IMPIAN

IMPIAN

Assalamualaikum

I LOVE ISLAM

Monday, January 24, 2011

Ikhtilat...Ikhwah...Akhawat

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.

Ana rasa terpanggil untuk menulis tentang ikhtilat tetapi kekangan masa membataskan penulisan dan waktu untuk mengisi blog kesayangan ini. Lalu ana pun search kat uncle google.. Sama-sama kita bermuhasabah...


Ikhtilat...Ikhwah...Akhawat
www.iLuvislam.com
oleh: Cik Hijau


Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari.

Tambahan kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, dan Friendster. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja.


Kadang kala perhubungan dimulakan atas dasar kerja tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Kononnya hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Seolah-olah kita mencari keredhaan manusia dalam kemurkaan Allah.

Apabila wujud golongan yang menegah dan menunjukkan kaedah muamalat yang selari dengan syariat Islam maka timbullah konsep SYADID. Sememangnya Islam itu mudah dan tidak membebankan tapi tidak bermakna kita layak untuk mempermudah-mudahkan syariat Islam.

Adakah salah seorang nisa' dan rijal menjaga maruah dan pergaulannya. Bercakap, berurusan, berjumpa dan berbincang atas keperluan? Adakah salah bagi seorang nisa' terutamanya menegaskan suaranya dan menjaga pandangan demi menjaga maruah dirinya.

Dalam Al-Quran ada menyebut: "Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31)

Apabila rijal dan nisa' berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: "Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga."

Ada yang menimbulkan alasan malas menyusahkan rakan untuk menemankan kita. Malas nak tunggu rakan. Malas itu malas ini. Besar sangatkah malas kita berbanding arahan Allah dalam Al-Quran? Tegarkah kita melawan syariatNya.

Syariat Islam turut menyarankan kepada kita untuk menundukkan pandangan. Bukan sahaja haram melihat aurat bukan muhrim malahan bahagian-bahagian bukan aurat turut dilarang. Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (berdosa)."

Kalau dah bergaul dan bercampur bebas masakan kita mampu menahan dan menjaga pandangan. Usah menegakkan benang yang sememangnya basah. Ana bukanlah nak menghukum tanpa memberikan jalan penyelesaian. Jom kita berkongsi tip-tip berurusan dengan bukan muhrim:

1.
Elakkan berhubungan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki latop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.

2.
Andai terpaksa berhubung dengan bukan muhrim gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik. Seolah –olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah.

Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran:
"Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik." Takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya?

3. Tundukkan hati. Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan.


4. Tundukan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.

5.
Mempercepatkan urusan. Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda.

Teringat satu mail yang ana dapat mengenai luahan rijal. Jom kita kongsi bersama. Insya Allah ada manfaatnya.


"Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini...Ya Rabb...tolong ampuni aku...untuk setiap pandangan yang tak terjaga, lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab... Ya Rabb...Engkau mengawasi kami tiap detik, karena kasih sayangMu kepada kami Engkau perintahkan malaikat silih berganti menemani kami siang dan malam..."

Semoga ia menjadi peringatan bagi kita. Semoga kita dapat mewujudkan biah solehah dalam keredhaanNya. Peringatan untuk diri yang lemah dan banyak kesilapan serta kekurangan dan sahabat-sahabat Islam yang dikasihi.

"Elakkanlah berhubung tanpa urusan yang benar2 penting dengan wanita2 (berlawanan jantina) kerana di situlah letaknya jalan SYAITAN".

Monday, January 17, 2011

RIJAL,KALAULAH KAMU TAHU

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.

