IMPIAN

IMPIAN

Assalamualaikum

I LOVE ISLAM

Sunday, April 24, 2011

HADIS

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.

عن أبي عبدالله النعمان بن نشير رضي الله عنهما قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه رسلم يقول : ان الحلال بين وان الحرام بين وبينهما امور متشتبهات لايعلمهن كثير من الناس فمن اتقي الشبهات فقد الستبرأ لدينه وعرضه ومن وقع في الشبهات وقع في الحرام كالراعي يرعى حول الحمى يوشك أن يرتع فيه ألا وان لكل ملك حمى ألا وان حمى الله محا رمه ألا وان في الجسد مضغة اذا صلحت صلح الجسد كله واذا فسدت فسد الجسد كله ألا وهي القلب – رواه البخاري ومسلم

Terjemahan :

Dari Abu Abdullah Nu’man Bin Basir r.a, katanya : aku dengar Rasulullah saw bersabda sesungguhnya yang halal itu nyata (terang ) dan haram itu pun nyata (terang ) dan diantara keduanya ada perkara-perkara yang kesamaran,yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Maka barang siapa memelihara (diri dari)segala yang kesamaran sesungguhnya ia memelihara bagi agamanya dan kehormatannya dan barang siapa jatuh ke dalam perkara kesamaran jaruhlah ia ke dalam yang haram sperti seorang penggembala yang menggembala di kawasan larangan,hampir sangat (ternakannya) makan di dalamnya. Ketahuilah! bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangan. Ketahuilah! Larangan Allah ialah segala yang haram. Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging apabila ia baik baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak rosaklah seluruhnya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati.

Riwayat Bukhari dan Muslim

Berdasarkan hadis ini dapat dibahagikan kepada beberapa pengertian iaitu :

1. Perkara yang halal dan haram : Pada hadis ini Rasulullah menyatakanbperkara yang halal dan haram. Sesungguhnya yang halal dan haram itu nyata dan terang,dan yang haram itu nyata dan terang yang halal itu tidak dilarang tetapi yang haram itu adalah dilarang.

2. Perkara-perkara yang kesamaran : kemudian Rasulullah menyatakan pula bahawa antara yang halal dan yang haram itu ada perkara yang kesamaran ( امور متشتبهات ) yang tidak diketahui hukumnya oleh kebanyakan manusia tentang halal atau haramnya. Apa yang tidak dikategorikan sebagai halal atau haram kerana pertentangan dua dalil inilah yang dikatakan subahat.

3. Kawasan larangan : kemudian Rasulullah menghuraikan mengenai kawasan larangan iaitu sekeping tanah khas untuk orang atau golongan tertentu. Dalam huraiannya itu ditegaskan bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangan, yang ditegah dimasuki oleh sesiapapun.

4. Kedudukan hati : Rasulullah menerangkan pada hadisnya ( ketahuilah di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah seluruh badan. Dan apabila ia rosak maka rosaklah seluruhnya. Ketahuilah! Itulah hati. ) hadis ini adalah keterangan yang nyata, menerangkan hakikat yang tepat,kejadian yang tak dapat dibantah iaitu hati atau jiwa adalah pembentuk hidup seseorang.


1 comment:

  1. terbaik .. blof yg baik.. teruskan jihad.. syukran kathir atas info ..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...