IMPIAN

IMPIAN

Assalamualaikum

I LOVE ISLAM

Tuesday, November 29, 2011

ingat mati


بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah memberi amaran kepada kamu dengan wahyu (Al-Quran yang diturunkan Allah kepadaku); dan sudah tentu orang-orang yang pekak tidak dapat mendengar seruan apabila mereka diberi amaran, (maka janganlah kamu menjadi pekak kerana azab Tuhan amatlah berat)
~21:45~

Monday, November 28, 2011

Ketua bidadari syurga



بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.

~wanita solehah itu~
dipagari dirinya dengan ketaqwaan..
dipagari dirinya dengan sifat malu kepada Tuhan..
dihiasi dirinya dengan indahnya akhlak dan iman..

tiap geraknya Bismillah dimulai..
tidur pakainya kerana Ilahi..
lapar dahaganya kerana Rabbi..
makan minumnya demi redha Allah diraih...

~Ketua bidadari syurga~
wanita solehah akan dilantik menjadi ketua bidadari syurga dijannah Allah
siapakah tidak inginkannya?
pasti setiap muslimah ingin menjadi ketua bidadari syurga,
miliki kecantikan hakiki
miliki keayuan sejati
miliki akhlak terpuji
malah
terlalu dekat dengan Ilahi
Subhanallah,rindu pada syurga Mu Allah
kerana hanya di syurga Mu kami dapat bertemu dengan Mu
Melihat keagungan Mu dengan lebih dekat
Meraih cinta Mu dengan lebih puas...

Friday, November 18, 2011

Aurat mu Martabat mu




بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.





wahai muslimah,
sahutlah seruan menjaga aurat mu
kerana aurat mu maruah mu
meninggikan nilai martabat mu

wahai muslimah,
sahutlah seruan menjaga aurat mu
kerana di situ terpamer akhlak mulia mu
menghalang niat adam mengusik mu

wahai muslimah,
sahutlah seruan menjaga aurat mu
kerana betapa tingginya nilai mu
menjanjikan keselamatan buat diri mu

wahai muslimah,
sahutlah seruan menjaga aurat mu
ketahuilah menjaga bukan membungkus diri mu
menjaga itu menyempurnakan syariat oleh mu



Wednesday, November 16, 2011

UKHUWAH ITU LEBIH INDAH


بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.


UKHUWAH ITU INDAH



Ukhuwah itu indah saat bergembira bersama

Ukhuwah itu indah saat bertegur sapa tak di lupa

Ukhuwah itu indah saat meluangkan masa bersama

Ukhuwah itu indah saat menuntut ilmu dijadikan usaha



Ukhuwah itu lebih indah saat dihiasi iman dan taqwa

Ukhuwah itu lebih indah saat tarbiyah memenuhi ruang jiwa

Ukhuwah itu lebih indah saat maksiat dicegah bersama-sama

Ukhuwah itu lebih indah saat sahabat diingat dalam tiap lafaz doa

Namun

Ukhwah itu lebih indah saat berjauhan masih saling dalam ingatan

Ukhwah itu lebih indah saat berjauhan masih saling memberi peringatan

Ukhwah itu lebih indah saat berjauhan masih saling berkongsi kekuatan

Ukhwah itu lebih indah saat berjauhan masih saling mengharap redha Tuhan

Ukhwah itu lebih indah saat berjauhan masih saling berkasih sayang sesama teman

Ukhwah itu lebih indah saat berjauhan masih saling berjihad dijalan perjuangan

Ukhwah itu indah saat berjauhan masih saling menegakkan kalimah Tuhan

Ukhwah itu indah saat berjauhan masih saling membantu kemenangan Islam


~salam rindu buat sahabat-sahabat seperjuangan di bumi mana pun kalian~

~perjuangan kita demi meraih mardotillah bukan mengharap penghargaan manusia~

~asam garam pahit manis kehidupan adalah lumrah kehidupan~

~sekejap di atas biasanya berjalan atas ranjau berduri kerana itulah lumrah kehidupan seorang daie yang mengharapkan kasih ILAHI~


Tuesday, November 15, 2011

Hamba Bertuah

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.

