Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.
PERMATA YANG MENYILAU
Segala puji bagi Allah kerana mengutuskan Rasulullah saw untuk menghentikan penindasan terhadap kaum wanita di era jahiliah.
Alhamdulillah
Sedar atau tidak kita sudah jauh meninggalkan zaman kejahilan itu dibelakang,tetapi sedarlah kita ‘sejarah yang dilupakan akan berulang’ dan itulah yang berlaku sekarang. Era kejahilan itu telah dilupakan dan sedang berulang.
Astagfirullahalazim
Dimanakah permata-permata yang menyilaukan mata untuk menconcang dunia dan segala isinya yang sudah mula terlena dibuai arus jahiliah?
Dimanakah wanita-wanita yang mencontohi kerendahan hati Khadijah Ummul Mukminin isteri Rasulullah melayani suaminya?
Dimanakh gadis-gadis yang mencontohi ketabahan hati Fatimah az Zahra’ puteri Rasulullah menangani cabaran kaum jahiliah?
Dimanakah wanita-wanita yang mencontohi kegigihan usaha Aisya Humairah isteri muda Rasulullah mengajarkan sunnah?
Dimanakah wanita-wanita yang mencontohi keimanan Asiah isteri Firaun yang sanggup mati dengan seksa demi mengejar cinta Allah?
Dimanakah wanita-wanita yang mencontohi keikhlasan hati Rabiatul al-adawiyah dalam menagih redha Allah?
Wahai wanita-wanita sedunia
Mahu atau tidak,dalam suka atau duka,dalam ceria atau tawa
Tanggungjawab besar sedang menanti kita.
Kerana kitalah bakal-bakal ibu yang akan mendidik dan mengasuh bayi kita hingga menjadi insan soleh dan solehah.
Kerana kitalah bakal-bakal kakak yang akan mengajar adik-adik kita hingga dia tidak mengulangi kesilapannya.
Kerana kitalah bakal-bakal adik yang akan mengingatkan ibu,ayah,abang dan kakak kita tentang tanggungjawab mereka.
Kerana kitalah bakal-bakal kawan,teman dan sahabat yang akan menegur sahabat,teman dan kawan-kawan kita supaya mereka tidak terus lemas dengan pujukan dunia.
Wahai wanita-wanita solehah
Janganlah berhenti menyilaukan cahayamu yang menyilaukan mata para musuh Allah
Janganlah biarkan cahaya mu terus sirna dek tipuan dunia dan segala isinya
Janganlah berhenti berjuang sebelum berjaya menemui Allah yang Esa
Janganlah biarkan syaitan laknatullah melihat diri mu tersungkur lalu tertawa
Kerana dikau wanita pilihan Allah
Untuk menjadi pembantu penyambung rantai perjuangan Rasulullah
Jadilah seperti permata terdahulu
Yang sanggup berkorban demi cinta dan cita-cita meraih redha Allah
Yang sanggup berkorban nyawa dan harta hatta kelihangan keluarga
Wahai maratu’solehah
Dikau hiasan terindah dunia
Hargailah tiap peluang dari Allah
Pergunakannya untuk mencapai redha dan kasih Allah
Sama-samalah kita membina tugu istana bahagia di syurga Allah
Dengan melaksanakan tiap perintah dan menjauhi tiap laranganNya.
No comments:
Post a Comment