RIJAL,KALAULAH KAMU TAHU

Rijal..kalaulah kamu tahu
Nisa itu akan menjadi ibu,akan setaraf ibu mu
Pasti kamu akan menghormatinya sentiasa
Seperti mana kamu mahu orang lain menghormati ibu mu


Rijal..kalaulah kamu tahu
Nisa itu akan menjadi seorang kakak
Pasti kamu akan menghormati pendapatnya
Seperti mana kamu mahu orang lain menghormati kakak mu


Rijal..kalaulah kamu tahu
Nisa itu akan menjadi seorang adik
Pasti kamu akan melindunginya dari anasir kejahatan
Seperti mana kamu tidak mahu adik mu diganggu orang

Rijal..kalaulah kamu tahu
Nisa itu akan menjadi seorang isteri
Pasti kamu akan menundukkan pandangan mu padanya
Seperti mana kamu tidak mahu orang lain memandang isteri mu

Rijal..kalaulah kamu tahu
Menjaga nisa bukan dengan memanjakan mereka
Menjaga nisa bukan dengan menghadiahkan kata-kata manis buat mereka
Menjaga nisa bukan dengan sentiasa memandang meraka
Menjaga nisa bukan dengan meluahkan rasa suka
Menjaga nisa bukan dengan menghadiahkan cinta dunia


Rijal..kalaulah kamu tahu
Menjaga nisa sebenarnya cukuplah dengan menundukkan pandangan dari mereka
Menjaga nisa sebenarnya cukuplah dengan menegur kesilapan mereka
Menjaga nisa yang sebenarnya cukuplah dengan mengingatkan mereka kepada Allah







PALINGKAN CINTA MU

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.

PALINGKAN CINTA MU


WAHAI ADIK KU

PALINGKANLAH CINTA MU DARI INSAN

PALINGKANLAH CINTA MU KEPADA YANG LEBIH LAYAK


WAHAI ADIK KU

PALINGKANLAH CINTA MU DARI DUNIA DAN ISINYA

PALINGKANLAH CINTA MU KEPADA YANG LEBIH BERHAK


WAHAI ADIK KU

PALINGKANLAH CINTA MU DARI HARTA

PALINGKANLAH CINTA MU KEPADA YANG LEBIH LAYAK


WAHAI ADIK KU

PALINGKANLAH CINTA MU DARI KESERONOKAN DUNIA

PALINGKANLAH CINTA MU KEPADA YANG LEBIH BERHAK


WAHAI ADIK-ADIK KU

PALINGKANLAH CINTA MU KEPADA TUHAN PENCIPTA SEMESTA ALAM

KERANA HANYA DIA YANG MAMPU SENTIASA MEMBERI KEPERLUAN MU

LINDUNGILAH CINTA MU DARI TIPUAN IBLIS DAN SYAITAN

KERANA HANYA ALLAH YANG LAYAK MENERIMA SELURUH CINTA MU


WAHAI ADIK-ADIK KU

PALINGKANLAH CINTA MU KEPADA TUHAN YANG MAHA PENYAYANG

KERANA HANYA DIA YANG MAMPU SENTIASA MEMBAHAGIAKAN HATI MU

LINDUNGI HATI MU DARI TIPUAN DUNIA DAN INSAN

KERANA HANYA ALLAH YANG BERHAK MENERIMA SELURUH CINTA MU





Thursday, January 13, 2011

MUNAJAT

بسم الله الرحمن الرحيم


MUNAJAT : RABBANI

Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Bisikkanku untukMu
Munajatku mohon restu
Semoga cintaku bukan palsu
Pada desiran penuh syahdu
Gelombang lautan rinduku

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan... kubisikkan kerinduan
Keinsafan... Pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Ujian kepahitan di dalam kehidupan
Padanya ada kamanisan
Ketenangan dan kebahagian
Bayangan syurga idaman

Munajatku dalam syahdu
Merindui maghfirahMu
MardhiaMu dalam restu
Harapan tulusnya hatiku

Kurindukan pimpunanMu
KeagunganMu dalam doaku
Kebesaran pada kudratMu
Ia membina rohaniku

Tuhan... kubisikkan kerinduan
keinsafan... pengharapan...
Tuhan...kusembahkan pengorbanan
Membuktikan kecintaan

Lirik Munajat - Rabbani @ Lirikami

Wednesday, January 12, 2011

Jangan di layan rasa cinta mu

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan,
keluarga dan para sahabat baginda.

