GHIBAH ATAU MENUMPAT
MENGUMPAT ATAU GHIBAH
Mengupat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.Rasulullah SAW menjelaskan menganai mengupat seperti sabdanya bermaksud: “Mengupat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibecinya “(Hadis Riwayat Muslim).
Mengupat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritak keburukan biarpun tampa menyebut nama pelakunya tetapi dikatahui oleh orang yang mendengarnya. Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengupat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia,inilah pula daging saudara sendiri sabda rasulullah SAW bermasud:
“Awaslah daripada mengupat kerana mengumpat itu lebih besar dosanya daripada zina. Sesungguhnya orang yang melakukan zina,apabila dia bertaubat ,Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan ghibah tidak diampunkan dosanya sebelum dimaafkan oleh orang yang diumpat”
(HR Ibn Abib Dunya dan Ibn Hibban)
Ghibah bermaksud mengumpat atau memperkatakann keburukan seseorang.
Rasulullah saw. bersabda: apakah kalian tahu apa yang dimaksud dengan ghibah? Para sahabat menjawab: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui" beliau bersabda: "Engkau menyebutkan sesuatu kejelekan yang ada pada saudaramu" para sahabat berkata:" wahai rasulullah bagaimana jika apa yang dibicarakan tersebut ada padanya? maka rasulullah saw. bersabda: "Apabila apa yang ada padanya sesuai dengan apa yang engkau bicarakan maka engkau telah menggibahnya. Sedangkan apabila apa yang ada padanya tidak sesuai dengan apa yang engkau katakan maka engkau telah berdusta atasnya.” (HR Muslim/2589, Abu Daud 4874, Tirmidzi 1935)
Kaedah membuang sikap suka mengumpat :
1. Jika kita mengingati bahawa apabila kita mengumpat,kita akan diumpat balik, sudah tentu kita tidak akan mengumpat. Elakkan berbuat jahat kepada orang yang tidak berbuatjahat kepada kita.
2. Manusia perlu memenuhi keperluan intelek seperti belajar, mencari ilmu, berfikir, dan memerhatikan. Maka, orang yang melakukan sebaliknya bererti tidak memenuhi keperluan intelek. Tidakkah bererti apabila kita mengumpat bermakna jiwa kita jahat? Luar Nampak cantik, tetapi di dalam sudah busuk dan berulat.
3. Ingat dosa. Larangan Islam terhadap perbuatan mengumpat sudah cukup untuk memotivasikan diri setiap individu. Tidak ada manusia normal sanggup memakan bangkai saudaranya sendiri.
Sabda Rasulullah saw :
“wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim,dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya maka Allah swt akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya,meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri”
(HR Abu Daud)
No comments:
Post a Comment