawa akan membawa pulang ilmu tentang Islam yang melahirkan rasa bahagia di hati setelah didalami dan diamalkan... Sayang pada saudara seagama di Sabah membuatkan diri ingin mereka sama merasa bahagianya hidup sebagai muslim yang bukan hanya Islam pada nama...

Terkenang zaman jahiliah diri sendiri suatu ketika dahulu,semoga dosa-dosa itu diampunkan Allah yang Maha Pengampun dengan rahmatNya yang melangit luas...
Tidak ingin saudara-saudara seIslam yang disayangi terus menjalani dunia kejahilan itu disana,membuatkan rasa ingin pulang secepat mungkin walaupun ilmu sendiri masih terlalu sedikit daripada ilmu agama yang sebenar...
benarlah kata "semakin kita belajar semakin banyak perkara yang kita tidak tahu"
terasa betapa jahilnya diri sewaktu mula-mula melangkah ke wadah ilmu kolej Islam ini... Ilmu yang bertambah dan bertambah dari hari pertama menjejakkan kaki ke kuliah masih terlalu sedikit ibarat hanya setitik dari setitis air dihujung jarum berbanding air lautan yang terbentang luas...

Teringat kawan-kawan satu sekolah yang lebih suka melawan ustaz dari mengamalkan ajaran Islam yang disampaikan,sungguh itulah realiti dunia persekolahan kami...terima kasih Allah kerana menghantarkan kami seorang ustaz yang bersungguh-sungguh menyampaikan ilmu agama tidak mengajar mengikut buku teks semata-mata... Terima kasih ustaz Asyraf Che Soh kerana berusaha dan bersusah payah menyedarkan kami... semoga ustaz dan keluarga sentiasa dibawah naungan Allah...

Teringat pula teman-teman jiran di Kampung Likas,teman ke kelas mengaji,teman bermain bermacam-macam permainan hatta tanah pun dikorek mambentuk istana dan rumah kerana tinggal ditepi pantai,malah berenang(xpandai pun)menjadi hiburan bulanan setiap kali pertengahan bulan hijriah(air pasang katakan)... teman-teman sepermainan yang agak selamba berenang dengan lelaki bukan mahram bermain di mata,betapa jahilnya kami dahulu... Semoga Allah memberi ana kekuatan untuk menegur setiap kebatilan yang berleluasa disana bila pulang nanti walaupun suasana sudah berbeza kerana perpindahan ke rumah taman di Taman Telipok Ria ...

Lebih parah lagi,isu murtad dikalangan orang-orang yang memeluk Islam tetapi kemudian tidak mendalami agama sebenarnya bukan hanya berlaku di pedalaman kerana disekolah kami sendiri ada beberapa orang yang ibunya berkahwin dengan lelaki Islam tetapi apabila berlaku perceraian si ibu kembali kepada agamanya dahulu malah membawa bersama anak-anaknya menjadi orang-orang yang murtad... Dahsyatnya dunia Islam kami di Sabah sehingga bila ada saudara seIslam dari semenanjung datang ke Sabah akan berkata 'sini ramai bukan Islam je ea?'.. no!jumlah umat Islam Sabah ramai tapi yang mengamalkan cuma sedikit,itu barulah betul...

Sahabat-sahabat,bagi kita yang punyai kesedaran ni,janganlah sia-siakan ilmu itu dan amal-amalkanlah kerana takut-takut nanti bila ditanya apa yang telah kita lakukan di dunia kita tidak mampu memberi jawapan yang baik,malah mungkin akan ditarik ke jurang neraka atas sebab tidak berkongsi ilmu agama yang telah kita pelajari bersama saudara-saudara seagama kita...
sekurang-kurangnya dengan beramal kita sudah melakukan dakwah bilhal...

Sedangkan amalan sunat dituntut kita lakukan janganlah langsung yang wajib pula kita tinggalkan, tinggalkan dan jauhilah yang haram sedangkan yang makhruh lagi dituntut jauhi apatah lagi yang haram...
sama-samalh kita beramal dengan ilmu agama supaya rasa bahagia di hati sentiasa menjadi milik kita,bersyukurlah selalu... sabda Rassulullah 'sampaikanlah walau satu ayat'...

Sabah...nantikan kepulangan ana.. ^~^
mak yang tabah dan sabar,teruskan tabah dan sabar...
abang Alsam and kak Asmah yang banyak berkorban untuk adik-adik,teruskan pengorbanan kalian,semoga pengorbanan itu tidak sia-sia...
adik Aslam,adik Ipong(Hasim), andadik Budin yang semakin membesar menjadi muslim soleh teruskanlah berusaha mengejar ilmu agama dan mengamalkannya...
adik Hasana yang semakin hari semakin membesar menjadi gadis bijak and petah berbicara,semoga tiap kata-kata mu berguna untuk usaha menegakkan agama suatu hari nanti...



rindu masjid bandaraya
...masjid tempat adik-adik diasuh supaya tidak tinggal solat Jumaat...
di Likas Sabah tidak kelihatan pelik jika seorang muslimah ke masjid untuk solat Jumaat...
Sampai ke semenanjung ana terkejut bila ditanya oleh seorang teman 'boleh ke solat Jumaat?'(bagi perempuan)... maknanya ilmu agama Islam tak pernah sampai sepenuhnya kepada seorang individu selepas Rasulullah...ilmu Islam ni terlalu luas dan banyak,terlalu banyak hatta dibahagi mengikut kategori pun masih banyak dan tidak dapat dikuasai sepenuhnya...

wallahualam

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...