Jangan di layan rasa cinta mu

Saudara ku
sudah ku ingatkan
jangan terlalu dilayan rasa suka pada wanita
kerana risau kelak hati mu akan merana
jika si dia bukan tercipta untuk mu

saudari ku
sudah ku ingatkan
jangan terlalu dilayan rasa sayang pada lelaki
kerana risau kelak hati mu akan terluka
jika si dia bukan pendamping mu

saudara ku
sudah ku ingatkan
jangan terlalu di layan rasa suka pada wanita
walau pada pandangan mu indah akhlaknya
kerana belum tentu dia akan menjadi sayap kiri mu

saudari ku
sudah ku ingatkan
jangan terlalu di layan rasa sayang pada lelaki
walau pada pandangan mu kuat imannya
kerana belum tentu dia akan menjadi pembimbing mu

saudara saudari ku
ingatlah selalu
andai kita melakukan yang terbaik
berusaha menjadi mukmin soleh
pasti sudah disediakan Allah yang terbaik buat kita
redhalah walau siapakah dia
kerana ketentuan Allah adalah yang terbaik buat hambaNya



karya percubaan :
Sharifah Nur Husna bt Syed Abd Salam
hayati dan renung-renungkan^_^

wallahualam



Monday, January 10, 2011

La sodiqata fil Islam.

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah masih dipanjangkan usia,
dipinjamkan nyawa diberi kesempatan
untuk terus mengejar redha Allah
untuk memohon keampunan Allah
untuk menegakkan Islam tercinta.

Sering kali kita terdengar 'haram bercouple (berpacaran),tapi jarang-jarang dikalangan kita yang tahu haram berkawan antara lelaki dan perempuan,antara nisa' dan rijal,antara muslimin dan muslimat.

Pada awalnya ana tulis sebagai la sodaqata fil Islam tapi maknanya tiada sedekah dalam Islam
(ana mengaku ana sangat dhaif dalam bahasa Arab)
La sodiqata fil Islam bermaksud tiada persahabatan(antara lelaki dan perempuan) dalam Islam.
Besarnya impak hanya satu haruf atau baris berubah. Rupanya sebab itulah wajib mempelajari dan memperbaiki tajwid.
*syukran kepada orang yang memperbetulkannya untuk ana. Syukran jazilan. Thanks a lot.

Mengikut mazhab Syafie,
hukum asal sesuatu perkara adalah harus sehingga ada yang mengharamkannya.

Hukum asal pergaulan antara lelaki dan perempuan adalah diharamkan kerana adanya dalil,dalil pengharaman adalah jelas.
Sesuatu yang pada asalnya haram akan kekal haram sehingga ada yang mengharuskan.

Pergaulan akan menjadi harus dengan perkahwinan atau sesi pembelajaran.
Namun sesi pembelajaran itu bukan alasan untuk bergaul secara bebas antara lelaki dengan perempuan atau antara muslimin dengan muslimat.
Kerana dari alasan itu masih boleh menyebabkan zina berlaku. Jika zina terang-terangan tidak berlaku sekalipun,zina anggota masih boleh berlaku,atau zina hati sendiri masih tidak mungkin dapat dielakkan secara 100%.

ولاتقربوا الزنا
"Dan janganlah kamu mendekati zina"

وفي الصحيحين عن ابن مسعود رضي الله عنه قال: سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم أي الذنب أعظم عند الله؟ قال: ((أن تجعل لله نداً وهو خلقك ،قلت: إن ذلك لعظيم. قلت: ثم أي؟ قال: أن تقتل ولدك مخافة أن يطعم معك. قلت: ثم أي؟ قال: أن تزاني حليلة جارك)). فليس بعد الكفر بالله و بعد قتل النفس أعظم من الزنا في الذنب عند الله،فيا أيها المسلمون إتقوا الله في السر والعلن واذكروا أنكم ميتون وعلى ربكم ستعرضون ولا يغرنكم حال من حولكم من الناس من ألفوا هذا الذنب العظيم وهونوه على أنفسهم بألفاظ خفيفة كالصداقة والمعاشرة والصحبة والتعارف وغير ذلك.

