I LOVE ISLAM
Monday, January 3, 2011
Definisi Kaunseling Islam
Takhrif Kaunseling Islam
Menurut Kamal Abdul Manaf (1995), kaunseling Islam ialah satu proses pengajaran dan pembelajaran psikososial yang berlaku dalam bentuk bersemuka (face to face) antara seorang yang pakar dalam psikologi kaunseling(kaunselor) dan seorang lain yang ditujukan kaunselinh itu (klien).
Menurut Abdul Halim Othman (1996),kaunseling Islam ialah satu usaha menyedarkan masyarakat Islam terhadap satu bentuk pertolongan,bantuan atau nasihat yang digalakkan oleh Islam.
Hushim Salleh dan Ishamudin Ismail (2005) pula berpendapat kaunseling dari perspektif Islam ialah satu proses menolong individu untuk memahami dirinya agar mampu mengendalikan hidupnya ke arah kebenaran (al-Haq) dengan berkesan untuk masa akan dating (dunia dan akhirat).
Kaunseling dari perspektif Islam boleh dilihat sebagai disiplin ilmu yang bersifat multidisiplin kerana integrasi disiplin ilmu psikologi,kaunseling,tasawuf,ilmu tafsir (rujukan kepada wahyu ilahi dan hadis nabi)dan usul fiqh(prosedur akal untuk memahami wahyu).
Kaunseling Islam boleh didefinisikan sebagai satu proses dan aplikasi elemen psikologi dan kaunseling berdasarkan citra manusia menurut Islam,yang menyelidik keunikan,pola tingkahlaku,pemikiran dan pencapaian tingkatan kerohanian manusia bersumberkan pengalaman hablun minallah,hablun minan nas dan hablun minal kauniyah dengan tujuan untuk meningkatkan potensi fitrah manusia bagi mencapai kesempurnaan hakiki (insan kamil), meningkatkan kesihatan mental dan kualiti beragama.
Rujukan : Rizal Abu Bakar. Kaunseling Daripada Perspektif Islam. Hlmn 16.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum ukhti..sya nk tnya..dr mna bleh sya dptkn buku kaunseling perspektif islam Rizal Abu Bakar...sya perlukan bhn rujukn utk tugasan..trma ksih..
ReplyDeleteAssalamualaikum..blh sya tnya? Sya dpt kos kaunseling Islam.. Klau lps kerja blh kerja sebagai apa Ya??
ReplyDeleteWaalaikumussalam maaf saya mncelah,saya mnjawab selaku pelajar kaunseling islam Di kuipsas,prospek pekerja bagi kaunseling islam sangat lah Melissa,bole je keja dalam pelbagai bidang Di jkm,sebgai guru,jaip atau jabatan agama,aadk,penjara,Dan lain lg yg perlukan kaunselor
Delete