IMPIAN

IMPIAN

Assalamualaikum

I LOVE ISLAM

Wednesday, April 27, 2011

BOSAN BICARA TENTANG CINTA

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.

Jika bicara soal cinta,itulah topic yang tidak pernah ada akhirnya

Jika bicara tentang cinta,itulah topic paling utama

Jika bicara tentang cinta,itulah tajuk yang tak pernah dilupa

Jika bicara tentang cinta,itulah tajuk yang tiada penghujungnya

Bila bicara tentang cinta

Pasti yang terlintas di minda tentang pasangan enta enti,lelaki mesti dengan perempuan,cik dan encik. Tapi sering lupa

“tidak sempurna iman sehingga rasulullah lebih engkau kasihi berbanding diri mu sendiri”

“tidak sempurna iman sehingga engkau mengasihi saudara mu seperti engkau mengasihi diri mu sendiri”

Ketahuilah dan sedarlah bahawa bila bicara tentang cinta keduniaan semta-mata,hati kita pasti akan bosan juga suatu ketika nanti kerana dunia fana hanya sementara kerana nilaiannya juga hanya seketika,tetapi berbeza dengan cinta yang hakiki

Hari ini,bukan setakat manusia lebih mencintai dirinya(selfish) malah lupa pada cinta Allah dan Rasul.

Mengejar cinta insan kerana kepentingan peribadi,kerana rasa perlu dikasihi dan disayangi oleh seseorang yang mampu memberi sesuatu yang punya nilaian peribadi tetapi lupa Allah sentiasa ada untuk memberi sesuatu yang jauh lebih bernilai dan berharga tanpa meminta sedikit pun balasan.

Lupa cinta Rassulullah yang sanggup terseksa menderita demi melihat tersebarnya Islam keseluruh pelusuk dunia. Betapa dalamnya cinta Rasulullah buat kita sehingga ke hujung usia masih menyebut-nyebut tentang umatnya.

"Sesungguh-nya orang yang mencintai sesuatu akan mendapatkan lazatnya cinta manakala yang ia cintai itu bisa membuat lupa dari musibah yang menimpanya. Ia tidak merasa bahwa itu semua adalah musibah, walau kebanyakan orang merasakannya sebagai musibah. Bahkan semakin kuatlah kecintaan itu sehingga ia semakin menikmati dan meresapi musibah yang ditimpakan oleh Dzat yang ia cintai. (Madarijus-Salikin 3/38).

Sunday, April 24, 2011

HADIS

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.

عن أبي عبدالله النعمان بن نشير رضي الله عنهما قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه رسلم يقول : ان الحلال بين وان الحرام بين وبينهما امور متشتبهات لايعلمهن كثير من الناس فمن اتقي الشبهات فقد الستبرأ لدينه وعرضه ومن وقع في الشبهات وقع في الحرام كالراعي يرعى حول الحمى يوشك أن يرتع فيه ألا وان لكل ملك حمى ألا وان حمى الله محا رمه ألا وان في الجسد مضغة اذا صلحت صلح الجسد كله واذا فسدت فسد الجسد كله ألا وهي القلب – رواه البخاري ومسلم

Terjemahan :

Dari Abu Abdullah Nu’man Bin Basir r.a, katanya : aku dengar Rasulullah saw bersabda sesungguhnya yang halal itu nyata (terang ) dan haram itu pun nyata (terang ) dan diantara keduanya ada perkara-perkara yang kesamaran,yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Maka barang siapa memelihara (diri dari)segala yang kesamaran sesungguhnya ia memelihara bagi agamanya dan kehormatannya dan barang siapa jatuh ke dalam perkara kesamaran jaruhlah ia ke dalam yang haram sperti seorang penggembala yang menggembala di kawasan larangan,hampir sangat (ternakannya) makan di dalamnya. Ketahuilah! bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangan. Ketahuilah! Larangan Allah ialah segala yang haram. Ketahuilah! Bahawa di dalam badan ada seketul daging apabila ia baik baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak rosaklah seluruhnya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati.

Riwayat Bukhari dan Muslim

Berdasarkan hadis ini dapat dibahagikan kepada beberapa pengertian iaitu :

1. Perkara yang halal dan haram : Pada hadis ini Rasulullah menyatakanbperkara yang halal dan haram. Sesungguhnya yang halal dan haram itu nyata dan terang,dan yang haram itu nyata dan terang yang halal itu tidak dilarang tetapi yang haram itu adalah dilarang.

2. Perkara-perkara yang kesamaran : kemudian Rasulullah menyatakan pula bahawa antara yang halal dan yang haram itu ada perkara yang kesamaran ( امور متشتبهات ) yang tidak diketahui hukumnya oleh kebanyakan manusia tentang halal atau haramnya. Apa yang tidak dikategorikan sebagai halal atau haram kerana pertentangan dua dalil inilah yang dikatakan subahat.

