IMPIAN

IMPIAN

Assalamualaikum

I LOVE ISLAM

Saturday, February 27, 2010

KaDaNgKaLa HiDuP tErHiMpIt

Kadang kala hidup di dunia ini kita rasa terhimpit dengan pelbagai masalah yang menyesakkan dada
tapi
ingatlah bahawa kita perlu sentiasa bersyukur dan mengucapkan "Alhamdulillah"

adakalanya kita perlu MENANGIS agar kita tahu hidup ini bukan sekadar untuk KETAWA
&
adakalanya kita perlu KETAWA agar kita tahu mahalnya nilai AIRMATA,

Bersyukur kepada ALLAH dan berterima kasih kepada orang yang menyakitimu kerana menyebabkan kamu menjadi tabah,
Bersyukur kepada ALLAH dan berterima kasih kepada orang yang tidak mengendahkanmu kerana menyebabkan kamu lebih berdikari,
Bersyukur kepada ALLAH dan dan berterima kasih kepada orang yang menjatuhkanmu kerana menyebabkan kamu menjadi seorang yang hebat,
Bersyukur kepada ALLAH dan berterima kasih kepada orang yang menyeksamu kerana menyebabkan kamu menjadi seorang penyabar...

selamat beramal
wallahualam

Friday, February 26, 2010

Maulidur Rasul

Assalamualaikun

semoga sahabat2 semua dapat memanfaatkan cuti sempena maulidurrasul ini dengan sentiasa berselawat ke atas junjungan mulia Rasulullah saw...
wallahualam

Tuesday, February 23, 2010

soal jodoh kuasa ALLAH

SOAL JODOH KUASA ALLAH TAK PERLU SUSAH2

Assalamualaikum…

Syukur ke hadrat Allah dapat kita bertemu lagi untuk berkongsi secebis ilmu di kurniakan Ilahi walau hanya di dunia maya tetapi manfaatnya insyaAllah untuk menuju hidup yang indah di akhirat sana.

Ana mulakan dengan mengingatkan ayat seoarang sahabat ana tentang kahwin. Ana berpegang kepada jodoh sudah ditentukan oleh itu ana tidak pernah terfikir untuk mencari calon apatah lagi untuk itu ana terpaksa berkawan dengan lelaki. (bukan ana menolak untuk berkawan tapi hukum asal pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah haram, hanya beberapa sebab yang mengharuskan dan hanya perkahwinan yang menghalalkan)

Kalau menegur kesilapan,mungkin ana akan lakukan dengan sudi dan rela hati jika keadaan mengizinkan.

Malam sebelum ke program Talk Show Nisa’ ana berborak dengan sahabat ana dan satu ayatnya yang membuatkan ana terkelu untuk bersuara ialah “kalau kita tak cari nanti jadi andartu”. Walaupun ana langsung tidak bersetuju dengan pengakuan itu terus terang ana katakana ana tidak terfikir jawapan yang sesuai.

Alhamdulillah pada hari Talk Show Nisa’ ana mendapat jawapan dari kata2 Prof Madya Dr Wan Maseri iaitu “jodoh sudah ditentukan,rezeki sudah ditentukan, tidak perlu dicari. Yang perlu dicari adalah redha Allah”. Jika kita mengejar cinta Allah, Allah swt akan menzahirkan dengan menganugerahkan seorang suami yang soleh buat hambaNya.

Tiba2 ana terfikir, astagfirullahalazim betapa manusia tidak sedar kata2 yang diutarakan itu seolah2 menyangkal kuasa Allah yang telah menentukan untuk hambaNYA.

Hanya satu ana ingatkan, jika inginkan suami yang soleh dan bertaqwa. Sekurang-kurangnya berusahalah menjadi wanita solehah dan bertaqwa dahulu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...