IMPIAN

IMPIAN

Assalamualaikum

I LOVE ISLAM

Saturday, February 27, 2010

KaDaNgKaLa HiDuP tErHiMpIt

Kadang kala hidup di dunia ini kita rasa terhimpit dengan pelbagai masalah yang menyesakkan dada
tapi
ingatlah bahawa kita perlu sentiasa bersyukur dan mengucapkan "Alhamdulillah"

adakalanya kita perlu MENANGIS agar kita tahu hidup ini bukan sekadar untuk KETAWA
&
adakalanya kita perlu KETAWA agar kita tahu mahalnya nilai AIRMATA,

Bersyukur kepada ALLAH dan berterima kasih kepada orang yang menyakitimu kerana menyebabkan kamu menjadi tabah,
Bersyukur kepada ALLAH dan berterima kasih kepada orang yang tidak mengendahkanmu kerana menyebabkan kamu lebih berdikari,
Bersyukur kepada ALLAH dan dan berterima kasih kepada orang yang menjatuhkanmu kerana menyebabkan kamu menjadi seorang yang hebat,
Bersyukur kepada ALLAH dan berterima kasih kepada orang yang menyeksamu kerana menyebabkan kamu menjadi seorang penyabar...

selamat beramal
wallahualam

Friday, February 26, 2010

Maulidur Rasul

Assalamualaikun

semoga sahabat2 semua dapat memanfaatkan cuti sempena maulidurrasul ini dengan sentiasa berselawat ke atas junjungan mulia Rasulullah saw...
wallahualam

Tuesday, February 23, 2010

soal jodoh kuasa ALLAH

SOAL JODOH KUASA ALLAH TAK PERLU SUSAH2

Assalamualaikum…

Syukur ke hadrat Allah dapat kita bertemu lagi untuk berkongsi secebis ilmu di kurniakan Ilahi walau hanya di dunia maya tetapi manfaatnya insyaAllah untuk menuju hidup yang indah di akhirat sana.

Ana mulakan dengan mengingatkan ayat seoarang sahabat ana tentang kahwin. Ana berpegang kepada jodoh sudah ditentukan oleh itu ana tidak pernah terfikir untuk mencari calon apatah lagi untuk itu ana terpaksa berkawan dengan lelaki. (bukan ana menolak untuk berkawan tapi hukum asal pergaulan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah haram, hanya beberapa sebab yang mengharuskan dan hanya perkahwinan yang menghalalkan)

Kalau menegur kesilapan,mungkin ana akan lakukan dengan sudi dan rela hati jika keadaan mengizinkan.

Malam sebelum ke program Talk Show Nisa’ ana berborak dengan sahabat ana dan satu ayatnya yang membuatkan ana terkelu untuk bersuara ialah “kalau kita tak cari nanti jadi andartu”. Walaupun ana langsung tidak bersetuju dengan pengakuan itu terus terang ana katakana ana tidak terfikir jawapan yang sesuai.

Alhamdulillah pada hari Talk Show Nisa’ ana mendapat jawapan dari kata2 Prof Madya Dr Wan Maseri iaitu “jodoh sudah ditentukan,rezeki sudah ditentukan, tidak perlu dicari. Yang perlu dicari adalah redha Allah”. Jika kita mengejar cinta Allah, Allah swt akan menzahirkan dengan menganugerahkan seorang suami yang soleh buat hambaNya.

Tiba2 ana terfikir, astagfirullahalazim betapa manusia tidak sedar kata2 yang diutarakan itu seolah2 menyangkal kuasa Allah yang telah menentukan untuk hambaNYA.

Hanya satu ana ingatkan, jika inginkan suami yang soleh dan bertaqwa. Sekurang-kurangnya berusahalah menjadi wanita solehah dan bertaqwa dahulu.

bangun malam

Bangun malam

Demi roh mu, jangan tinggalkan pekerjaan di tangan!

Jangan tidur!

Jangan lewatkan walau satu malam dalam hidup mu

Iaitu tetap berjaga, jangan tidur!

Kau telah tidur seribu malam demi keinginan diri, apa ertinya semalam?

Demi Tuhan jangan tidur!

Dipetik dari buku ‘Kisah Keajaiban Cinta_Renungan Sufistik : Jalaluddin Rumi’

Ana terkesan membaca puisi ini walaupun ada sedikit yang tidak ana fahami. Dari pemahaman ana isi puisi ini ialah tentang pengisian rohani dari usaha kita bangun di malam hari untuk sujud pada Ilahi. Di sini ana sedar betapa ana telah mensia-siakan setiap malam dengan tidur lena yang panjang.

