بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.
lama terlena dalam persekitaran yang terlalu selesa
akhirnya tersedar kembali bahawa tanggungjawab itu amanah
bagai mencari mutiara yang hilang
puas mengasa ketajaman akal yang kian tumpul
ingin membaja anak pokok yang kian layu
terus mencari sinar yang kian sirna
bukan tidak sedar
diri sedang lemah dan tak berguna
ibarat semalu tidak bernyawa
tak mampu memberi oksigen untuk dihirup manusia
apalah erti memahami maksud daie
jika tak mampu walau sekadar mengajak manusia kepada fitrah islami
setelah lama terlena dibuai alunan persekitaran terlalu selesa
baru tersedar semula
bahawa
hidup bukan untuk menjadi
kotak yang cantik terhias
tetapi rupanya tidak punyai isi berguna
untuk dimanfaatkan kepada yang perlukannya
si cantik yang tak punyai ilmu agama
ibarat kotak yang cantik tapi kosong dan tak berguna
sekadar perhiasan semata-mata
oleh itu
isilah diri kita dengan ilmu agama
mampat dan penuhkan diri dengan ilmu untuk dikongsi
agar cantik luaran
berguna dan bermanfaat isi
supaya
jadilah dia
srikandi
pemegang syiar Islam
pembela agama
penegak kebenaran....
~berusahalah munculkan kembali sinar berharga mutiara dalam lautan~
No comments:
Post a Comment