IMPIAN

IMPIAN

Assalamualaikum

I LOVE ISLAM

Tuesday, June 7, 2011

penat jadi orang baik...kena pijak kepala...


بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.

Assalamualaikum...
beberapa hari ni,kerja ana baca dan baca dan baca ayat-ayat ciptaan manusia falsafah,soalan,kritikan,luahan dan sebagainya...
Tak kurang juga ayat-ayat teguran dan peringatan...

Ahad lepas balik dari ziarah rumah family arwah seorang sahabat yang memang terkenal dengan akhlak yang baik,petang tu juga seorang kakak tag picture arwah yang orang lain memang kebanyakannya hanya kenal muka tapi tak tahu nama...
InsyaAllah meninggalnya arwah dengan kesudahan baik sebab memang bibirnya tak lekang dari zikir sehingga akhir nafasnya..
pulang ke pangkuan Ilahi pada saat orang lain mungkin sedang qiamulail pada 2pagi 2rejab hari sabtu...
al fatihah buat almarhumah kak Wahida yang baik hati...


penat jadi orang baik...kena pijak kepala...
(maaflah ayat tunggang tebalik and bercampur aduk)

tengah-tengah baca komen dan doa para ahli facebook buat almarhumah kak Wahida,terfikirnak inform pensyarah kami tapi malangnya FB baru so belum add para pensyarah...dah add tu,dipendekkan cerita terfikir pula cikgu-cikgu sekolah,kawan-kawan sekolah,senior dan junior yang memang kompom tak kenal ana pun ana add(sama tahun pun tak kenal ana apatah yang lain,lagi parah kawan sendiri tak tahu nama ana-tak koma je lagi)...

tengah busy-busy tengok-tinjau orang ni terbacalah satu komen,katanya dia dah penat jadi baik sebab jadi good boy kena pijak kepala. Kalau ikutkan kes berat ayat ni,dan memanglah sangat berat hati bila tengok picture dia keluar dating dengan new special gf dia(taw masih baru coz baca komen dorang sendiri...

(sedikit selitan cerita zamn jahiliah dulu)
Bukan apa-dulu kenallah juga senior-senior ni(kawan-kawan minat)dorang cakap budak baik-ada-ada jak cerita dorang setiap hari...nampaklah juga budak baik,dah hari-hari kawan puji(nampak je kebaikan orang tu hari-hari) ana yang agak anti lelaki saat itu adalah budak jahat bagi kawan-kawan (memang patutlah kawan tak tahu nama,budak jahat rupanya).

eh,dah menyimpang jauh ni,kembali kepada tajuk

penat jadi orang baik...kena pijak kepala...


penat ke jadi orang baik?ya kot,sebab bila kita buat baik dan nampak baik ada je orang nak ambik kesempatan atas kebaikan kita,sifat baik tu orang lain nampak sebagai kelemahan pada kita sebab tu dorang ambik kesempatan...sedih bila memikirkan perkara ni.....

tapi sepatutnya kita bersyukur sebab "erti hidup pada yang memberi' means (pendapat sendiri) memberi itu manis,kita akan gembira bila dapat gembirakan orang lain,bahagia...

lagi satu,golongan-golongan macam ni sepatutnya sangat-sangatlah bersyukur sebab Allah dah jadikan fitrah baik itu ada dalam diri kita...bila-bila boleh kumpul pahala,betul tak???

lagipun Allah janjikan ganjaran istimewa bagi mereka yang dizalimi,kan ke patut bersyukur tu..dapatlah sentiasa jadi golongan yang makbul doanya..

dah lah dapat pahala buat baik,dapat gembirakan orang,doa pula makbul 'apalah salahnya kita doakan orang yang pijak kepala kita tu supaya dapat hidayah,dan jadi lebih baik dari kita'..
kita doakan orang lain, malaikat doakan kita pula.... beruntungnyalah orang-orang yang fitrahnya dijaga Allah ni....
sapalah tu,,,

Semoga Allah melimpahkan taufiq dan hidayahnya atas mu wahai hamba yang dikasihi Allah...semoga Allah mencampakkan kesedaran atas kesalahan yang baru kamu lakukan agar tidak berpanjangan... SEMOGA KAMU KEMBALI MENJADI ORANG-ORANG YANG MENYAMPAIKAN RISALAH ISLAM
ameen


Thursday, June 2, 2011

setiap saat pergi...