Sedangkan mendekati zina sahaja sudah jelas-jelas haram,apatah lagi melakukan zina. Zina adalah antara kategori dosa terbesar.

Ada yang beranggapan bahawa sekiranya tiada istilah persahabatan antara lelaki dan perempuan, bagaimanakah mereka mahu mencari pasangan suami atau isteri.
Janganlah bimbang akan jodoh mu. Kerana jodoh dan rezeki sudah ditentukan sejak sebelum lahir dan sudah tertulis di loh mahfuz.

الخبيثت للخبيثين والبيثون للخبيثت والطيبات للطيبين والطيبون للطيبت
النور :26
"wanita-wanita yang keji itu untuk lelaki-lelaki yang keji,dan lelaki-lelaki yang keji itu untuk wanita-wanita yang keji(pula),dan wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk wanita-wanita yang baik(pula)." an Nur : 26

Sesungguhnya pasangan mu sudah disediakan Allah dan terpulang kepada mu sama ada mahu dia mempunyai perilaku yang baik atau tidak iaitu dengan membentuk diri mu sendiri. Banyakkanlah berbuat baik,banyakkan berdoa kemudian bertawaqallah. Sekiranya perilaku mu sudah indah dan baik,bersabarlah kerana si dia mungkin sedang membina sahsiah yang lebih baik untuk menjadi pasangan ideal bagi mu. Bukanlah engkau tidak mempunyai jodoh,hanya belum tiba waktunya. Yakinlah si dia sedang berusaha membina peribadi mulia sebagaimana diri mu berusaha memperbaiki akhlak serta membina kekuatan iman dan jiwa. Agar kelak badai apa pun yang melanda mampu kalian lalui bersama dengan tabah,sabar dan redha serta penuh syukur kepada Allah.

wallahualam.

Muhasabah : PAGI PAHALA , PETANG DOSA

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan nama ALLAH SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi ALLAH SWT
Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w,keluarga dan para sahabat..

Muhasabah? apakah erti muhasabah? muhasabah satu proses menghitung dan mengimbas siapakah kita,apakah yang telah kita lakukan,bertepatankah atau bertentangan dengan keperluan dan tanggungjawab diri...

sekarang jom kita imbas kembali apa yang kita dah buat sepanjang hari ini,imbas juga sepanjang minggu ini,dan jangan lupa imbas kembali setahun ini serta tahun-tahun yang lalu...
Berapa banyak kebaikan yang kita dah buat? seimbangkah dengan kesilapan kita jika ditimbang? rata-rata manusia hari ini semuanya lebih banyak melakukan kesilapan dari kebaikan. Macam mana dengan timbangan kiri kanan kita? sure ka kanan lagi berat? atau kiri jauh lebih berat...
Jika kiri jauh lebih berat maknanya kita tak tahu siapak kita, kita lupa dan alpa tentang Maha Pencipta kita,ayat mudahnya "tak sedar diri betul"...

apa kena mengena dengan pagi pahala,petang dosa? itu adalah perbuatan kita,insan-insan tak sedar diri,pagi muhasabah(pahala),tengahari buat baik(pahala),petang lupa Allah(dosa),malam bergelumang dosa. Pagi menghitung diri,tenga hari berkhidmat untuk diri,keluarga,dan masyarakat,petang bergembira sampai lupa pada Allah...
Tidur dalam keadaan penuh dosa tapi masih tak takut dan tak sedar diri,macam mana kalau tidur yang mati sekejap itu menjadi mati yang kekal?adakah kita dah bersedia menghadap seksaan kubur?perbalasan akhirat yang jauh lebih berat dari seksaan di dunia... yang lebih teruk macam mana kita nak berhadapan dengan Allah,Tuhan yang menciptakan kita?



NILAIAN NYAWA


بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah,segala puji bagi Allah yang sentiasa menyayangi dan memberi rahmat kepada hamba-hambaNya walaupun kebanyakan hambaNya dikalangan yang sangat sedikit bersyukur atau ada juga yang langsung tidak bersyukur.
Selawat serta salam atas Rasul junjungan yang mulia,para sahabat dan keluarga baginda.


