IMPIAN

IMPIAN

Assalamualaikum

I LOVE ISLAM

Thursday, December 16, 2010

Kelebihan ilmu menurut Saidina Ali r.a

Dengan nama Allah swt yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Selawat dan salam buat Rasulullah,keluarga dan para sahabatnya.

info:keindahan ciptaan imuan Islam.
Saidina Ali bin Abu Talib yang digelar sebagai karamullahu'wajha atau gedung ilmu oleh Rasulullah s.a.w. telah ditemui oleh 10 orang pada masa yang berbeza tentang kelebihan ilmu berbanding harta lalu Saidina Ali telah memberikan 10 jawapan yang berbeza bagi setiap orang.



1. Ilmu adalah pusaka nabi-nabi,harta adalah pesaka Qaru dan Firaun.

info: seorang pakar bedah 'Dr Murid Buqhari' seorang pengkaji mumia Firaun telah memeluk Islam kerana mendapati terdapat kandungan garam yang sangat tinggi pada mumia Firaun dan pakar-pakar lain tidak menemui jawapan melainkan Islam iaitu mumia Firaun telah ditenggelamkan dalam laut dalam tempoh yang sangat lama.

2. Ilmu memelihara kamu tapi harta kamu mesti kamu jaga.

3.Orang yang berilmu ramai kawan,orang yang berharta ramai musuh.

4.Ilmu apabila dinafkahkan akan bertambah,harta apabila diberikan akan habis.

5. Orang yang berilmu diseru dengan nama yang mulia,orang yangberharta diseru dengan nama yang buruk.

contoh:ustaz/haji bakhil.

6.Ilmu tidak perlu dijaga daripada dicuri,harta perlu dijaga dari pencuri.

7. Orang yang berilmu akan diberikan syafaat di akhirat kelak,orang yang berharta akan dihisab hartanya.

8.Ilmu tidak akan binasa tapi harta akan binasa.

9.Ilmu melembutkan hati,harta mengeraskan hati.

10. Orang yang berilmu membuktikan kehambaan,orang yang berharta mengaku tuhan.

Wallahualam :)

PATAH SAYAP ATAU SIHAT

Dengan nama ALLAH SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi ALLAH SWT
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w,keluarga dan para sahabat..
Diceritakan : Ibrahim bin Adham berjumpa dengan Syaqiq al Balkha di Mekah. Ibrahim bertanya "Bagaimana mulanya sehingga kamu menjadi demikian?"
Syaqiq menjawab, "aku melalui sebuah padang pasir. Ku lihat seekor burung patah kedua sayapnya di situ. Maka aku berkata : Cuba lihat dari mana dia mendapat rezeki. Lalu aku memerhatikannya. Tiba-tiba ku lihat seekor burung membawa belalang pada paruhnya, menghampiri dan menyuap burung yang telah patah sayapnya itu. Maka aku berkata : Sesungguhnya Zat yang menentukan burung ini dan burung itu adalah kuasa memberi rezeki di mana pun aku berada. Maka aku tinggalkan bekerja dan aku sibukkan diri ku dengan ibadah."
Ibrahim berkata, "Mengapa engkau tidak ingin menjadi burung yang sihat yang memberi makan kepada burung yang cacat itu,sehingga lebih mulia daripadanya? Tidakkah engkau mendengar Rasulullah saw bersabda : 'tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah'? Sepatutnya engkau tahu bahawa tanda seorang mukmin selalu mencari yang lebih tinggi di antara dua darjat dalam segala urusannya. Sehingga engkau mencapai makam orang-orang abrar."
Kemudian Syaqiq memegang tangan Ibrahim dan menciumnya seraya berkata,"engkau adalah guru ku wahai Abu Ishaq."

Wallahualam...


Tuesday, December 14, 2010

Siapa kita hari esok???


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah ana masih diberi kesempatan oleh Allah s.w.t. untuk berkongsi sedikit pengalaman dan pengajaran yang ana dapati selepas memenuhi cuti sem dengan program yang agak padat.

Kita merancang Allah s.w.t. juga merancang dan Allah s.w.t. adalah sebaik-baik perancang. Rancangan ana untuk mengisi cuti dengan belajar di pondok tidak menjadi kerana ana dipanggil untuk mengikuti program. Menyedari diri ana perlukan ilmu dalam pergaulan dengan masyarakat dan perlunya ana memberi khidmat walaupun agak banyak kekurangan diri ana turuti juga.

Bermula dengan NISA' Teen Circle 2010 di Pantai Sepat diikuti dengan Kursus Kefahaman Syariah Undang-Undang 2010 (KKSU 10) di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) seterusnya Simulasi di Kuala Lipis dan sangka ana akhir sekali Program Anak Angkat di Jengka 17. Akhir sekali Kem Remaja Unggul 2010 (KRU2010)di Taman Pertanian.

Alhamdulillah semua program berjalan lancar dan Syukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana memberi ana pengalaman yang amat berharga.

Apa yang ingin dikongsi dan paling diingati dalam memberi pengajaran kepada diri adalah program Ziarah MOSWA ketika Program Anak Angkat di Jengka. Rumah pertama yang kami kunjungi adalah rumah seorang belia yang baru sedikit sembuh selepas kemalangan dan selepas koma hampir sebulan. Seorang yang dahulunya ceria,riang dan boleh membantu ibu ayahnya pada bila-bila masa telah hilang kewarasan akal dan terpaksa dijaga sepanjang masa oleh ibu ayah yang sudah menginjak usia tua.

Rumah seterusnya adalah rumah seorang makcik yang baru seminggu kehilangan suami tersayang. katanya pagi sebelum arwah suaminya meninggal dia masih sempat makan di warung dan sempat membersihkan longkang di depan rumah malah arwah suaminya tidak menunjukkan tanda-tanda akan meniggalkan mereka.

Rumah yang ketiga adalah rumah seorang adik yang dikategorikan sebagai kanak-kanak istimewa.

pengajarannya, adakah kita mampu menjangkakan apakah yang akan berlaku esok,mungkinkah kita masih sihat??? atau mungkinkah kita masih bernyawa??? Tidak mustahil boleh jadi esok kita juga sudah hilang kewarasan akal jika Allah s.w.t. ingin menarik anugerahNya itu.. Tidak mustahil juga mungkin petang atau malam ini adalah akhir hidup kita?sudah cukup bersediakah kita?sudahkah kita membuat persiapan untuk menjawap soalan malaikat dalam kubur?sudahkah kita bersedia untuk berhadapan dengan Allah s.w.t. di padang mahsyar atau alam barzakh???

Renung-renungkan...
renung-renungkan...
renung-renungkan...

wallahualam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...