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.
Assalamualaikum ...

setiap saat pergi,
ia melangkah terus tanpa henti,

...hidup umpama perang,
berbekalkan ilmu,

jadikanlah ...
bicara itu senjata,
diam itu perisai,
minda sebagai pemimpinnya,

maka tawanlah hati ...
tapi bukan dipenjarakan !

biarkan ia bebas,
merangkak, berjalan, berlari,
berenang, menyelam,
menari dan terbang ....

sesungguhnya hidup hanya sekali,
lakukanlah apa yang kamu inginkan,
bukan dengan rasa ...
dan ...
bukan juga dengan hati,

lihatlah ...
sekelilingmu,

perhatikanlah ...
persekitaranmu,

dunia ...
bukan untuk kita ,

tapi ingat ...
tanpa kita dunia mungkin tidak ada ....

bila arah terhalang,
pilihlah halamu ,
ke kiri yang dekat ...
ke kanan yang jauh ...
tapi awas!
jangan tersasar melihat jalan pintas ...

dan ...
sememangnya ...
destinasi si bijaksana ...
hanyalah ...
hari yang abadi ...

hasil nukilan my brother : Syed Nor Alsam (copy and paste from FB)
He also said :
knowledge are no selfish, but us ...
i haven't registered yet for copyright ...
and permissions granted ...

Wednesday, June 1, 2011

WANITA coklate,gula-gula,epal,mawar,semalu dan mutiara...

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.



Ya Allah,sebulan lebih tak update....

otak beku bila tak buka buku, puas di paksa berfikir tapi makin terasa minda fakir...
membaca,menonton,mendengar dan memikir,akhirnya ana tertarik dengan post seorang sahabat di FB

PEREMPUAN ni ibarat cokelat FERRERO ROCHER. BILA berbalut dengan pembalut, even COKLAT tu JATUH KE LANTAI PUN ORANG STILL NAK. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ADA YANG NAK PIJAK LAGI...jadi nak ke kita jadi yg kena pijak tu? inilah perumpamaan wanita yg tidak menutup aurat dan wanita yg menutup aurat.


Yang membuatkan ana tertarik untuk menyambung kembali medan penulisan dengan tajuk ini apabila terbaca komen gurauan sahabat lain..


gula2 kapas lagi sodap..yummy2~

saat itu juga terfikir,bagaimana jika menjadi gula2 kapas... manis dan menarik serta disukai ramai tetapi terlalu mudah rosak walau hanya terkena angin yang sedikit malah merosakkan pula kesihatan penggemarnya... inilah perumpamaan wanita yang cantik dan
menggoda,disukai ramai jejaka tetapi mudah disentuh dan dirosakkan tangan-tangan dunia...
Malah,jejaka-jejaka yang terpedayah dengan nafsu mereka turut rosak bersama menelusuri jalan-jalan maksiat dan dosa... Astagfirullahalazim...
semoga kita terhindar dari menjadi golongan seperti ini...

ada pula yang menambah komen...



wanita ibarat mawar berduri :)



ramai pula wanita yang ingin menjadi mawar berduri,bunga yang cantik dan tentulah disukai ramai tetapi tidak mudah disentuh kerana dipagari duri-duri sebagai pelindung diri... wanita ibarat mawar berduri,berusaha menghiasi diri dengan keindahan sama ada fizikal atau rohani... melindungi diri dengan keimanan agar tidak mudah dirosakkan oleh tipuan duniawi...

Teringat perumpamaan yang diceritakan naqibah tersayang ukhti Qasrina Rully,
Wanita ibarat buah epal sekiranya berada di puncak pasti tidak mudah di miliki kerana hanya lelaki yang hebat sahaja mampu memanjat hingga ke puncak,dan janganlah rendahkan harga diri mu dengan menggugurkan diri ke tanah kerana buah yang jatuh ke tanah biasanya buah yang mudah ditebuk ulat buah...
wanita ibarat epal yang berada dipuncak adalah wanita yang mempunyai harga diri yang tinggi... wanita yang merendahkan harga dirinya pastilah mudah didekati ulat-ulat perosak..akhirnya kecantikan buah pasti dicemari... Hiasilah diri dengan kecantikan hakiki : akhlah perpuji...

wanita ibarat pokok semalu adalah perumpamaan yang amat sesuai dengan wanita-wanita yang sering diuji...
pokok semalu memiliki bunga yang tidak kurang cantiknya,memiliki duri untuk melindungi dari ancaman pemusnah,pemalu dan menutupi dirinya saat ada yang cuba mendekati atau menyentuhnya... Tetapi pokok semalu adalah antara bunga yang amat gemar dikasari oleh tangan dan kaki mereka yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri...
wanita ibarat pohon semalu, wanita yang menjaga diri dan tidak sesekali melayani perosak2 yang mengancam iman dan maruah dirinya,menghiasi diri dengan keindahan akhlak terpuji malah sentiasa sabar saat diuji dan tunduk kepada Rabb tiap saat diri diuji...
kerana baginya cukuplah Allah menjadi pelindung diri...



wanita ibarat mutiara didasar lautan,memiliki kecantikan yang terpelihara dalam jagaan... hanya mereka yang cekap mampu mengambil dan memilikinya..

betapa banyaknya perumpamaan wanita,pilih yang mana???
buka minda dan hati,ayuh fikir2kan bersama...^_^




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...