Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.
PESANAN BUAT DAIE (DIRI SENDIRI)
WAHAI PARA DAIE
KETAHUILAH BAHAWA
DAKWAH NO 1,TETAPI STUDY BUKAN NO 2
WAHAI PARA DAIE
MENGERTILAH DAN FAHAMI
SELALUNYA ISLAM DIPANDANG PADA ORANG
YANG MEMBAWANYA
JANGAN KERANA KAGAGALAN KITA ISLAM
PULA DIPANDANG HINA
WAHAI PARA DAIE
BERKATALAH DENGAN PENUH HIKMAH
JANGAN KERANA KATA BADAN BINASA
MAD’U PULA MENJAUH TAK SUDAH
WAHAI PARA DAIE
BERAMALLAH DENGAN APA YANG DIPERKATA
KERANA RISAU DI SANA NANTI
KITALAH YANG DICAMPAKKAN KE NERAKA
WAHAI PARA DAIE
BERDAKWAH BUKAN MUDAH TETAPI
TIDAKLAH TERLALU PAYAH
ASALKAN HATI IKHLAS KERANA ALLAH
WAHAI PARA DAIE
TANGGUNGJAWAB PADA KELUARGA TETAP
UTAMA
BIMBANG DIABAI DAKWAH TERFITNAH
WAHAI PARA DAIE
AKHLAK KITA HIASAN UTAMA
DIPANDANG SENTIASA SESIAPA SAHAJA
WAHAI PARA DAIE
BELAJARLAH SETINGGI-TINGGINYA
NIATKAN KERANA MENGANGKAT ISLAM
DIMATA DUNIA
WAHAI PARA DAIE
PUTUS ASA,KECEWA JAUHKANLAH
JADILAH ORANG BERGUNA YANG BERJAYA
DI MANA SAHAJA
~TANAMLAH CITA-CITA SETINGGGI
BINTANG DILANGIT,KERANA JIKA IA JATUH HANYA SEKADAR AWAN. RENDAHKANLAH HATI
SERENDAH MUTIARA DI DASAR LAUTAN,AGAR SENTIASA BERJIWA BESAR DALAM BERJUANG~
http://nurmujahidahasana.blogspot.com 14/10/2012 7:41am
No comments:
Post a Comment