IMPIAN

IMPIAN

Assalamualaikum

I LOVE ISLAM

Sunday, January 31, 2010

Thursday, January 7, 2010

KECANTIKAN ZAHIR BATIN

Memang manusia sukakan kecantikan.
Sebab kecantikan "give us good feeling" dan menaikkan semangat serta keyakinan kita.
Islam sendiri tidak menegah umatnya tampil cantik, kerana kecantikan itu sendiri akan memberikan gambaran yang baik bagi agama.

"Hai anak Adam, sesungguhnya KAMI telah turunkan pada mu pakaian untuk menutupi aurat mu dan pakaian indah untuk perhiasan dan pakaian taqwa itulah yang paling baik."
( Al-A'raf : 26 )

Islam telah mengajarkan umatnya supaya sentiasa kemas menutup aurat, cantik dan bersih.
Namun, hati yang baik serta bertaqwa kepada ALLAH adalah pakaian yang terbaik.

Islam juga telah mengajarkan supaya penganutnya bersederhana dalam setiap perkara.
Sabda Rasulullah s.a.w. :
"makanlah, minumlah, berpakaianlah dan bersedekahlah tanpa berlebih-lebihan dan tidak menyombong diri."


Wallahualam...

PESAN DI HARI ULANGTAHUN SAHABAT

WAHAI SAHABAT KU SAYANG!
HIDUP DI DUNIA HANYA SEMENTARA...
AKHIRAT SANALAH YANG KEKEL SELAMANYA...
MOGA TIDAK DITEMPATKAN DALAM NERAKA...
JANGAN TERPEDAYA MUSLIHAT SYAITAN DURJANA...
KERANA,
JIKA ALLAH MURKA BINASALAH KITA...


WAHAI SAHABAT KU SAYANG!
KERANA ALLAH DIKAU KU CINTA...
MATANGKANLAH FIKIRAN SESUAI USIA...
MOGA KASIH ALLAH BERSAMA KITA...
PELIHARALAH HIDAYAH AGAR TIDAK DITARIK SEMULA...
KERANA,
TANPA REDHA ALLAH SIAPALAH KITA...


WAHAI SAHABAT KU SAYANG!
SUCIKANLAH HATI DENGAN MUHASABAH SENTIASA...
DENGAN DIIRINGI TAUBAH NASUHA...
MOGA REDHA ALLAH MILIK KITA...
GEMBIRA DI DUNIA BAHAGIA DI AKHIRAT SANA...
KERANA,
REDHA ALLAH MATLAMAT UTAMA KITA...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...