Pada petang Sabtu yang damai dan disirami hujan renyai-renyai,kami bertiga sebilik masih sempat keluar ke bandar atas urusan tidak rasmi untuk membeli sedikit keperluan. Kami bersiap selepas solat Asar,jadi memang agak kepetangan tambahan hari hujan membuatkan suasana gelap sudah mula mengisi alam. Dari Kompleks Teruntum ke Kuantan Parade(K.P) kemudian ke Pusat IT dibelakang Mega Mall,berjalan kaki menggantikan senaman joging petang.


Kami terpaksa pulang selepas solat maghrib di surau berdekatan K.P. takut kalau balik terus tak sempat solat maghrib.

Tengah tunggu teksi,dah gelap-gelap seawal malam menjelma kami tak sanggup tunggu cukupkan empat orang sebab ada mata-mata nakal yang tidak berhenti pandang jadi kami pun balik seteksi bertiga,bayar lebih sikit bolehlah yang penting keselamatan.

Apa yang baiknya hari ni dapat satu pengajaran dari seorang pak cik teksi,pemandu teksi yang kami naiki. Tengah-tengah memandu,tengah-tengah jalan dia berhenti kutip seekor kucing,sempat kena horn pula dengan sebuah kereta yang dipandu agak laju. Kesian katanya,dah dua kali lalu masih duduk tempat yang sama,tepi pembahagi jalan and memang bahaya untuk keselamatan kucing tersebut. Sahabat seorang ni pula takut kucing,pak cik tu cakap,dia ni sama je dengan nilai nyawa kita,dia adalah makhluk bernyawa dan kita pun makhluk bernyawa. Pengajarannya, hargailah makhluk Allah yang lain selain diri kita sendiri termasuklah manusia,haiwan,tumbuhan. Janganlah menganiayai orang lain,binatang atau tumbuhan sebab kita sendiri tak suka dianiayai oleh orang lain.

wallahualam...

Saturday, January 8, 2011

MENGEMIS KASIH

Mengemis kasih

Album : Gema Alam
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan dosa ku menggunung tinggiTapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku
Allah...Allah...

Friday, January 7, 2011

SABAH MEDAN MUJAHADAH MENUJU REDHA ALLAH

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam buat Rasul jujungan,para sahabat dan keluarga baginda..Assalamualaikum semua..semoga sihat walafit belaka...
Sekadar satu perkongsian...

Terasa kerinduan yang menggunung terhadap bumi kelahiran dan tempat ana membesar dan belajar mengenali ilmu,iman,alam dan PenciptaNya yang Maha Agung...
Sejak belajar di Semenanjung Malaysia,hanya setahun sekali dapat melangkah kaki pulang ke kota kelahiran kesayangan...
Teringat azam sebelum menjejakkan kaki ke luar negeri 3 tahun dahulu,dan janji pada diri sendiri bahawa akan membawa pulang ilmu tentang Islam yang melahirkan rasa bahagia di hati setelah didalami dan diamalkan... Sayang pada saudara seagama di Sabah membuatkan diri ingin mereka sama merasa bahagianya hidup sebagai muslim yang bukan hanya Islam pada nama...

Terkenang zaman jahiliah diri sendiri suatu ketika dahulu,semoga dosa-dosa itu diampunkan Allah yang Maha Pengampun dengan rahmatNya yang melangit luas...
Tidak ingin saudara-saudara seIslam yang disayangi terus menjalani dunia kejahilan itu disana,membuatkan rasa ingin pulang secepat mungkin walaupun ilmu sendiri masih terlalu sedikit daripada ilmu agama yang sebenar...
benarlah kata "semakin kita belajar semakin banyak perkara yang kita tidak tahu"
terasa betapa jahilnya diri sewaktu mula-mula melangkah ke wadah ilmu kolej Islam ini... Ilmu yang bertambah dan bertambah dari hari pertama menjejakkan kaki ke kuliah masih terlalu sedikit ibarat hanya setitik dari setitis air dihujung jarum berbanding air lautan yang terbentang luas...

