I LOVE ISLAM
Saturday, February 13, 2010
dipilih kerana nafsu/akal atau hati yang suci?...
Assalamualaikum...
sahabat yang dikasihi lillahitaala,bertemu dan berpisah kerana Allah...
bertemu sekali lagi dengan kuasa Allah s.w.t.
Di malam yang mulia ini ana nak berkongsi tenteng pandangan yang digunakan oleh seorang lelaki terhadap perempuan atau wanita.
even acap kali kita dengar atau baca,sebagai manusia yang serba lemah kita sering lupa.
ana ingatkan sahabat2 semua disamping ingatkan diri ana juga.
sering ana katakan "pilihan di tangan kita"
andai kita ingin dipilih menggunakan nafsu lelaki,jagalah kecantikan luaran(terpulang dengan cara apa sekali pun)
andai kita ingin dipilih menggunakan akal lelaki,jagalah kepintaran dan pendidikan kita(akademik jangan diabaikan)
andai kita ingin dipilih dengan hati yang suci,peliharahlah akhlak pekerti mengikut acuan agama Islam
tapi jangan lupa,
setiap cerita ada penutupnya
setiap permulaan ada akhirnya
setiap perbuatan ada balasan
jika kita memililh untuk disayangi kerana nafsu,apabila kecantikan hilang. Hilanglah juga si buah hati membawa diri mencari kecantikan baru yang masih ada di dunia.
jika kita memilih untuk disayangi kerana akal,bukanlah selamanya kita kekal pintar. Hilang akal hilang bekal untuk meneruskan hidup yang masih panjang dan berliku.
jika kita memilih untuk disayangi melalui hati yang suci,hati yang suci dilindungi Ilahi agar jauh dari sifat mazmumah. insyaALLAH bahagia buat selamanya.
wallahualam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment