IMPIAN

IMPIAN

Assalamualaikum

I LOVE ISLAM

Thursday, January 23, 2014

PERCUTIAN YANG INDAH

بسم الله الرحمن الرحيم 
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia, 
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan 
untuk terus mengejar redha Allah
 untuk memohon keampunan Allah
 untuk menegakkan Islam tercinta. 
Selawat dan salam buat Rasul junjungan, keluarga dan para sahabat baginda.

SAHABAT
APAKAH PERCUTIAN YANG KITA DAMBAKAN?
ADAKAH PERCUTIAN DITEMPAT YANG INDAH DAN SEJUK BERSALJI?
ADAKAH PERCUTIAN DI ATAS BUKIT BERHADAPAN DENGAN LAUT DAN PANORAMA SENJA YANG MENDAMAIKAN JIWA?

SAHABAT, cukupkah percutian itu buat kita? cukupkah kegembiraan yang sementara itu buat kita?
HATI, hati manusia yang tidak pernah puas pasti tidak akan merasa cukup untuk merasa nikmat yang hanya dirasa sekali sekala itu.
MAHUkah kamu jika saya mengajak kalian mengejar percutian yang paling indah,tidak perlu dibayar dengan wang,kerehatan yang berpanjangan dan nikmat yang berkekalan?
Saya yakin saya juga tidak layak untuk percutian ini,kerana percutian ini hanya untuk mereka yang berjaya,bukan untuk orang yang mempunyai PHD,bukan untuk mereka yang berjaya menjadi orang terkaya di dunia.
Bukan juga untuk mereka yang dinobatkan genius dunia.
Tetapi percutian ini buat mereka yang dikatakan bijak oleh Rasulullah..
siapakah mereka? mereka mungkin awak,kamu atau kita.
Rasulullah berkata mereka yang paling banyak mengingati mati itulah yang paling bijak.
Siapakah orang yang paling banyak mengingati mati itu?
mereka ialah yang paling banyak membuat persiapan untuk menghadapi hari kematian
Layakkah kita?
SUDAHkah kita membuat persiapan untuk menghadapi mati?
SAHABAT, biarlah kita penat di dunia jangan penat di akhirat
SAHABAT,jadikanlah diri kita orang yang paling banyak membuat persiapan dan bekalan untuk akhirat supaya kita layak mendapat tiket percutian di alam kubur..
kerana kematian itu
KEREHATAN BUAT HAMBA YANG SOLEH
tetapi
PERMULAAN SEKSA PEDIH BUAT HAMBA YANG INGKAR

Astaghfirullahalazim
betapa kerdilnya saya saat berharap mahu mendapat percutian seindah ini

ketahuilah SAHABAT
walau dosa kita menggunung tinggi
pengampunan ALLAH seluas lautan
rahmatNYA ILAHI melangit tinggi

jadikanlah hati kita
hati yang bersyukur bukan hati yang kufur
jadikanlah mata kita mata yang mentadabbur
jadikanlah pendengaran kita telinga yang mendengar kebenaran

jangan biarkan 
hati kita menjadi hati yang mati
mata yang mengingkari
dan telinga yang memekakkan diri dari kebesaran ALLAH

jadikanlah ruh kita ruh yang hidup dan sihat
kerana PERCUTIAN YANG INDAH hanya layak buat mereka sihat ruh dan hatinya
buat mereka yang ruh dan hatinya sihat dari penyakit maksiat..

Ayuh SAHABAT
Berjalan seiring menyihatkan ruh dan hati agar kita kelak tersenarai dalam LIST nama pemenang pertandingan ujian dunia dan layak mendapat hadiah PERCUTIAN YANG INDAH dari ALLAH SWT

YA ALLAH
JADIKANLAH MATA KAMI MATA YANG MENANGIS DI DUNIA DAN SENYUMAN KAMI TERSENYUM DI AKHIRAT..
amin..
WAHAI TUHAN YANG MEMBOLAK BALIKKAN HATI TETAPKAN HATI KAMI DALAM AGAMA MU DAN TAAT KEPADA MU
amin..
YA ALLAH
HIDUP KAMI DALAM AMPUNAN MU
DAN MATIKAN KAMI DALAM REDHA MU
amin..

Friday, February 1, 2013

IKHLAS

بسم الله الرحمن الرحيم 
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia, 
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
 untuk terus mengejar redha Allah 
untuk memohon keampunan Allah 
untuk menegakkan Islam tercinta. 
Selawat dan salam buat Rasul junjungan, 
keluarga dan para sahabat baginda.

Apa yang kamu faham tentang maksud ikhlas? Soal ku semula kepada sahabat yang bertanya tentang keikhlasan kami mahu mendaaftarkan diri dalam kelas darussyifa untuk menjadi perawat Islam.
"ikhlas ibarat seekor semut hitam diatas batu yang hitam di malam yang gelap kelam" jawabnya. Itu perumpamaan ikhlas bukan maksud ikhlas kata ku.
apa maksud ikhlas? tanyanya semula.