Teringat kawan-kawan satu sekolah yang lebih suka melawan ustaz dari mengamalkan ajaran Islam yang disampaikan,sungguh itulah realiti dunia persekolahan kami...terima kasih Allah kerana menghantarkan kami seorang ustaz yang bersungguh-sungguh menyampaikan ilmu agama tidak mengajar mengikut buku teks semata-mata... Terima kasih ustaz Asyraf Che Soh kerana berusaha dan bersusah payah menyedarkan kami... semoga ustaz dan keluarga sentiasa dibawah naungan Allah...

Teringat pula teman-teman jiran di Kampung Likas,teman ke kelas mengaji,teman bermain bermacam-macam permainan hatta tanah pun dikorek mambentuk istana dan rumah kerana tinggal ditepi pantai,malah berenang(xpandai pun)menjadi hiburan bulanan setiap kali pertengahan bulan hijriah(air pasang katakan)... teman-teman sepermainan yang agak selamba berenang dengan lelaki bukan mahram bermain di mata,betapa jahilnya kami dahulu... Semoga Allah memberi ana kekuatan untuk menegur setiap kebatilan yang berleluasa disana bila pulang nanti walaupun suasana sudah berbeza kerana perpindahan ke rumah taman di Taman Telipok Ria ...

Lebih parah lagi,isu murtad dikalangan orang-orang yang memeluk Islam tetapi kemudian tidak mendalami agama sebenarnya bukan hanya berlaku di pedalaman kerana disekolah kami sendiri ada beberapa orang yang ibunya berkahwin dengan lelaki Islam tetapi apabila berlaku perceraian si ibu kembali kepada agamanya dahulu malah membawa bersama anak-anaknya menjadi orang-orang yang murtad... Dahsyatnya dunia Islam kami di Sabah sehingga bila ada saudara seIslam dari semenanjung datang ke Sabah akan berkata 'sini ramai bukan Islam je ea?'.. no!jumlah umat Islam Sabah ramai tapi yang mengamalkan cuma sedikit,itu barulah betul...

Sahabat-sahabat,bagi kita yang punyai kesedaran ni,janganlah sia-siakan ilmu itu dan amal-amalkanlah kerana takut-takut nanti bila ditanya apa yang telah kita lakukan di dunia kita tidak mampu memberi jawapan yang baik,malah mungkin akan ditarik ke jurang neraka atas sebab tidak berkongsi ilmu agama yang telah kita pelajari bersama saudara-saudara seagama kita...
sekurang-kurangnya dengan beramal kita sudah melakukan dakwah bilhal...

Sedangkan amalan sunat dituntut kita lakukan janganlah langsung yang wajib pula kita tinggalkan, tinggalkan dan jauhilah yang haram sedangkan yang makhruh lagi dituntut jauhi apatah lagi yang haram...
sama-samalh kita beramal dengan ilmu agama supaya rasa bahagia di hati sentiasa menjadi milik kita,bersyukurlah selalu... sabda Rassulullah 'sampaikanlah walau satu ayat'...

Sabah...nantikan kepulangan ana.. ^~^
mak yang tabah dan sabar,teruskan tabah dan sabar...
abang Alsam and kak Asmah yang banyak berkorban untuk adik-adik,teruskan pengorbanan kalian,semoga pengorbanan itu tidak sia-sia...
adik Aslam,adik Ipong(Hasim), andadik Budin yang semakin membesar menjadi muslim soleh teruskanlah berusaha mengejar ilmu agama dan mengamalkannya...
adik Hasana yang semakin hari semakin membesar menjadi gadis bijak and petah berbicara,semoga tiap kata-kata mu berguna untuk usaha menegakkan agama suatu hari nanti...



