IMPIAN

IMPIAN

Assalamualaikum

I LOVE ISLAM

Monday, January 24, 2011

Ikhtilat...Ikhwah...Akhawat

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.

Ana rasa terpanggil untuk menulis tentang ikhtilat tetapi kekangan masa membataskan penulisan dan waktu untuk mengisi blog kesayangan ini. Lalu ana pun search kat uncle google.. Sama-sama kita bermuhasabah...


Ikhtilat...Ikhwah...Akhawat
www.iLuvislam.com
oleh: Cik Hijau


Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari.

Tambahan kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, dan Friendster. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja.


Kadang kala perhubungan dimulakan atas dasar kerja tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Kononnya hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Seolah-olah kita mencari keredhaan manusia dalam kemurkaan Allah.

Apabila wujud golongan yang menegah dan menunjukkan kaedah muamalat yang selari dengan syariat Islam maka timbullah konsep SYADID. Sememangnya Islam itu mudah dan tidak membebankan tapi tidak bermakna kita layak untuk mempermudah-mudahkan syariat Islam.

Adakah salah seorang nisa' dan rijal menjaga maruah dan pergaulannya. Bercakap, berurusan, berjumpa dan berbincang atas keperluan? Adakah salah bagi seorang nisa' terutamanya menegaskan suaranya dan menjaga pandangan demi menjaga maruah dirinya.

Dalam Al-Quran ada menyebut: "Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31)

Apabila rijal dan nisa' berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: "Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga."

Ada yang menimbulkan alasan malas menyusahkan rakan untuk menemankan kita. Malas nak tunggu rakan. Malas itu malas ini. Besar sangatkah malas kita berbanding arahan Allah dalam Al-Quran? Tegarkah kita melawan syariatNya.

Syariat Islam turut menyarankan kepada kita untuk menundukkan pandangan. Bukan sahaja haram melihat aurat bukan muhrim malahan bahagian-bahagian bukan aurat turut dilarang. Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (berdosa)."

Kalau dah bergaul dan bercampur bebas masakan kita mampu menahan dan menjaga pandangan. Usah menegakkan benang yang sememangnya basah. Ana bukanlah nak menghukum tanpa memberikan jalan penyelesaian. Jom kita berkongsi tip-tip berurusan dengan bukan muhrim:

1.
Elakkan berhubungan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki latop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.

2.
Andai terpaksa berhubung dengan bukan muhrim gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik. Seolah –olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah.

Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran:
"Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik." Takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya?

3. Tundukkan hati. Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan.


4. Tundukan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.

5.
Mempercepatkan urusan. Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda.

Teringat satu mail yang ana dapat mengenai luahan rijal. Jom kita kongsi bersama. Insya Allah ada manfaatnya.


"Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini...Ya Rabb...tolong ampuni aku...untuk setiap pandangan yang tak terjaga, lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab... Ya Rabb...Engkau mengawasi kami tiap detik, karena kasih sayangMu kepada kami Engkau perintahkan malaikat silih berganti menemani kami siang dan malam..."

Semoga ia menjadi peringatan bagi kita. Semoga kita dapat mewujudkan biah solehah dalam keredhaanNya. Peringatan untuk diri yang lemah dan banyak kesilapan serta kekurangan dan sahabat-sahabat Islam yang dikasihi.

"Elakkanlah berhubung tanpa urusan yang benar2 penting dengan wanita2 (berlawanan jantina) kerana di situlah letaknya jalan SYAITAN".

Monday, January 17, 2011

RIJAL,KALAULAH KAMU TAHU

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.

RIJAL,KALAULAH KAMU TAHU

Rijal..kalaulah kamu tahu
Nisa itu akan menjadi ibu,akan setaraf ibu mu
Pasti kamu akan menghormatinya sentiasa
Seperti mana kamu mahu orang lain menghormati ibu mu


Rijal..kalaulah kamu tahu
Nisa itu akan menjadi seorang kakak
Pasti kamu akan menghormati pendapatnya
Seperti mana kamu mahu orang lain menghormati kakak mu


Rijal..kalaulah kamu tahu
Nisa itu akan menjadi seorang adik
Pasti kamu akan melindunginya dari anasir kejahatan
Seperti mana kamu tidak mahu adik mu diganggu orang

Rijal..kalaulah kamu tahu
Nisa itu akan menjadi seorang isteri
Pasti kamu akan menundukkan pandangan mu padanya
Seperti mana kamu tidak mahu orang lain memandang isteri mu

Rijal..kalaulah kamu tahu
Menjaga nisa bukan dengan memanjakan mereka
Menjaga nisa bukan dengan menghadiahkan kata-kata manis buat mereka
Menjaga nisa bukan dengan sentiasa memandang meraka
Menjaga nisa bukan dengan meluahkan rasa suka
Menjaga nisa bukan dengan menghadiahkan cinta dunia


Rijal..kalaulah kamu tahu
Menjaga nisa sebenarnya cukuplah dengan menundukkan pandangan dari mereka
Menjaga nisa sebenarnya cukuplah dengan menegur kesilapan mereka
Menjaga nisa yang sebenarnya cukuplah dengan mengingatkan mereka kepada Allah







PALINGKAN CINTA MU

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.

PALINGKAN CINTA MU


WAHAI ADIK KU

PALINGKANLAH CINTA MU DARI INSAN

PALINGKANLAH CINTA MU KEPADA YANG LEBIH LAYAK


WAHAI ADIK KU

PALINGKANLAH CINTA MU DARI DUNIA DAN ISINYA

PALINGKANLAH CINTA MU KEPADA YANG LEBIH BERHAK


WAHAI ADIK KU

PALINGKANLAH CINTA MU DARI HARTA

PALINGKANLAH CINTA MU KEPADA YANG LEBIH LAYAK


WAHAI ADIK KU

PALINGKANLAH CINTA MU DARI KESERONOKAN DUNIA

PALINGKANLAH CINTA MU KEPADA YANG LEBIH BERHAK


WAHAI ADIK-ADIK KU

PALINGKANLAH CINTA MU KEPADA TUHAN PENCIPTA SEMESTA ALAM

KERANA HANYA DIA YANG MAMPU SENTIASA MEMBERI KEPERLUAN MU

LINDUNGILAH CINTA MU DARI TIPUAN IBLIS DAN SYAITAN

KERANA HANYA ALLAH YANG LAYAK MENERIMA SELURUH CINTA MU


WAHAI ADIK-ADIK KU

PALINGKANLAH CINTA MU KEPADA TUHAN YANG MAHA PENYAYANG

KERANA HANYA DIA YANG MAMPU SENTIASA MEMBAHAGIAKAN HATI MU

LINDUNGI HATI MU DARI TIPUAN DUNIA DAN INSAN

KERANA HANYA ALLAH YANG BERHAK MENERIMA SELURUH CINTA MU





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...