IMPIAN

IMPIAN

Assalamualaikum

I LOVE ISLAM

Saturday, November 10, 2012

Cabaran buat DAIE muslimah

بسم الله الرحمن الرحيم 
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
 dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
 untuk terus mengejar redha Allah
 untuk memohon keampunan Allah
 untuk menegakkan Islam tercinta. 
Selawat dan salam buat Rasul junjungan, 
keluarga dan para sahabat baginda.

Setelah beberapa hari terpaksa mengorbankan waktu tidur untuk pentas dakwah,ana memutuaskan untuk mengupdate blog kesayangan yang sudah terasa usang dek kerana lama ditinggalkan tanpa update.

Beberapa minggu muka hanya beberapa jam sahaja menjenguk ke rumah, alhamdulillah mak dan ayah yang semakin memahami gerakkerja tidak membebel malah memberikan sokong malah disertakan nasihat-nasihat menghidupkan lagi suasana persekitaran bertarbiyah,satu anugerah dari ALLAH yang ana kira antara nikmat terbesar dariNya.

Benarlah kata
"experience is the best teacher"
Semakin panjang perjalanan kita di dunia,semakin jauh kita melangkah,semakin hebat pula cabarannya. Hidup tanpa cabaran dan ujian tidak mematangkan kita kerana itulah setiap ujian dari ALLAH wajib disyukuri.

Daripada Program Korban Perdana yang mengorbankan 11 ekor kerbau dan lembu. Berjaga pula dengan persiapan hari sukan sekolah,sambutan Maal Hijrah sekolah yang diawalkan sebelum cuti hinggalah malam ini berjaga lagi untuk menyiapkan keperluan Kem Smart Tahfiz esok hari. Ya Allah,hati ini tidak merintih letih tetapi merayu simpati agar dikurniaka kekuatan hati. Waktu bersama keluarga dan sahabat-sahabat lama yang terpaksa dikurangkan menggalaukan hati, apa tidaknya, setelah bertahun di negeri orang pulang pula busy memanjang. Semoga mereka memaafkan segala kekurangan diri ini.

Masih terngiang-ngiang nasihat ayah satu-satu insan yang memanggil nama penuh ana Sharifah Nur Husna.
"nasihat dengan kata-kata yang baik,jangan berkasar,kata-kata yang kasar hanya menjauhkan orang"
Hati mana yang tidak berfikir bila dinasihati agar menyampaikan nasihat buat keluarga sendiri.

Masalah ada di mana-mana,tetapi orang yang membawa Islam sangat-sangat dipandang umum,jadi berhati-hatilah dalam tiap gerak geri bimbang kita akan membawa fitnah pada agama nasihat seorang ustaz ini sengaja ana tanam dalam hati kerana ke mana pun ana pergi pasti membawa bersama imej Islam bersama. 
Berdepan dengan masyarakat yang semakin kurang sifat malu menambah perencah cabaran buat muslimah ke manapun mereka berada. Malah sampaikan ada yang tidak cukup dengan merayu meminta no di dalam bas,apabila turun dikejar pula. Kerana itulah hati lebih selesa untuk berada di rumah sahaja apabila ada waktu terluang.

Pernah suatu ketika terfikir,ya Allah adakah secebis kain diwajah ini telah menjadi fitnah buat diri ini? Tetapi semakin dikaji,semakin yakin kain kecil ini tidak bersalah malah telah berjasa. Memang dunia akhir zaman ini,lelaki kurang beriman memuja wanita apatah lagi lelaki tidak beriman.

Malah Rasulullah saw sendiri telah memberi tahu "wanita itu fitnah terbesar dunia". Bukanlah maksud baginda wanita itu hina kerana pernah juga baginda sampaikan "seindah hiasan adalah wanita solehah" maknanya wanita itu perhiasa dunia,di mana-mana tempat kecil sekalipun pastilah kelihatan kosong tanpa hiasan inikan pula dunia yang cukup besar buat kita.

Oleh itu wahai para muslimah,jangan gusar saat kamu diuji sedangkan kamu telah berusaha menjaga diri dan maruah mu,bukan kamu bersalah tetapi Allah  mahu mendewasakan mu.






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...