IMPIAN

IMPIAN

Assalamualaikum

I LOVE ISLAM

Thursday, December 31, 2009

INGAT MATI SESEKALI JANGAN LUPA

Minggu lepas ana baca majalah solusi milik seorang sahabat, ana sangat tertarik dengan kata-kata Imam Al Ghazali

"Aku hairan melihat orang ketawa padahal mungkin kain kafannya sedang disediakan..."

ana sangat tertarik sebab waktu ana terbaca petikan ini,ditakdirkan selepas ana bergelak ketawa bersama rakan-rakan ( entah sebab apa,ana pun da tak ingat)
Tiba-tiba je ana terbayang kain kafan yang sedang dihantar ke kedai kain untuk di jual (tambahan pula ana pernah kerja di kedai kain dan pernah melayan pelanggan yang nak beli kain kafan)
Ana terfikir,andaikata dalam masa beberapa saat lagi ajal ana sampai sedangkan ana dalam keadaan ghaflah(lalai)...
Bayangkan jika ia benar-benar terjadi...nauzubillah... Semoga ALLAH s.w.t. mematikan kita dalam keadaan yang beriman...

buat sahabat-sahabat di luar sana,banyakkanlah bermuhasabah dan mengingati mati kerana antara tanda-tanda orang yang berakal ialah orang yang banyak mengingati mati...
Wallahualam

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...