IMPIAN

IMPIAN

Assalamualaikum

I LOVE ISLAM

Wednesday, April 6, 2011

JOM KENALI AL-FATIHAH DENGAN LEBIH DEKAT

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.

AL-FATIHAH

1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan.

6. Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.

7. Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.



  • Diturunkan di Mekah
  • Mengandungi 7 Ayat.
  • Namanya:

a. al-Fatihah / Fatihatul Kitab (al-Quran dibuka dengan surah ini).

b. Ummul Kitab (mengandungi maksud asas al- Quran seperti pujian, uluhiyyah dan rububiyyah, doa, sejarah, tingkatan manusia yang kebahgiaan dan manusia yang celaka dan lain-lain)

c. al-Sab`ul al-Mathani (tujuh yang berulang-ulang dibaca dalam solat)

d. Menurut al-Qurtubi, nama lain bagi surah ini ialah al-Syifa (penawar), al-Wafiyah (yang lengkap), al-Kafiyah (yang mencukupi), al-Asas (pokok dasar), al- Hamd (pujian).


Kelebihan Surah;

a. Surah teragung dalam Al-Quran (HR al-Bukhari)

b. Surah yang tidak terdapat di dalam kitab-kitab selain al-Quran ( HR Ahmad ).

c. Surah yang tidak pernnah dianugerahkan kepada para rasul selain Nabi Muhammad SAW ( HR Muslim).

d. Doa akan dikabulkan oleh Allah apabila membacanya ( HR Muslim)







No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...