Jangan tidur,jangan lewatkan walau satu malam dalam hidup mu. Di sini kita di suruh / seru agar jangan terus biarkan malam kita di isi dengan tidur lena yang panjang dan sia-sia. Jangan biarkan walau satu malam berlalu tanpa bangun malam untuk sujud kepada Tuhan Semesta Alam.

Kita disedarkan betapa usia kita selama ini hanya di isi dengan tidur. Teringat kembali seorang ustaz yang menyuruh kami untuk mengira 8jam x (365hari x usia kita )… bayangkan betapa usia kita selama ini telah disia-siakan dengan tidur sahaja. Dan dalam keadaan jaga sekalipun berapa ketika sahaja kita dalam keadaan sedar berbanding leka tanpa kesedaran.

Sedangkan dengan tidur yang berlebihan hanya akan menjadikan diri lebih lemah dari biasa. Dengan tidur yang berlebihan hanya akan mengundang kemalasan dan rasa mengantuk yang berpanjang. Dengan tidur yang berlebihan hanya akan membawa kepada mimpi yang berpanjangan.

Demi meraih redha dan cinta Allah swt. Bangunlah untuk bermesra bersama Maha Pencipta Alam. Kerana sesungguhnya bukti cinta kepada Allah swt adalah dengan bertahajud di sepertiga malam.

Sunday, February 14, 2010

7 GOLONGAN YANG MENDAPAT NAUNGAN ALLAH SWT

7 GOLONGAN YANG MENDAPAT NAUNGAN ALLAH SWT DI AKHIRAT KELAK :

  • IMAM (PEMIMPIN) YANG ADIL
  • PEMUDA YANG TERDIDIK ATAU TERLATIH SEJAK KECIL DALAM MENYEMBAH ALLAH SWT
  • SESEORANG YANG HATINYA TERPAUT PADA MASJID
  • DUA ORANG YANG SALING MENGASIHI KERANA ALLAH SWT,BERKUMPUL DAN BERPISAH KARENA ALLAH SWT
  • SEORANG LELAKI YANG DIRAYU OLEH PEREMPUAN YANG CANTIK UNTUK BERBUAT KEJI TETAPI IA MENOLAK DAN BERKATA "AKU TAKUT KEPADA ALLAH SWT"
  • SESEORANG YANG BERSEDEKAH DENGAN SEMBUNYI2 SEHINGGA TANGAN KIRI TIDAK TAHU APA YANG TELAH DILAKUKAN OLEH TANGAN KANAN
  • SESEORANG YANG MENGINGATI ALLAH WAKTU SUNYI2 LANTAS GUGUR AIR MATANYA
WALLAHUALAM

"KEPADAMU KEKASIH"

NISA' TALK SHOW "KEPADAMU KEKASIH"
"SAY NO TO VALENTINE'S DAY"
2:30PM-4:30PM 14 FEBRUARY 2010/30SAFAR1431H
DEWAN SEMINAR MASJID NEGERI SULTAN AHMAD SHAH 1 KUANTAN PAHANG

PANEL JEMPUTAN :
PROF MADYA DR WAN MASERI ( UMP )
USTAZAH SAFIAH ( KIPSAS )
USTAZ MUHD SUAADI ( NADWAH )

ANJURAN BERJASAMA NISA' KUANTAN DAN NADWAH

Assalamualaikum,
alhamdulillah segala puji bagi ALLAH kerana memanjangkan usia kita untuk kita hargai dan isi dengan setiap saat dan waktu untuk mengingatinya.
Hari ini ana nak berkongsi ilmu yang ana perolehi ketika ke majlis ilmu petang tadi. Semoga ia bermanfaat untuk kita semua.

Pada pusingan pertama,pastinya adalah perbincangan tentang takrif/definisi.
Oleh kerana talk show ini dirancang disebabkan kesedaran segolongan hamba ALLAH SWT akan akibat daripada perayaan valentine's day. maka talk show ini dilaksanakan pada tarikhdan perayaan keramat bagi golongan2 pasangan kekasih . Lalu ustazah Safiah telah menceritakan sejarah perayaan valentine's day dan maksud valentine's day itu sendiri.