Kakak pernah dengar tak doa Rabiatul Adawiyah? lebih kurang maksudnya
"Ya Allah,sekiranya aku beramal untuk masuk syurga Mu maka jauhkanlah daku dari syurga Mu.
Ya Allah,seandainya aku beramal kerana menjauhi neraka Mu maka campakkanlah daku ke dalam neraka Mu"

Tingginya tahap ikhlas dia kan? nyata dia kagum kepada Waliullah wanita itu..
Aku tersenyum mengiyakan. 
Ini pendapat Husna je la kak.. Cuba kakak bayangkan kalau Allah tarik salah satu nikmat yang dikurniakanNya. Contohnya apa akan terjadi kalau kita tiada ibu jari satu tangan? Kalau ikut pendapat Husna
ikhlas tu maksudnya kita buat bukan sebab mahu masuk syurga Allah dan bukan juga sebab mahu mengelakkan dicampakkan ke nerana Allah tetapi dilakukan semata-mata kerana mahu melakukan sesuatu perkara yang disukai Allah kerana cinta kita kepada Maha Pencipta yang menganugerahkan perbagai nikmat kepada kita.Tu pandapat Husna je la kak.

Saya suka,sahabat ku tersenyum dan terangguk-angguk. Lagi?
Lagi apa kak? sengaja menyoal walaupun faham fiilnya yang suka mendengar perkongsian yang boleh mengingatkannya kepada Allah.Giliran kakaklah pula berkongsi ya kata ku.

~perbualan seminggu lalu itu sentiasa berlegar-legar dalam kepala ku,menjadi peringatan agar diri yang menyampaikan selalu mengingati dan beramal dengannya~

YA ALLAH
HIDUP KAMI DALAM AMPUNAN MU
DAN MATIKAN KAMI DALAM REDHA MU
amin..







Saturday, November 10, 2012

Cabaran buat DAIE muslimah

بسم الله الرحمن الرحيم 
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
 dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
 untuk terus mengejar redha Allah
 untuk memohon keampunan Allah
 untuk menegakkan Islam tercinta. 
Selawat dan salam buat Rasul junjungan, 
keluarga dan para sahabat baginda.

Setelah beberapa hari terpaksa mengorbankan waktu tidur untuk pentas dakwah,ana memutuaskan untuk mengupdate blog kesayangan yang sudah terasa usang dek kerana lama ditinggalkan tanpa update.

Beberapa minggu muka hanya beberapa jam sahaja menjenguk ke rumah, alhamdulillah mak dan ayah yang semakin memahami gerakkerja tidak membebel malah memberikan sokong malah disertakan nasihat-nasihat menghidupkan lagi suasana persekitaran bertarbiyah,satu anugerah dari ALLAH yang ana kira antara nikmat terbesar dariNya.

Benarlah kata
"experience is the best teacher"
Semakin panjang perjalanan kita di dunia,semakin jauh kita melangkah,semakin hebat pula cabarannya. Hidup tanpa cabaran dan ujian tidak mematangkan kita kerana itulah setiap ujian dari ALLAH wajib disyukuri.

Daripada Program Korban Perdana yang mengorbankan 11 ekor kerbau dan lembu. Berjaga pula dengan persiapan hari sukan sekolah,sambutan Maal Hijrah sekolah yang diawalkan sebelum cuti hinggalah malam ini berjaga lagi untuk menyiapkan keperluan Kem Smart Tahfiz esok hari. Ya Allah,hati ini tidak merintih letih tetapi merayu simpati agar dikurniaka kekuatan hati. Waktu bersama keluarga dan sahabat-sahabat lama yang terpaksa dikurangkan menggalaukan hati, apa tidaknya, setelah bertahun di negeri orang pulang pula busy memanjang. Semoga mereka memaafkan segala kekurangan diri ini.

Masih terngiang-ngiang nasihat ayah satu-satu insan yang memanggil nama penuh ana Sharifah Nur Husna.
"nasihat dengan kata-kata yang baik,jangan berkasar,kata-kata yang kasar hanya menjauhkan orang"
Hati mana yang tidak berfikir bila dinasihati agar menyampaikan nasihat buat keluarga sendiri.

Masalah ada di mana-mana,tetapi orang yang membawa Islam sangat-sangat dipandang umum,jadi berhati-hatilah dalam tiap gerak geri bimbang kita akan membawa fitnah pada agama nasihat seorang ustaz ini sengaja ana tanam dalam hati kerana ke mana pun ana pergi pasti membawa bersama imej Islam bersama. 
Berdepan dengan masyarakat yang semakin kurang sifat malu menambah perencah cabaran buat muslimah ke manapun mereka berada. Malah sampaikan ada yang tidak cukup dengan merayu meminta no di dalam bas,apabila turun dikejar pula. Kerana itulah hati lebih selesa untuk berada di rumah sahaja apabila ada waktu terluang.

Pernah suatu ketika terfikir,ya Allah adakah secebis kain diwajah ini telah menjadi fitnah buat diri ini? Tetapi semakin dikaji,semakin yakin kain kecil ini tidak bersalah malah telah berjasa. Memang dunia akhir zaman ini,lelaki kurang beriman memuja wanita apatah lagi lelaki tidak beriman.

Malah Rasulullah saw sendiri telah memberi tahu "wanita itu fitnah terbesar dunia". Bukanlah maksud baginda wanita itu hina kerana pernah juga baginda sampaikan "seindah hiasan adalah wanita solehah" maknanya wanita itu perhiasa dunia,di mana-mana tempat kecil sekalipun pastilah kelihatan kosong tanpa hiasan inikan pula dunia yang cukup besar buat kita.

Oleh itu wahai para muslimah,jangan gusar saat kamu diuji sedangkan kamu telah berusaha menjaga diri dan maruah mu,bukan kamu bersalah tetapi Allah  mahu mendewasakan mu.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...