3. Kawasan larangan : kemudian Rasulullah menghuraikan mengenai kawasan larangan iaitu sekeping tanah khas untuk orang atau golongan tertentu. Dalam huraiannya itu ditegaskan bahawa bagi tiap-tiap raja ada kawasan larangan, yang ditegah dimasuki oleh sesiapapun.

4. Kedudukan hati : Rasulullah menerangkan pada hadisnya ( ketahuilah di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah seluruh badan. Dan apabila ia rosak maka rosaklah seluruhnya. Ketahuilah! Itulah hati. ) hadis ini adalah keterangan yang nyata, menerangkan hakikat yang tepat,kejadian yang tak dapat dibantah iaitu hati atau jiwa adalah pembentuk hidup seseorang.


HADIRKAN RASA KEHAMBAAN

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.


Hari terakhir kem kami dibawa ke tepi pantai,berpijak di tanah pasir yang halus sahaja terasa ketenangan dan kebahagiaan dihati Subahanallah, tetapi sesuatu yang lebih bermakna ialah apabila mendengar satu soalan yang cukup memberi kesan dihati ini ‘tengok langit ni rasa diri besar ke kecil?tengok laut rasa diri besar ke kecil?’ walaupun soalan itu bukan ditujukan pada ana saat itu tetapi itulah soaalan yang bdihadirkan Allah diminda fasi kami untuk semua yang mendengarnya sehinggakan terasa betapa kecilnya diri saat itu hingga kini,rasanya itulah perkara yang ana lupakan sekian lama,diingati tapi tidak disedari dengan kehadiran hati. Astagfirullahalazim…

Jika tika berada di bumi Negeri di Bawah Bayu,berjalan dipantai sambil bermuhasabah boleh dilakukan selalu bahkan setiap hari,tetapi baru menyedari bahawa sejak berada di bumi Darul Makmur ini ke pantai hanya untuk berhibur semata-mata,lupa setiap inchi bumi Allah ini ada hikmah dan pengajarannya. Hanyut dengan keseronokan yang fana,sementara dan tiada nilaian di sisi Allah. Astagfirullahalazim...

Ayuh sahabat-sahabat,bersama-sama muhasabah diri kita

Lihat awan dan lihatlah pada laut yang terbentang. Hadirkan rasa kehambaan. Bandingkanlah ciptaan Allah itu dengan diri kita. Besarnya dunia, luasnya lautan betapa kecil dan kerdilnya kita. Lihatlah bukit bukau yang semakin terhakis disekeliling kita,diri kita tetap kerdil dan kecil,sedangkan guunung akan hancur jika diamanahkan dengan Al-Quran kenapa kita masih mensia-siakan anugerah Allah ini.

Lihatlah pada langit dan lihatlah pada sekeliling kita,perjalanan dari satu negeri ke satu negeri sahaja sudah mengambil masa berjam lamanya apatah lagi dari satu Negara ke satu Negara. Kecilnyalah kita tetapi kenapa dan mengapa masih tidak dapat menghadirkan rasa kehambaan,rasa kecil dan tidak bernilainya diri kita tanpa Islam. Ya Allah ya Malik yang menciptakan dunia dan segala isinya,hadirkanlah kesedaran yang mendalam di hati kami tentang hakikat penciptaan dunia milik Mu ini. Hadirkan kesedaran betapa setiap ciptaan Mu isi tidak ada yang sia-sia dan semuanya mengandungi makna agar kami menyedari betapa agungnya Diri Mu ya Khalik.

Wednesday, April 6, 2011

JOM KENALI AL-FATIHAH DENGAN LEBIH DEKAT

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.

AL-FATIHAH

1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan.

6. Tunjukilah Kami jalan Yang lurus.

7. Iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.



  • Diturunkan di Mekah
  • Mengandungi 7 Ayat.
  • Namanya:

a. al-Fatihah / Fatihatul Kitab (al-Quran dibuka dengan surah ini).

b. Ummul Kitab (mengandungi maksud asas al- Quran seperti pujian, uluhiyyah dan rububiyyah, doa, sejarah, tingkatan manusia yang kebahgiaan dan manusia yang celaka dan lain-lain)

c. al-Sab`ul al-Mathani (tujuh yang berulang-ulang dibaca dalam solat)

d. Menurut al-Qurtubi, nama lain bagi surah ini ialah al-Syifa (penawar), al-Wafiyah (yang lengkap), al-Kafiyah (yang mencukupi), al-Asas (pokok dasar), al- Hamd (pujian).


Kelebihan Surah;

a. Surah teragung dalam Al-Quran (HR al-Bukhari)

b. Surah yang tidak terdapat di dalam kitab-kitab selain al-Quran ( HR Ahmad ).

c. Surah yang tidak pernnah dianugerahkan kepada para rasul selain Nabi Muhammad SAW ( HR Muslim).

d. Doa akan dikabulkan oleh Allah apabila membacanya ( HR Muslim)







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...