MasyaAllah,hari ini terasa betapa indahnya hidup dikelilingi sahabat-sahabat yabg takut dan cinta kepada Allah.
Bahagia...
itulah yang dirasakan hati saat ini...

"cintakan Allah tiada kecewa,jiwa akan tenang diwaktu susah..
cukuplah Allah sbgi pelindung, dan kekal di hati sbgi cinta hati...rasulullah ada dalam belahan hatiku, cintaku untuk selama-lamanya...
ibu dan ayah jadi pelengkap kekosongan hati ....tiga cinta itu cukup untuk
buat jiwaku hidup dan sentiasa kuat untuk mengharungi mehnah...
ade ganjran pd setiap detik ksabaran.."

Terkesan terus ke dasar hati saat membaca peringatan seorang sahabat yang berada jauh di bumi anbiya' di petang Isnin yang sejuk dibasahi hujan rahmat...
Tambahan pula hati saat itu sedang lemah kerinduan pada keluarga yang jauh di mata dekat di hati yang sekian lama tidak diziarahi...

hari berikutnya,menjelajah blog-blog sahabat yang dikasihi,membaca up-date dari naqibah kesayangan;mujahidah pertama yang dihadiahkan Allah untuk membuka mata hati ini untuk mencintai jalan perjuangan,mengenali jihad usaha menegakkan kalamullah dan keagungan Allah serta hukum-hukumNya...
jazakillah kak Qasrina kerana sudi berkongsi ilmu saat diri ini kosong dan kering kontang mencari sinar kebahagian,jazakumullah buat semua sahabat-sahabat tersayang kerana berkongsi kekuatan saat hati lemah dilanda ujian...

saat ini,sungguh terasa betapa bertuahnya dikurniakan sahabat-sahabat yang tidak putus-putus berkongsi peringatan dan mengalirkan kekuatan menebalkan iman yang setipis kulit bawang.
Subhanallah,Allahamdulillah,Lailahaillallah
Allahuakbar

Petang seterusnya menerima mesej ringkas dari ukhti yang hanya sekali ditemui,hanya sempat mengenalinya semalaman bersama di UNIZA..tetapi kerana cinta yang sama,kami seperti pernah bertahun tinggal bersama-sama.Semakin hari semakin sayang dan rindu kak Fatimah azZahra'
Matlamat yang sama;mengejar redha Allah menjadikan hati kami bagai diikat dengan tali yang kuat.
"Sungguh hebat seorang mukmin itu.. Seluruh keadaan yang menimpa dirinya dianggap sebagai suatu kebaikan bagi dirinya.. Keadaan seperti ini tak akan ditemui pada sesiapapun kecuali orang yang beriman..
Jika dia mendapat kesenangan lalu dia bersyukur, maka perkara itu akan mendatangkan kebaikan bagi dirinya..
Jika dia mendapat kesusahan lalu dia bersabar,maka perkara itu akan mendatangkan kebaikan bagi dirinya..
(Riwayat Muslim)

"Ya Tuhan kami,janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami, kurniakanlah kami rahmat disisi Mu kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Kurnia"
(Ali-Imran 3:8)
Ameen...

^_____^

Monday, November 14, 2011

Rindu ukhuwwah

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.

Saat rindu kepada keluarga meninggi,panggilan ke rumah ditingkatkan.
ya Allah,seandainya rindu ini membuatkan hamba lemah,biarlah hambatidak pernah merindu.
siapakah tidak rindukan keluarga sedangkan ini adalah tahun keempat tidak pernah balik menyambut raya bersama,masyaAllah mengalahkan orang berada di luar negara gayanya.
Betapa bijak dan berapa besarkah Hasana sekarang?Semakin rajin manakah Budin sekarang?Semakin tinggi manakah Ipong sekarang?
Allah,,semoga mereka menjadi anak soleh-solehah yang sentiasa menggembirakan hati mak.

