Bangun malam
Demi roh mu, jangan tinggalkan pekerjaan di tangan!
Jangan tidur!
Jangan lewatkan walau satu malam dalam hidup mu
Iaitu tetap berjaga, jangan tidur!
Kau telah tidur seribu malam demi keinginan diri, apa ertinya semalam?
Demi Tuhan jangan tidur!
Dipetik dari buku ‘Kisah Keajaiban Cinta_Renungan Sufistik : Jalaluddin Rumi’
Ana terkesan membaca puisi ini walaupun ada sedikit yang tidak ana fahami. Dari pemahaman ana isi puisi ini ialah tentang pengisian rohani dari usaha kita bangun di malam hari untuk sujud pada Ilahi. Di sini ana sedar betapa ana telah mensia-siakan setiap malam dengan tidur lena yang panjang.
Jangan tidur,jangan lewatkan walau satu malam dalam hidup mu. Di sini kita di suruh / seru agar jangan terus biarkan malam kita di isi dengan tidur lena yang panjang dan sia-sia. Jangan biarkan walau satu malam berlalu tanpa bangun malam untuk sujud kepada Tuhan Semesta Alam.
Kita disedarkan betapa usia kita selama ini hanya di isi dengan tidur. Teringat kembali seorang ustaz yang menyuruh kami untuk mengira 8jam x (365hari x usia kita )… bayangkan betapa usia kita selama ini telah disia-siakan dengan tidur sahaja. Dan dalam keadaan jaga sekalipun berapa ketika sahaja kita dalam keadaan sedar berbanding leka tanpa kesedaran.
Sedangkan dengan tidur yang berlebihan hanya akan menjadikan diri lebih lemah dari biasa. Dengan tidur yang berlebihan hanya akan mengundang kemalasan dan rasa mengantuk yang berpanjang. Dengan tidur yang berlebihan hanya akan membawa kepada mimpi yang berpanjangan.
Demi meraih redha dan cinta Allah swt. Bangunlah untuk bermesra bersama Maha Pencipta Alam. Kerana sesungguhnya bukti cinta kepada Allah swt adalah dengan bertahajud di sepertiga malam.
No comments:
Post a Comment