IMPIAN

IMPIAN

Assalamualaikum

I LOVE ISLAM

Friday, September 2, 2011

Antara Muslimah dan Mukminah


بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.


N dan S sedang membelak-belek tudung...

N : tudung ni mengurangkan ciri-ciri muslimah aku kah? (sambil try tudung bidang 45' )

S : tidak ( menjawab perlahan sambil mengelengkan kepala)

N : aku tidak mahu kurangkan,,,(terbiasa dengan tudung labuh)

S : tidak mengurangkan ciri-ciri muslimah tapi mengurangkan ciri-ciri mukminah. Kita kan nak jadi mukminah bukan sekadar muslimah. Betul kah?

N : Hurm..ya..

cerita ini sekadar selingan sahaja =)



tahu tak apa beza muslim dan mukmin?

seorang mukmin sudah pasti muslim tetapi seorang muslim belum tentu mukmin

kerana seorang mukmin adalah seorang Islam yang sanggup berjihad dan mentaati Allah

sedangkan seorang muslim adalah seorang Islam yang belum tentu melaksanakan perintah Allah

Islam sekadar pada nama dan keyakinan tapi tidak pada akhlak dan perbuatan...

Mahukah kita menjadi seorang muslim yang sekadar muslim?

tidakkah kita ingin menjadi mukmin yang dikasihi Allah dan diberikan syafaat Rasulullah dihari pembalasan kelak?

sedangkan mukmin sahaja masih dibawah tahap muttaqin,mukhlisin dan muqarrobin....

muttaqin - golongan orang-orang yang bertaqwa..

mukhlisin - golongan yang ikhlas dalam amalannya..

muqarrobin - golongan yg taqorrub dengan Allah, hampir dengan Allah..

~ya Allah betapa jauhnya kami dari Mu, Astagfirullahalazim~





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...