Wanita Solehah Sebenar
-Wanita yang benar-benar solehah itu
tidak suka kepada pujian
baginya, cukuplah teguran,
yang mendekatkan kepada tuhan
-wanita yang benar-benar solehah itu
tidak suka di pandang tinggi
baginya hanya Rabbul izzati
yang layak di agung-agungi
-Wanita yang benar-benar solehah itu
tidak suka didekati lelaki ajnabi
baginya persahabatan pada tali Ilahi
tidak perlu dihiasi ikhtilat menyalahi syar'i
-Wanita yang benar-benar solehah itu
tidak menyalahi fitrah islami
baginya menegakkan agama islam ibarat amanah sebagai khalifah Ilahi.
-Wanita yang benar-benar solehah itu
tidak menolak cinta manusiawi
baginya cinta itu biarlah dibatasi
hadir selepas ada ikatan suci
-Wanita yang benar-benar solehah itu
tidak mengharap cinta duniawi
baginya cinta Ilahi yang hakiki
cintai Islam yang abadi.
No comments:
Post a Comment