rindu masjid bandaraya
...masjid tempat adik-adik diasuh supaya tidak tinggal solat Jumaat...
di Likas Sabah tidak kelihatan pelik jika seorang muslimah ke masjid untuk solat Jumaat...
Sampai ke semenanjung ana terkejut bila ditanya oleh seorang teman 'boleh ke solat Jumaat?'(bagi perempuan)... maknanya ilmu agama Islam tak pernah sampai sepenuhnya kepada seorang individu selepas Rasulullah...ilmu Islam ni terlalu luas dan banyak,terlalu banyak hatta dibahagi mengikut kategori pun masih banyak dan tidak dapat dikuasai sepenuhnya...

wallahualam

Thursday, January 6, 2011

KEPENTINGAN PROSEDUR KAUNSELING

Kepentingan Prosedur Kaunseling

Antara kepentingan proses atau prosedur kaunseling ialah :

¡ Membuat perancangan

Seseorang kaunselor perlu membuat perancangan agar proses kaunseling berjalan lancar tanpa sebarang gangguan atau masalah yang timbul

¡ Menjaga kepentingan klien

Kepentingan klien seperti menjaga reputasi atau nama baik klien adalah sangat penting. Disebabkan itulah antara proses awal dalam prosedur kaunseling adalah temu bual secara individu dahulu.

¡ Mengelakkan masalah yang lebih besar berlaku

Langkah berhati-hati dalam prosedur kaunseling menyebabkan masalah yang lebih besar dapat dielakkan contohnya mengelakkan klien mengalami tekanan yang lebih teruk seperti hypertension.

¡ Memastikan kejayaan proses kaunseling

Prosedur kaunseling perlu kerana kejayaan proses sesuatu kaunseling dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan perkongsian masalah antara ahli kumpulan dan menyebabkan hubungan sesama mereka menjadi lebih baik seterusnya mampu melahirkan rasa gembira di hati ahli kumpulan dan mengurangkan rasa tertekan antara mereka.

TAHUN BARU IMAN BARU

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Selawat dan salam buat Rasul jujungan,para sahabat dan keluarga baginda..
Ada apa pada tahun baru? kenapa perlu iman yang baru?
Iman baru yang dimaksudkan bukanlah menukar kepercayaan yang sedia ada dengan kepercayaan baru. Iman baru yang dimaksudkan ialah memperbaharui tahap iman diri kita yang kita sedia maklum tahap iman itu pandai turun dan naik. Berusaha supaya tahap iman diri sendiri sentiasa naik atau kekal di tahap yang baik dan tidak turun atau lebih teruk lagi hilang tahap iman (nauzubillah).

seperti yang diingatkan ustaz dalam ceramah tadi
TAJUK : TAHUN BARU, TREND BARU ATAU IMAN BARU
TEMPAT : MINI HALL KIPSAS
TIME/DATE : 9 PM/5JANUARY2011

Iman bukan sekadar kata-kata di lidah sahaja. tapi
qaul bil lisan,wal amalu bil alqan,wa yan qusu bil ihsan.
Iman itu percaya yang disertai amal. Iman ada rukun dan ada juga perkara yang membatalkan.

Yakin bahawa Allah sentiasa memerhatikan dan menjaga kita.
"sesungguhnya ke atas kamu ada yang menjaga"

seorang yang beriman bila disebut nama Allah maka gementarlah hatinya. seseorang yang beriman tidak takut kepada sesiapa pun melainkan kepada Allah,yakin tidak akan berlaku sesuatu pun melainkan dengan izin Allah.

jika Saidina Umar khalifah agung dalam sirah Islam masih menangis takut mati dalam keadaan tidak beriman,siapakah kita yang mempunyai tahap iman lebih nipis dari kulit bawang... tidakkah kita patut lebih takut lagi daripada sahabat-sahabat Rasulullah kerana mereka telah dijamin syurga sedangkan kita masih tidak tahu apakah nasib kita kelak...

Oleh itu mari perbaharui iman kita dengan melakukan perkara yang meningkatkan tahap iman kita. Apakah perkara yang meningkatkan iman?
Dampingi ulama kerana ulama adalah rantai Islam.

