IMPIAN

IMPIAN

Assalamualaikum

I LOVE ISLAM

Friday, November 12, 2010

CINTA WALI

CINTA WALI



JIKA AKU TIDAK TERPIKAT KEPADA MU DAN HATI KU TIDAK MENCINTAI MU.

MAKA KEPADA SIAPAKAH SELAIN MU YANG PATUT AKU PIKAT DAN MENCINTAINYA?

( Madah Wali ALLAH Rabiah al Aadawiyah)


Dikisahkan seorang wali wanita bernama Rabiah al-Adawiyah, sedang berjalan di tengah jalan. Tiba-tiba dia terlihat seorang lelaki yang amat senang lisannya menyebut-nyebut mengenai syurga dan kenikmatannya serta apa yang dijanjikan Allah SWT kepada penghuni-penghuni syurga.

Rabiah al Adawiyah melihat dan mendengar sahaja apa yang dikatakan oleh lelaki itu. Mungkin dia menyangka Rabiah al Adawiyah terharu mendengarnya.

"wahai manusia!" Lelaki itu dikejutkan oleh Rabiah al Adawiyah dengan spontan.

"sampai bila engkau akan terpengaruh dengan hal-hal yang bila-bila masa boleh berubah,dan engkau lalai kepada Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Besar?

Buatlah sesuatu selagi engkau masih berada di dalam dunia ini sebelum engkau berkata lebih banyak mengenai syurga yang dijanjikankan kemudian hari itu."

(Maksudnya,apa yang sedang engkau lakukan di dunia ini lebih penting bagi dirimu daripada engkau melaung-laungkan mengenai syuga dan kenikmatan yang dijanjikan Tuhan kelak.Apakah engkau yakin engkau akan mendudukuinya kelak?)

mendengar saggahan Rabiah al-Adawiyah itu, lelaki itu menjadi marah .Dia lalu membentak ,"pergilah engkau dari sini,wahai wanita gila.!

"aku bukan orang gila kerana orang gila orang yang tidak mempunyai akal untuk memahami apa yang aku katakan itu,"

jawab Rabiah al-Adawiyah.

Rabiah al-Adwiyah lalu meninggalkan tempat orang itu sambil berkata ,"Oh sungguh kasihan kepada orang tergila-gilakan syurga itu! Ia sekadar omongan kosong semata-mata .Seandainya dia tidak menjadikan tuhan sebagai tempat bermesra dan berlindung .Mengapa dia tidak melihat kepada Nabi adam AS ketika berda didalam syurga bersenang-senang ,tetapi apabila baginda ditipu iblis supaya memakan memakan dari pohon terlarang ,baginda turut termakan .Apakah kesudahannya?

Baginda terhalau dari Syurga dan menduduki dunia ini yang menjadi tempat tahanan baginya.

Mengapa dia tidak melihat Nabi Ibrahim AS .Apabila baginda memelihara rahsia Tuhannya ,Baginda lalu didekatkan Allah SWT kepada zat-Nya dan dipilih-Nya menjadi 'al-Khalil' kepada Allah SWT.Apabila Nabi Ibrahim AS dilemparkan ke dalam api oleh Namrud, Allah SWT memerintahkan api itu menjadi dingin dan lega bagi Nabi Ibrahim AS ."

Rabiah al-Adawiyah lalu bermadah,

Engkau kelapanganku dan kesenanganku apabila engkau berada disisiku

Apa aku merasa Engkau tiada ,maka dunia ini seolah-olah tempat tahanan bagiku

Jika aku tidak terpikat kepada-Mu dan hatiku tidak mencintai-Mu

Maka kepada siapa selain -Mu yang patut aku pikat dan mencintainya?.....

Thursday, November 11, 2010

KEMPEN : JOM JADI TAKUT

Pelik bunyinya tapi inilah realiti... Biasanya kita akan mendengar "jom jadi berani" tapi itu program motivasi...ana ingin mengajak sahabat2 sekalian agar,



JOM JADI TAKUT KEPADA ALLAH
KERANA TANPA TAKUT KEPADA ALLAH SIAPALAH KITA

Jika sahabat yang sudah dijanjikan syurga oleh Allah menangis di malam hari apabila terkenangkan perbuatannya semasa jahil sedangkan dosa itu telah diampunkan, siapalah kita sekadar hamba hina di akhir zaman yang banyak melakukan dosa malah secara sengaja dan disedari. Astagfirullahal azim, ampunilah dosa kami ya Allah ya Rahman ya Rahim...