Sejarahnya bermula apabila seorang paderi yang bernama St.Valentine ingin berkahwin dengan kekasihnya sedangkan ajaran mereka tidak membenarkan seorang paderi berkahwin. hal ini menyebabkan dia dipenjarakan,sewaktu dia dipenjarakan dia selalu berutus surat dengan kekasihnya sehingga dia meniggal dunia. raja yang terharu telah menetapkan 14february sebagai hari memperingati kisah cinta luhur mereka itu.

menurut ustazah Safiah,jika sambutan bermula dengan bertukar2 kad,menjadi pemberian bunga,seterusnya tengok wayang bersama2 dan akhirnya menjadi maksiat dan lebih teruk lagi berlaku zina.

Prof Madya Dr Wan Maseri :
di Barat,valentine's day disambut dan dirayakan beramai2 untuk membuktikan cinta.

"sesungguhnya agama yang diterima di sisi ALLAH SWT adalah Islam."








APA MASALAH KITA???



kenapa kita solat...
jika dahulu kerana arahan ibu ayah. jika dahulu kerana perintah ustazah disekolah. jika dahulu kerana SEBAB YANG TIDAK DIKETAHUI SAHIHNYA... Hari ini jom renung2kan... apa itu solat? sekadar rukun Islam?wajib dilakukan kerana rukun Islam?wajib dilakukan kerana??? solat itu ting agama,siapa yang meninggalkannya telah meruntuhkan agamanya. istimewanya solat kerana KITA BOLEH BERHUBUNG TERUS DENGAN ALLAH S.W.T...
Bukankah kita sering mengaku mencintai ALLAH?
Bukankah sepatutnya kita sering merindui kekasih kita? tapi kenapa kita tidak merindui dating bersama kekasih sejati kita? yang telah menciptakan ribuan keistimewaan buat kita yang hanya berasal dari tanah...


kita sering mengatakan
Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH SWT
dan Rasulullah saw adalah pesuruh ALLAH

tapi perbuatan kita bertentangan dengan kalimah lailahaillallah
kita melakukan perbuatan yang dilarang
dan meninggalkan suruhan
KITA MENDEKATI ZINA TANPA SEGAN SILU SEDANG KITA TAHU DOSA ITU
DAN MENINGGALKAN PESANAN AGAR MENJAGA MARUAH
sedangkan SEPATUTNYA KITA MENDAHULUKAN SETIAP PERINTAH KEKASIH SEJATI KITA...
KITA MEMAKAN YANG HARAM TANPA RASA BERSALAH SEDANG KITA TAHU HUKUM HARAM ITU
DAN MENINGGALKAN PENCARIAN HARTA YANG HALAL...


Saturday, February 13, 2010

dipilih kerana nafsu/akal atau hati yang suci?...


Assalamualaikum...
sahabat yang dikasihi lillahitaala,bertemu dan berpisah kerana Allah...

bertemu sekali lagi dengan kuasa Allah s.w.t.

Di malam yang mulia ini ana nak berkongsi tenteng pandangan yang digunakan oleh seorang lelaki terhadap perempuan atau wanita.

even acap kali kita dengar atau baca,sebagai manusia yang serba lemah kita sering lupa.

ana ingatkan sahabat2 semua disamping ingatkan diri ana juga.

sering ana katakan "pilihan di tangan kita"
andai kita ingin dipilih menggunakan nafsu lelaki,jagalah kecantikan luaran(terpulang dengan cara apa sekali pun)
andai kita ingin dipilih menggunakan akal lelaki,jagalah kepintaran dan pendidikan kita(akademik jangan diabaikan)
andai kita ingin dipilih dengan hati yang suci,peliharahlah akhlak pekerti mengikut acuan agama Islam

tapi jangan lupa,
setiap cerita ada penutupnya
setiap permulaan ada akhirnya
setiap perbuatan ada balasan

jika kita memililh untuk disayangi kerana nafsu,apabila kecantikan hilang. Hilanglah juga si buah hati membawa diri mencari kecantikan baru yang masih ada di dunia.
jika kita memilih untuk disayangi kerana akal,bukanlah selamanya kita kekal pintar. Hilang akal hilang bekal untuk meneruskan hidup yang masih panjang dan berliku.
jika kita memilih untuk disayangi melalui hati yang suci,hati yang suci dilindungi Ilahi agar jauh dari sifat mazmumah. insyaALLAH bahagia buat selamanya.

wallahualam...

Tuesday, February 2, 2010

cintai sahabat ibarat ibarat cintai diri

"...Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku,sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati,ku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang.Semakin ramai sahabat,semakin aku percaya diri,aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka,jika aku dapat aku ingin setia padanya..."
Imam Syafie(dari sahabat buat sahabat)...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...