Saat rindu pada sahabat seperjuangan,menyelak hasil tulisan di blog-blog mereka yang dipenuhi semangat perjuangan. Naqibah kesayangan yang semakin rajin mengup-date.Ada yang mengup-date dan tidak kurang juga yang sudah tidak menjengah blog sendiri agaknya.. Sahabat-sahabat di bumi Aceh kelihatan ceria disana,sahabat di bumi anbiya' kurang sihat kerana perubahan cuaca agaknya,sahabat-sahabat di universiti tempatan masing-masing dengan asgment dan persediaan menghadapi peperiksaan semester pertama.
Kadang hanya membaca status di FB tanpa memberi komen. Biarkanlah mereka berbahagia dengan kehidupan dunia baru mereka. Semoga kejayaan dunia akhirat buat kami semua.

Mujur kebusyan dalam gerak kerja sentiasa bersama,penat?ya... tetapi kemanisan hanya dirasakan oleh mereka yang merasakan penat itu. ya Allah,semoga kebusyan kami ini dinilai untuk menjadi mahar menuju redha Mu. Dengan kebusyan ini rindu pada keluarga bagai tidak sempat hendak dilayan =).Dalam pahit ada manis,bagaikan tiramisu bukan?.... Biarkanlah Allah menentukan hala tuju hamba selepas ini,semuanya sudah diserahkan,pasrah,redha apa sahaja.

"Ya ALLAH, Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,
Bertemu untuk mematuhi perintahMu,
Bersatu memikul beban dakwahMu.
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu.


Maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya,
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini..
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalanMu yang sebenar...
Penuhkanlah piala hati ini..
Dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMU...
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu...


Jika Engkau mentakdirkan mati,
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini
Sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu


Engkaulah sebaik-baik sandaran
Dan sebaik-baik penolong..
Ya Allah Perkenankanlah Permintaan ini..
Amin Ya Rabbal 'Alamiiin..."

~MUJAHIDAH GAGAH PADA JIWA YANG TABAH~

~salam rindu buat semua,uhibbukum fillah~

Sunday, November 6, 2011

WANITA YANG BENAR-BENAR SOLEHAH


بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.

Wanita Solehah Sebenar

-Wanita yang benar-benar solehah itu

tidak suka kepada pujian

baginya, cukuplah teguran,

yang mendekatkan kepada tuhan


-wanita yang benar-benar solehah itu

tidak suka di pandang tinggi

baginya hanya Rabbul izzati

yang layak di agung-agungi


-Wanita yang benar-benar solehah itu

tidak suka didekati lelaki ajnabi

baginya persahabatan pada tali Ilahi

tidak perlu dihiasi ikhtilat menyalahi syar'i


-Wanita yang benar-benar solehah itu

tidak menyalahi fitrah islami

baginya menegakkan agama islam ibarat amanah sebagai khalifah Ilahi.


-Wanita yang benar-benar solehah itu

tidak menolak cinta manusiawi

baginya cinta itu biarlah dibatasi

hadir selepas ada ikatan suci


-Wanita yang benar-benar solehah itu

tidak mengharap cinta duniawi

baginya cinta Ilahi yang hakiki

cintai Islam yang abadi.

Saturday, November 5, 2011

يا الله يا صبر

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.



يا الله يا صبر
Sabar dan tabah dipinta lagi
Seperti sabar para nabi
Semoga sentiasa taat dan mensyukuri

يا الله يا صبر
Kesabaran hamba diuji lagi dan lagi
Ketabahan minta di isi lagi dan lagi
Kekuatan hati terus mensyukuri

يا الله يا صبر
Saat hamba dilanda tribulasi
Sungguh Nur dari Mu diharap-harapi
Supaya hati akan menetapi jalan para daie

يا الله يا صبر
Kekangan dan ujian bukan minta dihenti
Kerana semua itu tanda kasih dari Mu Ilahi
Kerana hamba adalah ahli terpilih

يا الله يا صبر
Sekalipun hamba tidak terus mensyukuri
Sekalipun hati kadang gelisah tiada henti
Setiap kali ujian datang lagi
Sentuhlah hati ini dengan manisnya mencintai
Setiap derap langkah jalan para nabi