Rasulullah yang maksum menangis kerana Allah,siapalah kita yang lemah dan hina di sisi Allah jika kita tidak mampu menangis kerana dosa2 semalam..

pada satu malam abu Hurairah terjaga dari tidur dan tiba2 menangis sehingga satu rumah terkejut dan pergi melihatnya lalu bertanya kenapa dia menangis,
"aku teringat satu dosa ku lalu aku menangis"
siapalah kita yang melakukan dosa sehingga tidak terkira..

ya Allah yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
ampunilah kami
ampunilah dosa kedua ibu bapa kami
ampunilah dosa guru2 kami
ampunilah dosa para muslimin dan muslimat dan para mukminin dan mukminat sama ada yang masih hidup atau sudah kembali kepada MU..
Perkenankanlah doa kami.. amin

Monday, November 8, 2010

Kata-Kata Inspirasi Selepas Mengalami Sesuatu Kegagalan


Kata-Kata Inspirasi Selepas Mengalami Sesuatu Kegagalan



  • Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.

  • Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.

  • Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.

  • Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.

  • Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda.

  • Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain.

  • Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.

  • Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.

  • Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira.Kegagalan itu sendiri tidak dikira.

  • Anda tidak gagal.Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.

  • Kesilapan adalah realiti kehidupan.yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu.

  • Jika anda inginkan sebuah tempat di matahari,bersedialah untuk terbakar.

  • Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA? Anda seharusnya bersyukur kerana ANDA telah dipilih.

  • Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai.

  • Sekiranya anda mahu mengambil seorang pekerja,pastikan dia pernah gagal sebelumnya.

  • Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh-sungguh.Kegagagalan itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.

  • Sekiranya kita bersaing dengan diri kita sendiri dan kita mengalami kegagalan, siapakah yang menang?Fikirkanlah!.

  • "Lulus" dan "Gagal" adalah cara lama mengkategorikan seseeorang.Cara baru ialah "pengetahuan" dan"Kejahilan".

  • Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.

  • Mungkin tiada kegagalan bagi orang yang terus berjuang.

  • Ramai orang mencari tempat yang selamat,tetapi akhirnya tersangkut!

  • Impian yang tidak terlaksana adalah impian yang terpenjara oleh musuh nombor satu-iaitu takut GAGAL!!

  • Tiada siapa yang berha mengecap anda sebagai orang yang gagal,kecuali diri anda sendiri.

  • Sekiranya anda menemui sebuah laluan tanpa halangan, ia mungkin tidak membawa anda ke mana-mana.

  • Kesialpan-kesilapan memberitahu kita tentang apa yang perlu kita pelajari.

  • Apabila anda telah sampai ke penghujung tali......dan tiada lagi simpulan untuk bergantung......lompatlah ke tali yang lain.

  • Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya!!.

  • Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu, sebenarnya telah tewas!!.

  • Kita tidak mungkin dapat mempelajari sesuatu perkara kecuali kita bersedia untuk gagal terlebih dahulu.

  • Cara yang terbaik untuk belajar untuk menjadi pemenang ialah belajar daripada orang-orang yang pernah kalah atau tewas dalam sesuatu pertandingan,perbuatan atau sebagainya.

  • Kegagalan dalam hidup adalah menjadi seorang yang tidak belajar daripada kegagalannya itu.

  • Sekali gagal, tidak bermakna anda telah tewas,.....anda hanya tewas apabila anda telah berputus-asa.

  • Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA DENGAN HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu.

  • Kesilapan adalah sebahagian daripada hutang yang perlu dilangsaikan sepanjang hayat.

  • Hadiah paling berharga hanya diberikan kepada orang yang menemui kegagalan tetapi dia tidak pernah berundur atau merungut atau berputus-asa.

