IMPIAN

IMPIAN

Assalamualaikum

I LOVE ISLAM

Saturday, September 3, 2011

Puasa 6 dalam bulan syawal



بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.

Rasulullah Shallallaahu 'Alaihi Wasallam bersabda :

"Barangsiapa berpuasa Ramadhan (penuh) lalu diikuti dengan berpuasa enam hari dalam bulan Syawal, maka dia seperti berpuasa setahun penuh."

(HR. Muslim)


Pastinya ramai yang merindui tarbiyyah Ramadhan bukan?

Bulan ramadhan bulan ibadah dan lipatan pahala berganda...

Buktikanlah ramadhan lalu berjaya mentarbiyyah hati-hati kita untuk lebih dekat dengan Maha Pencipta...

Buktinya tidaklah terlalu mudah tapi bukanlah terlalu payah...

Buktikanlah rindu kita pada bulan ibadah lalu dengan meneruskan ibadah-ibadah yang kita jadikan rutin dalam ramadhan,teruskanlah memperbanyakkan solat-solat sunat walaupun solat taraweh hanya ada dalam bulan ramadhan

teruskanlah istiqomah dengan solat sunat rawatib,hajat,tahajjud dan taubat...



Istimewahnya syawal apabila disunatkan puasa 6 kerana Allah swt tahu hamba-hambaNya pasti merindui ibadah puasa demi meraih redhaNya sewaaktu bulan ramadhan.

Malah Allah swt yang Maha Pengasih menyediakan ganjaran yang cukup lumayan buat hamba-hambaNya yang melaksanakan puasa sunat khas dibulan syawal.

Hikmahnya puasa sunat syawal ini adalah supaya para hamba-hambaNya tahu bahawa ibadah bukan terletak pada bulan tertentu sahaja.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...