"jadikanlah diri mu orang alim(berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mandengar pengajaran atau orang yang mencintai ( tiga golongan tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golonganyang ke lima,yang dengannya engkau akan binasa."
_Hadith Riwayat Al Bazzar_

orang yang kuat ialah orang yang sentiasa mengingati Allah. jangan sia-siakan umur terus berlalu tanpa iman,amal dan ihsan.

wallahualam

Monday, January 3, 2011

Definisi Kaunseling Islam


Takhrif Kaunseling Islam
Menurut Kamal Abdul Manaf (1995), kaunseling Islam ialah satu proses pengajaran dan pembelajaran psikososial yang berlaku dalam bentuk bersemuka (face to face) antara seorang yang pakar dalam psikologi kaunseling(kaunselor) dan seorang lain yang ditujukan kaunselinh itu (klien).

Menurut Abdul Halim Othman (1996),kaunseling Islam ialah satu usaha menyedarkan masyarakat Islam terhadap satu bentuk pertolongan,bantuan atau nasihat yang digalakkan oleh Islam.

Hushim Salleh dan Ishamudin Ismail (2005) pula berpendapat kaunseling dari perspektif Islam ialah satu proses menolong individu untuk memahami dirinya agar mampu mengendalikan hidupnya ke arah kebenaran (al-Haq) dengan berkesan untuk masa akan dating (dunia dan akhirat).

Kaunseling dari perspektif Islam boleh dilihat sebagai disiplin ilmu yang bersifat multidisiplin kerana integrasi disiplin ilmu psikologi,kaunseling,tasawuf,ilmu tafsir (rujukan kepada wahyu ilahi dan hadis nabi)dan usul fiqh(prosedur akal untuk memahami wahyu).

Kaunseling Islam boleh didefinisikan sebagai satu proses dan aplikasi elemen psikologi dan kaunseling berdasarkan citra manusia menurut Islam,yang menyelidik keunikan,pola tingkahlaku,pemikiran dan pencapaian tingkatan kerohanian manusia bersumberkan pengalaman hablun minallah,hablun minan nas dan hablun minal kauniyah dengan tujuan untuk meningkatkan potensi fitrah manusia bagi mencapai kesempurnaan hakiki (insan kamil), meningkatkan kesihatan mental dan kualiti beragama.

Rujukan : Rizal Abu Bakar. Kaunseling Daripada Perspektif Islam. Hlmn 16.

Sunday, January 2, 2011

Azam Baru Sebulan Lalu


Dengan nama ALLAH SWT yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi ALLAH SWT

Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w,keluarga dan para sahabat..

Semoga sahabat-sahabat sekalian dalam keadaan sihat walafiat hendakNya... Sekadar satu pendapat peribadi,
Tahun baru Islam kenapa diabaikan?
Tahun baru masihi kenapa diagung-agungkan?

MARI BERFIKIR SEJENAK


Sebagai seorang muslim,seorang insan yang bergelar Islam,kita sepatutnya lebih bangga menggunakan kalendar Hijriah bukan miladiah..
Tetapi apa yang berlaku hari ini? kita lebih tahu tarikh masihi berbanding tarikh hijriah. Malah ada yang tidak tahu pun nama bulan-bulan dalam Islam sedangkan bulan-bulan dalam kalendar masihi sejak tadika sudah di ajar dan hafal.

TAPI BUKAN ITU ISU ANA.. ^_^

ISUNYA APA AZAM KITA SEMPENA TAHUN BARU INI?

AYUH PERBAHARUI
TRANSFORMASI DIRI
TINGKATKAN PRESTASI

PERBAIKI AKHLAK


KUATKAN PEGANGAN
ILMU AQIDAH DALAM GENGGAMAN

TINGKAT TAHAP IMAN
PERBANYAKKAN AMALAN
DEKATKAN DIRI PADA TUHAN

DAN JANGAN BERAZAM
HANGAT2 TAHI AYAM
HANYA AWAL2 BERSEMANGAT
HARI KEMUDIAN DILUPAKAN

SEMOGA KITA DIJAUHKAN DARI MENJADI GOLONGAN SEPERTI INI..AMIN





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...