يا الله يا صبر
Kadang-kala hati leka dan lalai lagi
Ketika itu ujian melanda lagi
Kesetiaan menghadapi tiap uji
Kebahagian hati makin terisi
Kerana yakin cinta Mu Rabbi
Kebesaran Rabbul Izzati
Kesenangan duniawi ukhrawi dihadiahi
Kepada hamba yang mencintai Ilahi

يا الله يا صبر
Subhanallah,bahagianya hati yang mengharapkan cinta Mu Rabbi...
Subhanallah,bahagianya hati yang menuruti langkah para nabi...
Subhanallah,sungguhpun dilihat bagai menderita diuji...
Subhanallah,sungguh semua ini dari Mu Rabbul Izzati...
Subhanallah,hanya Allah yang tahu betapa bahagianya hati selepas berjaya diuji...
Subhanallah,hanya yang terpilih akan diuji dan diuji lagi...
Subhanallah,sungguh hati ini tidak minta ujian dihenti...

Friday, November 4, 2011

Puasa hari Arafah


بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.

Berpuasalah pada 8 dan 9 zulhijjah :

Wednesday, November 2, 2011

GHIBAH(MENGUMPAT);CARA MENGATASINYA


بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.

GHIBAH ATAU MENUMPAT

MENGUMPAT ATAU GHIBAH

Mengupat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.Rasulullah SAW menjelaskan menganai mengupat seperti sabdanya bermaksud: “Mengupat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibecinya “(Hadis Riwayat Muslim).

Mengupat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritak keburukan biarpun tampa menyebut nama pelakunya tetapi dikatahui oleh orang yang mendengarnya. Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengupat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia,inilah pula daging saudara sendiri sabda rasulullah SAW bermasud:

“Awaslah daripada mengupat kerana mengumpat itu lebih besar dosanya daripada zina. Sesungguhnya orang yang melakukan zina,apabila dia bertaubat ,Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan ghibah tidak diampunkan dosanya sebelum dimaafkan oleh orang yang diumpat”

(HR Ibn Abib Dunya dan Ibn Hibban)

Ghibah bermaksud mengumpat atau memperkatakann keburukan seseorang.

Rasulullah saw. bersabda: apakah kalian tahu apa yang dimaksud dengan ghibah? Para sahabat menjawab: "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui" beliau bersabda: "Engkau menyebutkan sesuatu kejelekan yang ada pada saudaramu" para sahabat berkata:" wahai rasulullah bagaimana jika apa yang dibicarakan tersebut ada padanya? maka rasulullah saw. bersabda: "Apabila apa yang ada padanya sesuai dengan apa yang engkau bicarakan maka engkau telah menggibahnya. Sedangkan apabila apa yang ada padanya tidak sesuai dengan apa yang engkau katakan maka engkau telah berdusta atasnya.” (HR Muslim/2589, Abu Daud 4874, Tirmidzi 1935)

Kaedah membuang sikap suka mengumpat :

1. Jika kita mengingati bahawa apabila kita mengumpat,kita akan diumpat balik, sudah tentu kita tidak akan mengumpat. Elakkan berbuat jahat kepada orang yang tidak berbuatjahat kepada kita.

2. Manusia perlu memenuhi keperluan intelek seperti belajar, mencari ilmu, berfikir, dan memerhatikan. Maka, orang yang melakukan sebaliknya bererti tidak memenuhi keperluan intelek. Tidakkah bererti apabila kita mengumpat bermakna jiwa kita jahat? Luar Nampak cantik, tetapi di dalam sudah busuk dan berulat.

3. Ingat dosa. Larangan Islam terhadap perbuatan mengumpat sudah cukup untuk memotivasikan diri setiap individu. Tidak ada manusia normal sanggup memakan bangkai saudaranya sendiri.

Sabda Rasulullah saw :

“wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim,dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya maka Allah swt akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya,meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri”

(HR Abu Daud)

Tuesday, November 1, 2011

Mujahadahlah dengan sepenuh jiwa



بسم الله الرحمن الرحيم





Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.



~ salam mujahadah buat para mujahid dan mujahidah pejuang agama Allah ~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...