IMPIAN

IMPIAN

Assalamualaikum

I LOVE ISLAM

Friday, October 28, 2011

CIRI-CIRI AMILIN HARAQI'


بسم الله الرحمن الرحيم



Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.


Ciri-ciri amilin haraqi

· Sabar dan tabah dalam mengharungi apa sahaja ujian dan dugaan dari Allah

· Merasa muraqabatillah, merasa diri diawasi Allah

· Banyak mengingati mati; membuat persiapan akhirat,qiam, membaca al-quran dan melakukan perkara-perkara sunat lain

· Tidak mengabaikan dakwah dan pengisian rohani

· Sentiasa bersedia menyumbangkan tenaga ( menjadi pelapis )

· Mengekalkan sifat mahmudah, istiqomah dengan kebaikan yang dilakukan

· Bertahan dengan ujian kesenangan atau kesusahan

· Bersifat wara' melakukan perkara syubha’ contohnya dalam menjaga pemakanan

· Memastikan perkahwinan lillahitaala untuk membina baitul muslim yang baik

Thursday, October 13, 2011

11 golongan yang didoakan malaikat

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,

dipinjamkan nyawa diberi kesempatan

untuk terus mengejar redha Allah

untuk memohon keampunan Allah

untuk menegakkan Islam tercinta.

Selawat dan salam buat Rasul junjungan,

keluarga dan para sahabat baginda.





Golongan-golongan yang didoakan para malaikat berdasarkan hadis :



1. orang yang tidur dalam keadaan bersuci


"sucikanlah badab kalian,semoga Allah mensucikan kalian. Tidaklah seseorang hamba bermalam (tidur) dalam keadaan bersuci kecuali para malaikat akan bersamanya dalam pakaiannya. Tidaklah dia memebalikkan sesaatpun ketika tidur malamnya kecuali malaikat akan berkata 'ya Allah,ampunilah hamba Mu ini. Sesungguhnya dia tidur dalam keadaan bersuci"


HR At-Tabrani


2. orang yang ternanti-nanti waktu solat


"Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat,selama dia berada dalam keadaaan suci,kecuali kalangan malaikat akan mendoakan 'ya Allah,ampunilah dia. ya Allah sayangilah dia'..."


Rasulullah pernah bersabda


"mahukah kalian aku tunjukkan pada perkara yang dengannya Allah akan mengampunkan dosa dan meninggikan darjat?"


para sahabat menjawab


"mahu ya Rasulullah"


sabda baginda


"iaitu menyempurnakan wudhu pada saat yang tidak disukai(menyulitkan),banyak melangkah ke masjid,dan menunggu solat. Itulah ar ribath dan itulah ar ribath."


HR Muslim


3. orang yang berada dalam saf hadapan


Nu'man bin Basyir ra berkata,aku mendengar Rasulullah saw bersabda


"sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas orang yang berada pada saf yang pertama"


HR Ahmad


4. orang yang memenuhkan saf


Daripada Aisyah ra,Rasulullah bersabda


"sesungguhnya Allah swt dan para malaiktNya berselawat kepada orang yang menyambung saf. Dan sesiapa yang menutup kekosongan pada saf,maka Allah meng angkat darjatnya."


HR Ibnu Majah


5.orang yang mengucapkan amin bertepatan dengan amin para malaikat


Daripada Abu Hurairah ra,Rasulullah bersabda


"jika imam menyebut amin,sesunngguhnya barangsiapa yang menyebut amin bertepatan(bersama) dengan amin para malaikat maka diampunkan dosanya apa yang telah lalu"


HR Bukhari(780) Muslim(410)


6. orang yang duduk di tempat solatnya selepas menunaikan solat


Rasulullah saw bersabda


"para malaikat itu berselawat ke atas seorang daripada kalian selama dia tetap di tempat duduknya yang menjadi tempat solatnya. Mereka menyebut 'ya Allah ampunilah dia,selama dia tidak mengganggu dan tidak berhadas"


HR Bukhari


7. orang yang melakukan solat subuh dan asar secara berjemaah


Daripada Abu Hurairah ra,Rasulullah saw bersabda


"silih berganti datang kepada kamu malaikat siang,mereka berkumpul pada waktu solat fajar dan solat asar. Kemudian naiklah malaikat yang telah bermalam pada mu lalu Tuhan bertanya kepada mereka : Bagaimana kamu meninggalkan hamba-hamba Ku?


maka mereka menjawab : kami tinggalkan mereka sedang mengerjakan solat dan kami datangi mereka pun sedang mengerjakan solat"


HR Bukhari dan Muslim


8. orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan


Daripada Abu Darda' ra,Rasulullah saw bersabda


"setiap muslim yang mendoakan saudara seagamanya tanpa pengetahuan yang pasti akan didoakan oleh para malaikat dengan berkata,'engkau juga akan mendapat seumpamanya"


HR Muslim


9. orang yang membelanjakan harta (infaq/sedekah)


Rasulullah bersabda


"tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya satu antara keduanya berkata 'ya Allah berikanlah ganti bagi orang yang berinfaq"


10. orang yang sedang makan sahur


"sesungguhnya Allah dan kalangan malaikatNya sentiasa berdoa kepada orang yang bersahur."


HR Ahmad


Anas bin Malik berkata


"bersahurlah kalian,kerana di dalam sahur terdapt barakah"


HR Bukhari,Muslim,Ahmad,At-Tabrani,Aa-Nas'ai dan Ibnu Majah


11. orang yang melawat orang sakit


"sesiapa yang mendatangi saudaranya yang sakit untuk menjenguk maka dia seperti berjalan di taman syurga sampai dia duduk. Jika dia duduk maka dia akan diliputi rahmat. Apabila seseorang menjenguknya pada pagi hari,maka 70 ribu malaikat akan berselawat kepadanya sampai petang hari. Apabila dia menjenguknya pada petang hari,maka 70 ribu malaikat melihat akan berselawat kepadanya sampai pagi hari"


HR Ibnu Majah


wallahualam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...