IMPIAN

IMPIAN

Assalamualaikum

I LOVE ISLAM

Saturday, November 5, 2011

يا الله يا صبر

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.



يا الله يا صبر
Sabar dan tabah dipinta lagi
Seperti sabar para nabi
Semoga sentiasa taat dan mensyukuri

يا الله يا صبر
Kesabaran hamba diuji lagi dan lagi
Ketabahan minta di isi lagi dan lagi
Kekuatan hati terus mensyukuri

يا الله يا صبر
Saat hamba dilanda tribulasi
Sungguh Nur dari Mu diharap-harapi
Supaya hati akan menetapi jalan para daie

يا الله يا صبر
Kekangan dan ujian bukan minta dihenti
Kerana semua itu tanda kasih dari Mu Ilahi
Kerana hamba adalah ahli terpilih

يا الله يا صبر
Sekalipun hamba tidak terus mensyukuri
Sekalipun hati kadang gelisah tiada henti
Setiap kali ujian datang lagi
Sentuhlah hati ini dengan manisnya mencintai
Setiap derap langkah jalan para nabi

يا الله يا صبر
Kadang-kala hati leka dan lalai lagi
Ketika itu ujian melanda lagi
Kesetiaan menghadapi tiap uji
Kebahagian hati makin terisi
Kerana yakin cinta Mu Rabbi
Kebesaran Rabbul Izzati
Kesenangan duniawi ukhrawi dihadiahi
Kepada hamba yang mencintai Ilahi

يا الله يا صبر
Subhanallah,bahagianya hati yang mengharapkan cinta Mu Rabbi...
Subhanallah,bahagianya hati yang menuruti langkah para nabi...
Subhanallah,sungguhpun dilihat bagai menderita diuji...
Subhanallah,sungguh semua ini dari Mu Rabbul Izzati...
Subhanallah,hanya Allah yang tahu betapa bahagianya hati selepas berjaya diuji...
Subhanallah,hanya yang terpilih akan diuji dan diuji lagi...
Subhanallah,sungguh hati ini tidak minta ujian dihenti...

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...