IMPIAN

IMPIAN

Assalamualaikum

I LOVE ISLAM

Wednesday, June 1, 2011

WANITA coklate,gula-gula,epal,mawar,semalu dan mutiara...

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.



Ya Allah,sebulan lebih tak update....

otak beku bila tak buka buku, puas di paksa berfikir tapi makin terasa minda fakir...
membaca,menonton,mendengar dan memikir,akhirnya ana tertarik dengan post seorang sahabat di FB

PEREMPUAN ni ibarat cokelat FERRERO ROCHER. BILA berbalut dengan pembalut, even COKLAT tu JATUH KE LANTAI PUN ORANG STILL NAK. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ADA YANG NAK PIJAK LAGI...jadi nak ke kita jadi yg kena pijak tu? inilah perumpamaan wanita yg tidak menutup aurat dan wanita yg menutup aurat.


Yang membuatkan ana tertarik untuk menyambung kembali medan penulisan dengan tajuk ini apabila terbaca komen gurauan sahabat lain..


gula2 kapas lagi sodap..yummy2~

saat itu juga terfikir,bagaimana jika menjadi gula2 kapas... manis dan menarik serta disukai ramai tetapi terlalu mudah rosak walau hanya terkena angin yang sedikit malah merosakkan pula kesihatan penggemarnya... inilah perumpamaan wanita yang cantik dan
menggoda,disukai ramai jejaka tetapi mudah disentuh dan dirosakkan tangan-tangan dunia...
Malah,jejaka-jejaka yang terpedayah dengan nafsu mereka turut rosak bersama menelusuri jalan-jalan maksiat dan dosa... Astagfirullahalazim...
semoga kita terhindar dari menjadi golongan seperti ini...

ada pula yang menambah komen...



wanita ibarat mawar berduri :)



ramai pula wanita yang ingin menjadi mawar berduri,bunga yang cantik dan tentulah disukai ramai tetapi tidak mudah disentuh kerana dipagari duri-duri sebagai pelindung diri... wanita ibarat mawar berduri,berusaha menghiasi diri dengan keindahan sama ada fizikal atau rohani... melindungi diri dengan keimanan agar tidak mudah dirosakkan oleh tipuan duniawi...

Teringat perumpamaan yang diceritakan naqibah tersayang ukhti Qasrina Rully,
Wanita ibarat buah epal sekiranya berada di puncak pasti tidak mudah di miliki kerana hanya lelaki yang hebat sahaja mampu memanjat hingga ke puncak,dan janganlah rendahkan harga diri mu dengan menggugurkan diri ke tanah kerana buah yang jatuh ke tanah biasanya buah yang mudah ditebuk ulat buah...
wanita ibarat epal yang berada dipuncak adalah wanita yang mempunyai harga diri yang tinggi... wanita yang merendahkan harga dirinya pastilah mudah didekati ulat-ulat perosak..akhirnya kecantikan buah pasti dicemari... Hiasilah diri dengan kecantikan hakiki : akhlah perpuji...

wanita ibarat pokok semalu adalah perumpamaan yang amat sesuai dengan wanita-wanita yang sering diuji...
pokok semalu memiliki bunga yang tidak kurang cantiknya,memiliki duri untuk melindungi dari ancaman pemusnah,pemalu dan menutupi dirinya saat ada yang cuba mendekati atau menyentuhnya... Tetapi pokok semalu adalah antara bunga yang amat gemar dikasari oleh tangan dan kaki mereka yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri...
wanita ibarat pohon semalu, wanita yang menjaga diri dan tidak sesekali melayani perosak2 yang mengancam iman dan maruah dirinya,menghiasi diri dengan keindahan akhlak terpuji malah sentiasa sabar saat diuji dan tunduk kepada Rabb tiap saat diri diuji...
kerana baginya cukuplah Allah menjadi pelindung diri...



wanita ibarat mutiara didasar lautan,memiliki kecantikan yang terpelihara dalam jagaan... hanya mereka yang cekap mampu mengambil dan memilikinya..

betapa banyaknya perumpamaan wanita,pilih yang mana???
buka minda dan hati,ayuh fikir2kan bersama...^_^




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...