بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.
Saat rindu kepada keluarga meninggi,panggilan ke rumah ditingkatkan.
ya Allah,seandainya rindu ini membuatkan hamba lemah,biarlah hambatidak pernah merindu.
siapakah tidak rindukan keluarga sedangkan ini adalah tahun keempat tidak pernah balik menyambut raya bersama,masyaAllah mengalahkan orang berada di luar negara gayanya.
Betapa bijak dan berapa besarkah Hasana sekarang?Semakin rajin manakah Budin sekarang?Semakin tinggi manakah Ipong sekarang?
Allah,,semoga mereka menjadi anak soleh-solehah yang sentiasa menggembirakan hati mak.
Saat rindu pada sahabat seperjuangan,menyelak hasil tulisan di blog-blog mereka yang dipenuhi semangat perjuangan. Naqibah kesayangan yang semakin rajin mengup-date.Ada yang mengup-date dan tidak kurang juga yang sudah tidak menjengah blog sendiri agaknya.. Sahabat-sahabat di bumi Aceh kelihatan ceria disana,sahabat di bumi anbiya' kurang sihat kerana perubahan cuaca agaknya,sahabat-sahabat di universiti tempatan masing-masing dengan asgment dan persediaan menghadapi peperiksaan semester pertama.
Kadang hanya membaca status di FB tanpa memberi komen. Biarkanlah mereka berbahagia dengan kehidupan dunia baru mereka. Semoga kejayaan dunia akhirat buat kami semua.
Mujur kebusyan dalam gerak kerja sentiasa bersama,penat?ya... tetapi kemanisan hanya dirasakan oleh mereka yang merasakan penat itu. ya Allah,semoga kebusyan kami ini dinilai untuk menjadi mahar menuju redha Mu. Dengan kebusyan ini rindu pada keluarga bagai tidak sempat hendak dilayan =).Dalam pahit ada manis,bagaikan tiramisu bukan?.... Biarkanlah Allah menentukan hala tuju hamba selepas ini,semuanya sudah diserahkan,pasrah,redha apa sahaja.
"Ya ALLAH, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,
Bertemu untuk mematuhi perintahMu,
Bersatu memikul beban dakwahMu.
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu.
Maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya,
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini..
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanMu yang sebenar...
Penuhkanlah piala hati ini..
Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU...
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu...
Jika Engkau mentakdirkan mati,
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini
Sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu
Engkaulah sebaik-baik sandaran
Dan sebaik-baik penolong..
Ya Allah Perkenankanlah Permintaan ini..
Amin Ya Rabbal 'Alamiiin..."
~MUJAHIDAH GAGAH PADA JIWA YANG TABAH~
~salam rindu buat semua,uhibbukum fillah~
No comments:
Post a Comment