  • Setiap orang mempunyai keazaman yang kukuh untuk mencapai matlamat sehingga mampu mengenepikan kegagalan dalam usaha tersebut.

  • Orang yang kalah membayangkan hukuman bagi kegagalan.Orang yang menang membayangkan ganjaran bagi setiap kejayaan.

  • Terseradung bukannya terjatuh.

  • Sekiranya anak-anak diasuh untuk takut mencuba sesuatu yang baru kerana takutkan kegagalan,mereka tidak akan menjadi orang berani kelak.

  • Dalam percubaan-percubaan yang hebat, adalah dianggap cemerlang meskipun gagal.

  • Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.

  • Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.

  • Kita memerlukan kegelapan untuk melihat bintang.

  • Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.

  • Salah satu kesilapan besar yang boleh kita lakukan dalam hidup ini adalah sentiasa takut untuk melakukan kesilapan.

  • Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kumci.

  • Sekiranya anda mengalami kegagalan lebih awal,kegagalan berikutnya kurang terasa pedih.

  • Kesilapan demi kesilapan membawa seseoarang menemui kebenaran hakiki.

  • Perkara paling penting apabila berhadapan dengan keadaan yang kurang menyenangkan adalah dengan memberikan perhatian terhadap apa yang perlu dibuat selepas ini,bukannya mencari-cari-apa silapnya.

  • Kesulitan menyerlahkan sifat sebenar manusia.

  • Pada pendangan saya,sekiranya anda mahukan pelangi, kenalah hujan dahulu.

  • Saya boleh menerima kegagalan kerana setiap orang gagal dalam sesetengah perkara.tetapi saya tidak boleh menerima orang yang tidak berani mencuba.

  • Anda bukannya gagal.Anda hanya tidak tahu beberapa perkara lagi.

  • Satu kesalahan tidak akan menjadi kesilapan sehinggalah anda membetulkannya.

  • Kegagalan tidak menjadikan anda seorang yang gagal sekiranya anda tidak berputus-asa untuk mencuba lagi.

  • Saya tidak membahagikan dunia kepada yang lemah dan gagah,atau yang berjaya dan gagal,juga bukan di antara yang boleh melakukan sesuatu atau sebaliknya.Saya membahagikan dunia kepada mereka yang belajar dan tidak belajar.

  • Perasaan takut untuk melakukan kesilapan menghalang seseorang daripada mengesani potensi diri atau merasakan kehebatan dalam diri sendiri.

  • Setiap kegagalan adalah suatu pengajaran yang mendorong seseorang untuk mencuba pendekatan baru yang tidak pernah dicuba sebelum ini.

  • Jangan katakan kegagalan itu kesilapan.Katakan kegagalan itu adalah pengajaran.

  • Anda tidak akan mengetahu tentang diri sendiri menerusi kejayaan.Anda mengetahuinya menerusi kegagalan dan kesilapan.

  • Janganlah takut untuk mengakui kesilapan.Ia samalah seperti mengatakan bahawa anda lebih bijak pada hari ini berbanding dengan semalam.

  • Kegagalan bukan bermakna anda seorang yang bodoh mencuba.Ia bermakna anda mempunyai keberanian untuk melihat apa yang tidak boleh dilakukan.

PERINGATAN!!!


INI ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KATA-KATA PEMBANGKIT SEMANGAT SAHAJA DAN BUKANNYA FALSAFAH ATAU HADIS ATAU AYAT AL-QURAN.ANDA DINASIHATKAN SUPAYA MEMBACA KATA-KATA INI SEBAGAI PENGETAHUAN SAHAJA.ASASNYA,APA-APAPUN PEKERJAAN YANG ANDA LAKUKAN HENDAKLAH DILAKUKAN BERSUNGGUH-SUNGGUH DAN TIDAK BERPUTUS-ASA DAN BERSERAH KEPADA ALLAH S.W.T APABILA ANDA TELAH BERUSAHA.INSYA-ALLAH ANDA AKAN BERJAYA!!.


selamat membaca!!

Sumber: http://insani.tripod.com/inspirasi.htm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...